Certot

Populariti Ingin Kumiliki

Hasil nukilan Alia Irdina about 3 years ago 39

Hai. Nama aku Zana. Nama panjang? Tania Nurzana. Aku tak tahu kenapa, tapi akhir-akhir ini, aku mengidam sesuatu. Oh, aku tidak mengandung. Janganlah menfitnah aku. Aku masih suci, okey. Back to the topic, aku inginkan sesuatu yang orang lain tidak kisahkah pun. 

Aku inginkan populariti. Mengapa? Itulah masalahnya. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Alah, biasalah. Remaja 11 tahun seperti aku memang tinggi imaginasinya. Jika tidak, tiadalah pembelajaran abad ke-21 yang susah tahap pelajaran PhD itu.

Hmm… susah juga mahu jadi popular. Baik aku cari macam mana artis-artis popular. Tata.

__________________________________________________________________________

Wuhuu! Weehuu! Terima kasih Encik Google. Aku jumpa tempat dari mana artis-artis datang. Mia Sara popular kerana video viralnya. Daiyan Trisha, nyanyian dia di YouTube.

Okey, jadi langkah pertama aku adalah pujuk Mama beli gitar. Aku memang tidak pandai main, tapi aku bolen main petik. Tunggu sekejap, aku pergi tanya Mama.

——-

Ini jawapan mama, “Zana mahu buat apa dengan gitar?”

Lagi bagus? Ergh! Apa ini? Ini tidak adil, tidak adil bagiku… It’s plan B time! Buat blog! Sekejap, aku memang ada blog tapi….

(Mengimbas memori)

Aku melihat carta viewers.

Tercengang aku melihatnya. 0 viewer. 0 follower.

Aaaa! Plan B, FAILED. Aku fikir lagi. Aku ulang perkataan popular berpuluh kali. Tunggu! Aku ada idea baik!

____________________________________________________________________________

Mama pergi London Weight Management lagi. Peluang dan ruang! Aku pergi ke gerai yang menjual alat muzik itu. Lalu dengan duit yang aku kumpul (hasil penyelongkaran dalam bilik), aku beli gitar yang aku idamkan.

Seronoknya dapat cium gitar itu, main. Fuh, populariti semakin menghampiri! Aku pergi ke tempat pakir. Lalu aku simpan di dalam but gitar itu. Beg tangan mama memang ada dengan aku bila dia menerima rawatan.

Aku, bahagian pertama, selesai. Aku naik semula ke tingkat atas. Selepas menunggu berjam di dalam, mama keluar lalu meneguk air yang disediakan. Bila kami turun ke tempat pakir kereta, entah apa angin mama buka bonet kereta. Aku cepat-cepat masuk dalam kereta. Menyumpah-nyumpah diri aku sendiri.

“Zana.”

 Dia masuk ke dalam kereta.

“Kenapa beli gitar itu sesuka hati?” Aku sudah menggelabah. Alamak, alamak mi mamak!

“Err… err… sebab Zana mahu sertai uji bakat Bintang Cilik.” Argh! Terlepas cakap.

“Kenapa tidak beritahu Mama dahulu? Biar mama tahu.” Mama sudah mula membebel.

“Sebab itu uji bakat online. Zana tidak mahu susahkan mama.” Aku melepaskan nafas berat. Dosa menipu, cek.

“Okey, biar mama latih Zana.”

“Mama tahu main gitar?” Aku memandang mama yang sedang menghidupkan enjin.

“Mama bekas gitaris kumpulan Rerama. Tidak kenal?” Aku melopong. Rerama? Kumpulan popular 90-an? Mama gitaris kumpulan itu? Mama?

“Jadi… bila mahu mula?”

______________________________________________________________________________

Aku pandang buku ini. Berhabuk. Kemudian aku tersenyum pada trofi di sisiku. Oh, ya. Aku juara Bintang Cilik 2015. Terkejut? Ini semua berkat ajaran mama. Love you, mama. Aku menerima tawaran berlakon bersama Daiyan Trisha. Fuh, naiklah nama aku.

Sekarang, cita-cita aku sudah tercapai.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: