Certot

PUTERI AMELIANA DAN TEMPAT RAHSIANYA

Hasil nukilan Husni Bin Abdul Manan2 years agoFantasi 10

CERPEN

Pada suatu pagi yang indah, Ameliana pergi bersiar siar di tempat rahsianya dan tempat itu tiada siapa pun yang tahu termasuklah ahli keluarganya.

“Hmmm… nak baca buku cerita apa ye hari ini? Apa rancangan awak harini pari-pariku?”  

“Ha! saya tahu apa nak buat. Jom kita pergi melawat tempat yang awak tak tahu lagi dalam pokok ni. Tempat tu sungguh cantik dan kita perlu menyediakan makanan yang secukupnya dan sila bawa baju renang ya,” kata pari-pari Ameliana. 

Di dalam tempat rahsia itu, Ameliana mempunyai kawan yang baik-baik termasuklah si penolong Ameliana itu. Ameliana pun membuat apa yang disuruh oleh pari-pari tersebut. 

“Eh! Awak nak bawa saya ke mana ni? Seronok sangat ke tempat tu?” kata Ameliana. 

“Mestilah seronok! Siap ada air terjun dan saya akan kenalkan awak dengan rakan-rakan saya. Cepatlah.”

Apabila sampai, pari-pari itu pun membacakan perkataan yang boleh membuka pintu tempat tersebut. 

“Darry, Darry, Darry permaisuriku, bukalah pintu ini.” 

Lalu pintu itu pun terbuka dan mereka disambut dengan meriah sekali. Mereka dibaling dengan bunga bunga yang wangi sambil dipakaikan mahkota oleh permaisuri segala pari-pari di situ. 

Selepas dipakaikan mahkota, pari-pari Ameliana memberikan senyuman kepada permaisuri dan berkata, “Permaisuri Darry, ini adalah kawan saya yang bernama Ameliana. Umurnya baru 11 tahun dan saya membawa dia datang ke mari adalah bertujuan untuk berkenalan dengan puan dan sekali-sekala dia dapatlah juga mengenali Taman Warry ini.” 

Kemudian permaisuri itu berkata, “Hai Ameliana. Awak sudah pun menjadi permaisuri di tempat ini dan semua yang ada di sini adalah seorang puteri dan saya ialah penghulu permaisuri di taman ini. Sekarang awak dan pari-pari awak bolehlah melawat taman ini, saya izinkan.”

Ameliana pun mengangguk dan terus berlalu pergi. Ameliana dapat menikmati keindahan taman itu dan dia dapati ada tempat untuk menggelongsor di sebuah tanah dan terus masuk ke dalam air terjun tersebut. 

“Ishh… ishh… ishh… kalau ya pun tak sabar, tukarlah baju awak tu dulu. Ame… Ame…,” kata pari-pari.

“Hehehehe… maaflah.” 

Tepat pukul 10 pagi, Ameliana menukar bajunya dan meminta izin untuk pulang kerana takut ibunya risau tantang keadaanya sekarang. Apabila sampai, dia pun pergi ke meja makan kerana kelurganya sudah pun menunggunya untuk makan bersama.

“Eh! adik pergi mana ni, lama abang tunggu tahu tak? Semua orang lapar dah ni,” kata abang Ameliana yang bernama Asyraf dan berumur 12 tahun. 

“Alaaa abang ni, sikit sikit nak marah orang lambat sikit pun marah. Cuba sabar sikit.” Amelina memarahi abangnya. 

“Hmm… yalah abang sabar ni.”

****

Keesokan harinya, Ameliana pergi ke pusat tuisyennya itu dengan berjalan kaki sambil memeluk beberapa buah buku dengan erat. Selepas sampai, Ameliana bergegas naik ke kelas matematik tahun 5. Kelas tuisyen nya itu habis pada pukul 5 petang. Ameliana sudah pun berjanji dengan rakan-rakannya untuk mengulang kaji pelajaran di belakang rumahnya pada pukul 5.30 petang. 

Tepat pukul 5:30 petang, kelas mengulang kaji pelajaran pun bermula dan kelas habis pada pukul 6 petang.

“Okeylah kawan kawan, kita boleh bersurai ya,” kata Ameliana. 

Kawan-kawannya pun mengemas barang-barang mereka.

“Ameliana, kami nak tanya sikit. Nak tak kau ikut kitaorang esok pergi majlis hari jadi Fatin?” kata salah seorang dari mereka.

 “Hmmm… tengoklah dulu kalu aku pergi nanti aku sms je.” 

Mereka pun mengangguk.

*****

Esoknya Amelina pun mengambil telefonnya untuk memberitahu kawannya yang dia akan turut serta dalam majlis tersebut. Pada pukul 6:15 petang, Ameliana pergi ke tempat rahsianya itu untuk menenangkan fikiran dengan berseronok di sana.

“Pari-pari jomlah kita pergi ke Taman Warry! Kitakan belum habis main lagi di sana,” jerit Ameliana.” 

Tetapi tiada sesiapa pun yang menjawab. Tiba-tiba seekor katak memanggil nama Ameliana. 

“Ameliana, cepat pergi ke Taman Warry, ada benda penting ni…,” kata katak itu. 

“Ha! benda penting apa ni… apa yang terjadi?” 

Ameliana pun terus berlari ke Taman Warry. 

“Darry, Darry, Darry permaisuriku, bukalah pintu ini.” Lalu pintu terbuka. Bila Ameliana masuk, taman itu sungguh gelap dan… BOOM! 

Pintu taman itu tertutup dengan sendiri. “Hello… ada sesiapa tak disini?” 

Bunyi letupan mercun tiba tiba berbunyi, dan ramai orang menyanyikan lagu hari ulang tahun buat Ameliana. Lampu terbuka dan baju Ameliana ditukarkan dengan gaun yang berwarna merah jambu. Rama- rama yang berwarna warni terbang mengelilingi Ameliana dan cahaya putih bersinar-sinar diatas mahkota. 

Ameliana terkejut dengan apa yang dirasa. Seseorang berjalan di hadapan Ameliana. Rupa-rupanya permaisuri Darry yang datang kerana hendak memberikan hadiah untuk Ameliana. Pada hari itu Ameliana sangat teruja dan mengucapkan terima kasih untuk semua dan selepas itu Ameliana dan pari-pari yang lain pun berpelukan.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: