Certot

Ratu Hati

Hasil nukilan Izzatul Aisyah Abd Rani7 months agoSuperhero

“Nadia! Oh Nadia!” Puan Hanis iaitu ibu kandung kepada budak kecil berumur lima tahun itu memanggil Nadia untuk bersarapan. Nadia terkedek-kedek berjalan turun tangga apabila dipanggil oleh ibunya.

“Wah, nasi goreng telur atas!” Nadia terus menjamah nasi goreng kesukaannya.

Puan Hanis tersenyum melihat gelagat si comel itu. “Makan perlahan-lahan. Nanti tercekik,” nasihat Puan Hanis kepada Nadia.

Nadia terus menguyah makanan yang ada di dalam mulut perlahan-lahan. Selepas beberapa minit, pinggan Nadia sudah licin sehingga tiada lagi sisa walaupun sebutir nasi.

“Kak Lia cepat turun. Cepat, nanti lambat ke sekolah!” jerit Nadia berang kerana kakaknya Amelia tidak turun bersarapan lagi.

Amelia turun ke ruang tamu tergesa-gesa dengan fail yang dipenuhi dengan kertas kerja.

“Kak Lia makanlah dahulu. Bas tidak sampai lagi itu.” Puan Hanis meminta anak keduanya bersarapan dahulu.

“Tidak mengapalah, mama. Sudah lambat ini. Bye.”

Puan Hanis hanya akur.

PIN! PIN!

Pak Ali membunyikan hon basnya. Nadia dan kakaknya berlari ke arah pintu lalu memakai kasut dengan tergesa-gesa. Puan Hanis memberikan bekal kepada anaknya.

“Terima kasih,” ucap Nadia dan Amelia. Mereka memasuki ke dalam bas lalu terus berlalu ke sekolah.

Sewaktu Puan Hanis hendak menutup pintu, dia tiba-tiba pengsan dan rebah ke lantai. Encik Azman yang hendak keluar pergi mencari rezeki itu terkejut melihat isterinya. Dia memapah Puan Hanis masuk ke dalam kereta. Encik Azman menghidupkan enjen kereta dan memecut laju ke hospital.

*****

“Apa? Isteri saya ada kanser?” Encik Azman terkejut mendengar penjelasan daripada Doktor Afiq.

“Isteri encik mengalami kanser tahap empat.” Berat sahaja mahu doktor itu mengungkapkan ayat.

“Saya di mana?” Puan Hanis yang terlantar di atas katil hospital itu pening-pening lalat akibat pengsan.

“Alhamdulillah.” Encik Azman mengucap lafaz yang mulia itu tanda bersyukur kerana isterinya sudah edar.

“Mama sabar, ya.”

“Mengapa?” Puan Hanis mula menyoal.

“Mama menghidap kanser tahap empat.” Teresak-esak Puan Hanis menangis. Cukup berat dugaan yang Allah berikan kepada si ibu itu.

*****

Selepas setahun…

“Mama! Kami sudah pulang.” Nadia memeluk ibunya. Dia terus berlari kearah ruang tamu untuk melihat televisyen.

Amelia pula terus membersihkan diri. “Mari sini Kak Lia tolong mama masak untuk petang ni.”

Sampai sahaja ke dapur, tidak semena-mena Amelia mahu membantu ibunya memasak. Dalam hati Amelia berhasrat bagi menggembirakan hati ibunya kerana rasa insaf apabila di sekolah tadi mengikuti program muhasabah diri. Selama ini dia asyik belajar sampai tidak ingat dunia. Sering mengabaikan ibunya.

‘Siapa lagi mahu tolong ibu? Ayah kerja, adik tidak habis-habis melayan kartun kegemarannya, dan abang selalu bermain telefon,’ detik hati Amelia.

Puan Hanis mengajar Amelia membuat karipap. Amelia membantu ibunya memotong kentang untuk dijadikan inti karipap.

“Bolehlah, Kak Lia masakkan untuk papa, abang, dan Nadia bila mama tiada nanti.”

Terkejut Amelia apabila ibunya berkata begitu. “Apa mama cakap ini?”

Amelia bingung. Namun Puan Hanis pintar menukar situasi. Dia menukar topik perbualan supaya tidak mahu anaknya risau.

*****

Berasap-asap meja makan kerana karipap panas yang terhidang di atas meja. Amelia memanggil adiknya untuk makan. Keluarga itu amat menyukai makanan petang itu.

“Amelia. Mama mahu tengok luka di jari tadi. Mari Mama sapukan ubat.”

Suasana yang sepi tadi hilang apabila Puan Hanis ingin mengubati luka Amelia kerana jarinya terkena pisau tajam sewaktu memotong kentang.

“Terima kasih,” kata Amelia kepada ibunya.

“Sudah siap.” Puan Hanis berasa tenang kerana luka di jari Amelia tidaklah teruk sangat. Tiba-tiba Puan Hanis pengsan disisi Amelia.

“Mama. Mama.” Amelia menjadi tidak keruan apabila ibunya tidak sedarkan diri.

“Papa!” Amelia menjerit meminta pertolongan.

Kereta Encik Azman berdesup laju membelah angin menuju hospital.

*****

Encik Azman tidak boleh duduk diam kerana dipaksa menunggu isterinya yang nazak.

“Apa sebenarnya ini, papa?” Amelia menyoal mahu mengetahui kebenaran.

“Sebenarnya mama menghidap kanser tahap empat,” Encik Azman menjelaskan perkara sebenar.

“Apa! Mengapa tidak beritahu awal lagi?” Amelia naik berang kerana ayahnya merahsiakan hal itu.

“Mama tidak mahu anak-anak dia risau.” Tergagap-gagap Encik Azman mengatakan.

“Encik Azman,” panggil Doktor Afiq.

“Ya, saya.“ Encik Azman meluru ke arah doktor itu.

“Puan Hanis sudah meninggal.” Doktor Afiq merendahkan nada suara. Amelia terduduk kerana mendapat tahu ibunya sudah meninggal.

*****

“Mama. Terima kasih sebab menjaga Amelia selama ini. Ajar solat supaya anak-anak mama jadi insan yang taat kepada perintah Allah. Terima kasih Tuhanku kerana Engkau lahirkan dia ke muka bumi.” Amelia sayu melihat kubur arwah ibunya. Amelia mengusap batu nisan yang tertulis nama ibunya. Hancur hatinya apabila orang disayangi hilang di sisi.

“Kak Lia, mengapa sedih?” Nadia bertanyakan soalan.

“Allah lebih sayangkan mama.” Amelia tersenyum sambil memandang langit biru.

“Mama, engkaulah ratu hatiku.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: