Certot

RIO,AKU DATANG

Hasil nukilan Muhammad Adli 2 years agoSukan 33

Namaku Muhammad Arim. Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku adalah anak sulung dari lima orang adik beradik. Ibu aku bekerja sebagai penjual nasi lemak, manakala ayahku terlantar di atas sebuah tilam kerana mengalami penyakit serangan jantung. Aku merupakan seorang atlet badminton. Aku ingin beraksi di temasya sukan Olimpik.

“Along, bila along pergi ke Gwangju? Nanti belikan adik patung beruang, boleh?” tanya Azim, adikku yang bongsu.

“Okey, adik. Nanti abang dapatkan patung beruang itu, ya,” kata aku dengan tersenyum lebar.

Keesokkan harinya, aku bersiap dan menyusun bajuku di dalam sebuah beg murah yang dibeli di pasar malam. Aku memastikan raket badmintonku dalam keadaan baik. Aku mengambil sebotol air mineral di atas sebuah meja. Tiba-tiba aku terdengar suara adikku.

“Kenapa along ambil botol air itu? Hari ini kan puasa. Along tak puasa?” tanya adikku yang sedang terbaring di ruang tamu untuk menungu waktu berbuka.

“Air botol ini untuk along bawa ke Korea nanti. Esok along ada perlawanan di temasya sukan UNIVERSIADE,” kataku sambil tersenyum

Adikku tersenyum mendengar penjelasanku. Setelah lima minit adikku menonton television, akhirnya dia melelapkan matanya. Aku melihat ke arah jam. Jam menunjukkan sudah pukul 6.00 petang. Aku terus mengambil bahan-bahan masakan untuk memasakkan lauk berbuka puasa nanti.

*****

Setelah selesai berbuka puasa, aku dan keluargaku pergi ke KLIA. Semasa dalam perjalanan, aku menasihati adik-adikku supaya tidak menyusahkan ibu dan ayah semasa aku di Gwangju.

“Ibu dan ayah, salam dahulu. Along pergi dahulu, ya ibu. Ibu jangan sedih, ya,” kataku kepada ibu dan ayahku.

Setelah menyalami ibu bapaku, aku terus pergi kepada kawan-kawanku. Aku menaiki pesawat MH 751 untuk ke Gwangju.

*****

Setelah hampir dua jam melelapkan mataku, akhirnya aku dan kawan-kawanku sampai di bumi Korea. Aku dan kawan-kawanku segera ke gelanggang badminton yang terletak di Seoul. Aku memanaskan badan. Setelah memanaskan badan, aku bersedia untuk perlawanan yang akan datang. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil oleh salah seorang pengadil di satu gelanggang. Aku bergegas ke gelangang itu.

“Awak mula dahulu,” kata pengadil itu setelah melambungkan syiling.

Aku memulakan pukulan dengan baik. Aku berjaya mengawal keadaan dan berjaya memenangi perlawanan itu. Setelah aku mengharungi empat perlawanan, akhirnya aku berjaya memasuki ke perinkat akhir. Aku akan menentang seorang peserta tuan rumah yang berkedudukan ke 15 dunia. Aku berjaya mengawal keadaan dan berjaya memenangi perlawanan itu.

Aku berjaya memberi pingat emas kepada kontinjen Malaysia. Aku pun pulang dengan gembira ke Malaysia. Aku memberikan cenderahati kepada adik-adikku.

*****

Setelah setahun berlalu, aku berjaya mengejar impianku. Aku berjaya menggapai bintang-bintang di langit. Aku berasa dilambung mimpi setelah aku memijak bumi Brazil. Aku akan memulakan perlawanan di Rio sebentar lagi. Tiba-tiba aku mendapat telefon dari adikku. Adikku memberitahu bahawa ayah dan ibuku telah meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan setelah menghantar aku ke KLIA.

Ketika itu, aku meraung dan meminta jurulatihku menghantar aku pulang. Aku terus dihantar ke rumah. Air mataku mengalir dengan derasnya. Aku memeluk adikku yang sedang meraung. Aku membiarkan sahaja olimpik di Rio itu. Aku lebih rela duduk di rumah pusakaku berbanding berhempas pulas di gelanggang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: