Certot

Projek Oktober!

Hasil nukilan Nuha Nabiha 2 years agoFiksyen 46

“Papa! Janganlah macam ni. Susahlah Zira nanti. Kena hadap buku latihan pula. Kalau hadap buku novel okey lagi,” kata Zira sambil membuat muka kasihan supaya ayahnya termakan pujukan dan tidak memaksanya lagi membaca buku latihan.

“No. You need to study until your last days for the exam! Zira dilarang bermain komputer, melayan aplikasi Whatsapp dan sebagainya yang melalaikan kamu. This your last exam. Only three weeks before the exam and you still did not study! Papa akan namakan misi berjaya dalam peperiksaan sebagai ‘Projek Oktober’,” kata Dato’ Khairul tanpa kompromi.

“Papa jahat! Papa kejam!” jerit Zira sebelum naik ke atas untuk melayan perasaan.

Dato’ Hamid hanya mendengus menahan marah apabila melihat anak tunggalnya berlari menuju ke bilik tidurnya. Geram betul melayan anaknya yang seorang itu. Banyak betul karenahnya. Sabar jelah!

“Sayang, what did you doing for my daughter?” tanya Datin Katrina.

“You tengok anak you tu, semakin melampau perangai dia,” adu Dato’ Hamid.

“Sabarlah,” pujuk Datin Katrina.

Dato’ Hamid hanya mendiamkan diri kerana dia sudah sangat letih selepas balik dari kerja.

                                                                             *****

Sebulan kemudian….

“Papa, papa. Tengok ni!” kata Zira.

“Wah, dapat jemputan ke Hari Anugerah Cemerlang! Tahniah Zira!” kata Dato’ Hamid.

“Terima kasih papa kerana memaksa Zira study,” kata Zira dengan senyuman yang paling manis.

“Sama-sama,” kata Dato’ Hamid sambil tersenyum.

Mereka berdua berbalas senyuman.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: