Certot

Projek Kereta 6 Juta

Hasil nukilan Adam Zakwan 11 year agoKembara

“Dilaporkan 8 kereta yang berharga RM7.8juta telah dicuri. Suspek yang disyak ialah Zakuwan.” 

“Zakuwan, mari sini sekejap,” jerit Pak Cik Zakuwan.

Zakuwan datang dengan muka yang tidak bersalah.

“Macam mana boleh jadi begini, Zakuwan?”

Dengan cepat Zakuwan menyahut, “Panjang ceritanya.”

Dan pak ciknya tetap memaksa. Zakuwan mengalah dan terus cerita.

*****

Pada 17 hari sebelum hari ini, Zakuwan telah ditanya oleh cikgunya. “Macam Mana kejadian kematian keluarga awak?”

“Masa itu ,hujan turun dengan lebat, petir menyambar sini sana. Keluarga saya mahu mengadakan hari keluarga di Kelantan. Dalam perjalanan, sebuah kereta datang dari arah bertentangan kereta kami dan dia merempuh kereta ayah saya.” Menitis air mata Zakuwan.

 “Baiklah,awak akan ditukarkan ke sekolah Sekolah Anak Yatim Piatu,” kata Cikgunya itu yang serbak mendengar cerita Zakuwan.

******

Keesokan harinya.

Hai Zakuwan, saya Cikgu Haferz.”  

“Baiklah,” kata Zakuwan.

Pada malam itu juga, Zakuwan melarikan diri dan mencuri sebuah kereta dari sekolah itu untuk pergi ke suatu tempat yang dinamakan Zakuwan Race. 

 Zakuwan tiba di sana, mereka semua hormat kepada Zakuwan sambil berkata, “Downey Alpha sudah kembali.” 

Dia ternampak seorang lelaki yang mirip dengan wajah lelaki yang merempuh kereta ayahnya. Tanpa usul periksa,Z akuwan terus cekik lelaki itu dan berkata, “Kau ada masa itu!” 

“Ya, memang. Aku yang langgar kereta murah kau itu,” kata lelaki itu. 

Cengkaman tangan Zakuwan semakin kuat. “Kenapa kau buat semua ini?”  

 “Sebab aku marah dengan dia!” kata lelaki itu dengan muka yang sangat bengis.  

“Kau, aku. Kita habiskan pergaduhan ini dalam perlumbaan kereta,” kata Zakuwan dan terus menjerit. 

“Zaqi, Zizan, Danish, dan Haideen, kita ada projek baru.”                            

“Projek apa?”

“Projek Kereta 6 Juta!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: