Certot

RED ROLLER BLADE

Hasil nukilan Mirza Muiz 2 years ago 23

             

Namaku Muhammad Mirza Muizzuddin. Aku Berumur 11 tahun. Hari ini hari rabu, saya bersekolah seperti biasa di SK Kebun Baharu. Waktu rehat aku berjumpa sahabat terbaikku, iaitu Ammar. Saya memberi salam kepada nya dan dia tidak menjawab seperti kebiasaan.

‘Aku ada buat salahkah?’ Aku bertanya sendirian.

  Kemudian aku mengejar Ammar dan dia tersentak kerana aku seperti memicit bahunya. ‘Ammar, awak tak dengar saya panggilkah?’ Aku cuba kuatkan diri untuk bertanya.

`Maafkan saya. Tadi saya baru lepas memarah Shahril yang degil itu,’ beritahu Ammar dengan  nada separuh marah. Disebabkan Ammar ketua kelas, dia perlu bertanggungjawab terhadap murid murid kelas 5 Arif. 

Aku berasa lega kerana Ammar bukannya memarahiku. Ammar terus memegang erat tanganku dan menarikku ke belakang kantin.

‘Kenapa dia bawa aku ke sini?’ Aku bertanya sendiri lagi.

  Setelah duduk dibangku belakang itu, aku cuba untuk bertanya tetapi tidak berjaya.

“Mirza, disebabkan kita best friend for life and forever, saya mahu beritahu yang saya sudah ada kasut roda warna merah!” jerit Ammar kepadaku. 

Aku tersentak kerana terkejut dan aku membuat muka sedih.

“Saya tidak ada kasut roda,” aku beritahu sahabatku itu. Namun terfikir untuk memujuk ayahku. 

*****

Selepas bunyi loceng pulang, saya menunggu ayahku menjemput di pondok menunggu.

“Mirza, kamu tak pergi latihan dikir barat bahasa arab?” soal Adzly iaitu tukang karut, kepadaku.

“Saya mahu pergi ke Banting,” aku memberitahu Adzly. Dia hanya mengangguk. kemudian kereta bapaku pun tiba.

“Muiz, abah tak sempat mahu bawa kamu ke Banting. Jadi abah buat keputusan untuk membawa kamu ke Klang. Abah akan bawa kamu ke GM,” beritahu Encik Darus.

“Kita mahu beli apa disana?” aku bertanya kepada bapaku.

“Abah mahu belikan hadiah hari lahir kamulah,” beritahu Encik Darus. Aku berasa teruja kerana aku akan mendapat hadiah.

*****

    Selepas setengah jam aku mendapat hadiah kasut roda.Kasut itu juga berwarna merah sama seperti yang Ammar punya. Aku berasa sangat gembira.

    Keesokan harinya, aku dan Ammar bermain bersama di kot badminton. Tiba-Tiba ada orang memanggil namaku dan sahabatku ituAmmar Khusaini. Mirza Muizzuddin. 

“Cantik kasut!” jerit Muazzam budak samseng di sekolah.

“Kenapa ganggu kami mahu kena belasah lagikah?” jerit Ammar kepada Muazzam. Aku sungguh tidak sangka yang sahabatku yang lembut itu pandai karate.

“Aku cuma mahu ajak berlumba esok di Taman Setia 6 yang baru siap tempoh hari, pukul 9.00 pagi. Siapa yang menang akan dapat pergi Korea. Aku cabar korang berdua.”

Muazzam cuba untuk bertanding dengan kami dan kami hanya bersetuju. 

“Ammar, kenapa dia itu? Adakah dia mengganggu kamu berdua?” Naqib kawan baikku yang kedua cuba lindungi aku dan Ammar. 

“Kami tak apa-apa,” beritahu Ammar.

“Bukannya apa, saya sebagai best friend Mirza mengambil berat juga tentang kamu. Kamu kawan baiknya juga, bukan” ’Naqib bertanya kepada Ammar tetapi aku menjawab ya.

*****

    Hari pertarungan sudah tiba. Tepat pukul 9.00 pagi, Muazzam tiba di tempat tertentu. 

“Lambatnya sampai,” Ammar menjerit dengan nada sinis.

    Dalam pertarungan, Muazzam terjatuh dan kami berdua dapat memenangi pertarungan itu. Selepas itu Muazzam meminta maaf kerana bercakap besar dan berlagak malam semalam. 

*****

Sudah sebulan bercuti, kami berdua dan keluarga kami bercuti di korea dengan gembira. Kami menamakan kasut kami smart roller blade.

              TAMAT

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: