Certot

puteri di alam kayangan

Hasil nukilan Syura Hanys 2 years agoFantasi 25

 Fatin fazrina seorang yang suka berangan-angan. Dia langsung tidak memberi tumpuan di dalam kelas. Tahun ini merupakan tahun yang terbesar baginya. 

Fatin akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Sekiranya dia tidak dapat keputusan yang bagus,dia tidak akan dapat megikuti keluarganya ke Pulau Langkawi. Fatin berasa dia tidak akan dapat keputusan yang bagus. 

*****

Balik dari sekolah, Fatin masuk ke bilik dengan wajah yang muram. Selesai mandi, fatin menyikat rambutnya menggunakan cermin. Dia berkata, “Alangkah bagusnya kalau aku berada di alam kayangan.” 

Tiba-tiba ada satu cahaya keluar dari cermin itu. 

“Ikutlah aku,” kata satu suara. 

Fatin berkata, “Baiklah.” Lalu fatin mengikut suatu suara itu. 

Sebaik masuk kedalam cahaya itu, Fatin terkejut melihat pemandangan yang indah. 

Permaisuri itu berkata, “Wahai puteriku, jadilah puteri di alam kayangan ini.” 

Fatin terkejut. Alangkah bahagianya menjadi puteri di alam kayangan itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: