Certot

PUTERI JUGA BOLEH LAKUKAN!

Hasil nukilan Mirza Muiz 2 years agoSukan 66

             

Aku sekadar gadis desa yang biasa. Digelar puteri sekelip mata. Harus kufikir bagaimana caranya, aku akan pelajari. Di istana bersama keluarga baru, di sekolah kerabat diraja. Mahligai dunia di mananti tiba, rasa hati teruja! Sofia the first. Pelajari segala tentang dunia ini. Sofia the first. Aku kembara sahut cabaran yang ada. Sofia. Masaku akan tiba, dihalang pula Sofia the first.

Namaku Sofia. Asalku di perkampungan. Entah bagaimana raja boleh terpikat dengan ibuku dan menjadikan diriku seorang puteri.

  Semuanya mengejutkan, aku terasa gementar. Kata mak, usah risau. Namun aku belum sedia. Sekolah, kawan, keluarga baru.J uga majlis tari-menari. Aku sekadar insan yang biasa sahaja, terlalu kecil untuk dunia. Belum sedia digelar puteri, tak mungkin aku layak. Gaun yang panjang sangat, takhta yang berat. Pasti aku banyak salah dan silap. Diri ini yang sederhana, izinkan aku menolak. Tak ingin semua intan permata berikanlah kasut selesa.

Tak berani aku sentuh kemewahan ini. Mainan dan harta diraja semuanya melampau. Melampau! Belum sedia digelar puteri, itu jelas sekali batalkan saja pertabalanku. Andai aku terserempak di bilik mak, aku akan lari. Sofia, nama biasa. Sofia, darjat sederhana. Belum sedia digelar puteri.

Semalam di sekolah, saya mendaftar dalam pertandingan lumbaan kuda. Semua putera dan puteri mengatakan hanya lelaki yang boleh menyertai dan seorang puteri tidak sesuai untuk semua itu. Tetapi saya membantah kerana saya teringin menyertai pertandingan itu dan pasti tidak adil jikalau semuanya hanya untuk putera, bukan?

Dalam latihan, aku berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama kudaku yang bernama Minimus .Pada hari kedua berlatih, aku terjatuh ke dalam sungai. Aku tetap tidak mengalah kerana usaha tangga kejayaan.

*****

Hari yang dinanti sudah tiba dan aku berasa gementar kerana hanya aku puteri dikalangan pelumba itu.

‘Aku perlu tunjuk, puteri juga boleh lakukan,’ bisik hatiku ketika itu.

Dalam perlawanan aku terjatuh dilanggar Putera Zifqan dan aku tetap berusaha untuk bangun sekali gus membuatkan aku juara.

Aku begitu gembira kerana dapat tunjukkan puteri juga boleh lakukan permainan putera seperti lumba kuda.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: