Certot

Ratu Bola Jaring

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoSukan 16


Namaku Shahirah aku berumur 12 tahun dan aku juga dikenali sebagai bukan budak yang sempurna kerana dengan mukaku yang berjerawat merah dan juga tanganku yang tidak boleh digenggam. Sebenarnya, aku minat sangat hendak bermain sukan iaitu bola jaring. Namun malang tanganku tidak boleh digengggam. Baru genggam beberapa minit pun sudah sakit tangan.”

“Okey semua, hari ini kita akan bermain bola jaring,” ucap Cikgu Hajar kepada kami semua yang berada di situ.

Aku hanya duduk di situ dan hanya melihat mereka yang sedang bermain. Tiba-tiba cikgu Hajar datang dan menegurku dan bertanya.

“Eh, mengapa Shahirah tak main bola jaring dengan mereka?” Aku hanya diam dan tidak menjawab lagi soalan yang ditanya cikgu Hajar.

“Cikgu, cuba tengok tangan saya. Sudahlah tidak boleh digenggam, macam mana hendak main bola jaring? Tapi, kalau diikutkan hati memang saya hendak cuba main juga tapi, Allah S.W.T tidak mengizinkan saya bermain dengan keadaan saya yang tidak boleh tangan digenggam.”

“Insya Allah boleh, kena cuba. Mari kita ke sana dan membuatkan senaman badan.” Cikgu Hajar mahu menolongku dengan seikhlas hatinya.

“Cuba dengan kuat seperti, macam mana kamu mahu main bola jaring nanti.”

“Cikgu, saya rasa macam tangan saya masih tidak boleh digenggam dan juga tidak boleh digerakkan.”

“Jangan risau, mari kita cuba bermain bola jaring dahulu. Manalah tahu mungkin nanti kamu boleh bermain.”

Aku mencuba berkali-kali tapi tidak boleh. Selepas itu aku berkata kepada cikgu Hajar tak mengapa tunggu pada masa yang akan datang.

Pada suatu hari, di dalam kelas aku sedang belajar. Tiba-tiba cikgu jurulatih pasukan bola jaring FL datang hendak memanggil calon yang layak untuk ke perlawanan bola jaring antara sekolah kami dengan sekolah lain.

“Assalamualaikum, hari ini saya mahu memilih calon yang layak untuk ke perlawanan bola jaring. Tahnniah kepada Kamilia Alias dan juga tahnniah kepada Nur Shahirah.” 

Alangkah terkejut semua orang di dalam kelas dengan aku, Bukankah aku tidak layak untuk bermain bola jaring.

“Nanti kamu berdua ke kelas 1 Boieng untuk kita bersama-sama mengadakan mesyuarat bola jaring.”

“Baik, cikgu!” Kami berdua menjerit serentak.

Kelas 1 Boieng.

“Tahniah aalon bola jaring 2016!” Ramai orang bertepuk tangan sesama sendiri. Dan juga tidak sangka di sini bukan setakat orang yang pandai main, malah ada juga calon orang OKU.

Perlawanan.

Aku melihat barisan VIP dan juga kedatangan menteri belia sukan iaitu Khairi Jamaluddin.

Beberapa minit itu, aku sedang bermain tiba-tiba aku berebut mengambil bola itu secara tiba-tiba Allah mengizinkan tanganku digenggam tiba-tiba masuk! Pemenang bola jaring 2016 adalah FL!”

Walaupun aku cacat, tetapi aku tetap berusaha.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: