Certot

Popularkah Aku?

Hasil nukilan NOR ATIKAH 2 years agoFiksyen 150

Hari ini sudah seminggu aku dan keluarga ku berpindah di Johor. Kami berpindah kerana ayah ditukarkan ke tempat kerja lain. Ayah telah membeli sebuah rumah untuk kami sekeluarga tinggal. Esok hari yang aku tunggu-tunggukan selama ini. Tidak sabar aku untuk menunggu hari esok.


*************

Namaku Amelia, berasal dari Kuantan. Kini menetap di Johor, berumur 12 tahun.

Hari yang kutunggu-tunggu kini tiba. Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan hari persekolahan di sekolah baru.  Mesti ramai kawan. Tidak sabarnya aku.

Aku bangun dari katil dan terus mencapai tuala lalu menuju ke bilik air. Aku bersiap-siap dengan kemas untuk ke sekolah. Aku menuruni satu per satu anak tangga dan menuju ke meja makan. Ibuku bernama Aishah. Dia seorang yang penyayang dan pandai memasak. Aku sayang ibu. Lalu aku duduk di atas kerusi makan dan menjamu selera.

*************

Jam yang di gantung pada dinding sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aku cepat-cepat menghabiskan sarapanku yang disediakan oleh ibu. Ayah sudah menunggu aku di dalam kereta kerana ayah ingin ke tempat kerja dengan cepat.

“Ibu , saya pergi sekolah dahulu ya. Sudah lambat!” teriakku kepada ibu.

“Okey sayang. Hati-hati, ya. Belajar rajin-rajin!” pesan ibu kepada ku.

Aku bangun dan terus mencium tangan ibu. Lalu melangkah keluar dari rumah dengan penuh semangat. Aku terus masuk ke dalam kereta.

Semasa dalam perjalanan ke sekolah, ayah  berhenti sebentar kerana lampu isyarat berwarna merah. Waktu berhenti aku terlihat ramai pelajar sekolah menuju ke sekolah dengan berjalan kaki.

“Kasihan merela tiada kemudahan seperti kita,” kataku kepada ayah.

“Ya anakku. Sebab itu ayah mahu kamu belajar rajin-rajin supaya berjaya!” pesan ayah kepada aku sambil menunggu lampu isyarat.

Lampu isyaratbertukar warna hijau. Lalu ayah meneruskan perjalanan. Sampai di kawasan sekolah. Ayah menurunkan aku di depan pintu pagar.

Aku membuka pintu kereta dan mencapai beg sekolah. Lalu mencium tangan ayah. Aku melihat jam di tanganku sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku cepat-cepat bergegas ke dalam kelas.

“Hai, semua. Selamat pagi kelas!” ucap Cikgu Azlina.

“Selamat pagi, Cikgu Azlina,” jawab anak muridnya lalu duduk di kerusi masing-masing.

“Okey kelas, hari ini kamu ada rakan baru. Cikgu perkenalkan nama dia ialah Amelia. Dia baru sahaja pindah ke sini sudah seminggu kerana ikut ayahnya,” kata Cikgu Azlina.

“Wah, best tu ada rakan baru. Comel pulak. Terpegun semua orang melihat dia,” bisik seorang pelajar.

“Okeylah, Amelia kamu boleh duduk di sebelah Eima,” arah Cikgu Azlina Kepada aku.

Lalu aku terus menuju ke tempat duduk yang diarah oleh Cikgu Azlina. Semasa aku duduk, ramai meliht aku. Aku berasa malu pula dibuatnya.

‘Kenapa semua tengok aku? Popularkah aku?’ bisikku dalam hati.

“Okey kelas, kita mulakan pelajaran kita hari ini. Keluarkan buku teks Bahasa Melayu masing-masing.” 

Aku mengeluarkan buku dan meneruskan pelajaran.

Dua jam kemudian Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

Kring! Kring! Kring!

Aku mengemaskan buku untuk pergi ke kantin. Semaa aku hendak keluar, ada seseorang memegang bahu aku. Aku terkejut lalu aku pandang ke belakang. Rupanya Eima, rakan sebelah mejaku.

“Hai, saya Eima. Selamat berkenalan” kata Eima smbil menghulurkan tangan.

“Selamat berkenalan juga,” jawab aku sambil membalas salam Eima.

“Jom kita ke kantin bersama-sama,” ajak Eima dan kawan-kawannya. 

“Okey juga. Jomlah sebab saya baru di sini.”

***************************

Sewaktu naik rehat, pengetua mengumumkan satu berita gembira. Diminta perhatian semua pelajar. Sekolah kita akan mengadakan satu pertandingan menulis cerpen. Nama pemenang akan disiarkan dalam buku dan cerpennya akan diterbitkan dalam satu buku. Luahkan bakat terpendam kamu semua. Terima kasih.

“Eima, awak tak nak masuk pertandingan itu?” kata aku sambil berdiri.

“Hmm… sebenarnya saya tidak berapa minatlah. Awak nak masuk ke, Amelia? Mana tahu awak ada bakat. Boleh jadi popular,” jawab Eima kepadaku.

Waktu balik, aku dan Eima terus menuju ke bilik guru untuk mengambil borang pertandingan tersebut.

Selepas mengambil borang tersebut, aku dan Eima terus pulang ke rumah masing-masing.

********************

Tiba di rumah, aku terus memulakan membuat cerpen untuk memasuki pertandingan tersebut. Aku menggunakan imaginasi dan idea yang aku pendamkan selama ini aku simpan. Aku bertungkus-lumus menyiapkan cerpen itu.

Jam yang tergantung di dinding sudah menunjukkan sudah pukul 7.00 malam. Aku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan lalu aku terus mengejarkan sembahyang mahgrib.

Selepas siap solat, aku terus menyambung menyiapkan cerpen aku untuk dihantar esok kerana tinggal lagi lima hari sebelum tarikh tutupnya. Sewaktu menyiapkan, aku tidak perasan ibu memanggilku untuk makan malam.

Aku meninggalkan kerjaku sebentar dan menuruni tangga lalu menuju ke meja makan. Kami menjamu selera bersama-sama.

Akhirnya aku berjaya menyiapkan cerpen aku yang bertajuk Nasib si Anak Pengurus Kantin. Yang mengisahkan keluarga beliau menghadapi banyak halangan dan dugaan yang harus keluarganya menempuh selama ini.

“Nak, sudah pukul berapa ni. Cepat tidur nanti kamu terlambat ke sekolah esok,” teriak ibu dengan suara yang kuat.

“Baik ibu. Saya masuk tidur dulu. Selamat malam ibu,” jawabku kepada ibu.

*************

Keesokan paginya seperti biasa aku bersiap-siap untuk kesekolah. Aku menuruni tangga dan menuju ke meja makan. Ibu sudah menyiapkan sarapan seperti biasa. Lalu aku menghabiskan sarapan yang disediakan oleh ibu dengan cepat. Selepas selesai sarapan aku bergegas keluar rumah. Aku terlihat ayah sedang membaiki tayar kereta yang pancit. Kerana takut terlambat, aku terpaksa berjalan kaki ke sekolah.

Dalam perjalanan ke sekolah, angin bertiup dengan kencang sehingga kertas cerpenku terbang melayang. Aku mengejar dan mencapai kertas cerpenku. Tetapi nasib malang, aku tidak berjaya mencapainya. Aku berasa sedih kerana cerpen yang aku siapkan semalam sudah hilang ditiup angin. Terpaksalah aku buat yang baru.

Aku bergegas ke sekolah dengan cepat kerana jam tanganku sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku belari dengan laju sehingga sampai ke sekolah. Hari ini hari yang malang buat aku. Kejadian yang susah untuk aku lupakan. Aku terus masuk ke dalam kelas.

“Hai, Amelia. Selamat pagi. Kenapa muka kamu, saya tengok sedih? Beritahulah saya, mana tahu saya boleh tolong,” tanya Eima kepada aku.

“Hai, Eima. Selamat pagi. Saya sedih sebab cerpen yang saya siapkan semalam sudah hilang ditiup angin semasa= datang ke sekolah tadi,” terang aku kepada Eima.

“Tak apa, Amelia. Mungkin tak ada rezeki. Tapi awak boleh buat cerpen yang baru. Nanti saya boleh tolong awak,” kata Eima.

“Betul awak boleh tolong saya? Terima kasih, Eima. Awaklah kawan baik yang pernah saya ada. Saya suka kawan dengan awak,” terang aku kepada Eima sambil memegang tanggannya.

*******************

Aku dan Eima menyiapkan cerpen baru dirumahku. Eima memberi aku idea untuk menyiapkan cerpen itu. Cerpen baru yang kami buat bertajuk Itukah Nasibku yang mengisahkan seorang budak bernasib malang. Kehidupan keluarganya yang hidup susah. Sehingga dia berjaya mengubah nasib keluarganya.

Keesokan harinya aku ke sekolah seperti biasa. Cerpen yang aku dan Eima siapkan telah aku simpankan dengan berhati-hati. Takut kehilangannya lagi.

Sampai sahaja di sekolah, aku mengajak Eima menemani aku ke bilik guru untuk menghantar cerpen itu kepada guru yang bertugas mengumpulkan borang pertandingan itu. Lepas menghantar, aku dan Eima menuju ke kelas dan memulakan pelajaran seperti biasa.

Waktu balik, aku dan Eima menuju ke kedai buku untuk membeli buku. Sampai sahaja di sana, aku terlihat satu buku yang aku terpegun melihat bukunya. Buku itulah yang sangat laris di pasaran dan terkenal. Didalam buku itu banyak cerpen yang best untuk dibaca pada waktu lapang. Lantas aku mengambil buku tersebut dan membayarnya di kaunter.

Selepas membeli, aku dan Eima meneruskan perjalanan untuk ke rumah aku. Semasa sampai dirumahku, aku dan Eima membaca buku yang aku beli tadi. Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat satu cerpen yang menarik perhatian aku dan Eima. Aku membaca dan membaca sehingga habis. Aku terperasan yang cerpen itu ada kaitan dengan cerpen aku yang hilang tempoh hari tu. Eima menunjukkan sesuatu kepada aku. Aku melihatnya. Alangkah terkejut aku dan Eima dengan nama pemilik cerpen itu. Rupa-rupanya cerpen tu ialah cerpen aku yang hilang dahulu.

“Wah, Amelia! Nama awak pada cerpen ini. Popularlah awak nanti. Cerpen awak masuk dalam buku yang terkenal,” kata Eima sambil teruja.

“Ha! Betulkah itu nama saya? Macam tak percaya sahaja. Popularkah saya?” terang aku kepada Eima.

“Betullah itu nama awak dan itu cerpen awak yang hilang tempoh hari. Takkan awak tak ingat. Nanti dah popular, jangan lupakan saya, ya,” jawab Eima sambil ketawa.

*******************

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Nama pemenang pertandingan cerpen yang telah tamat dua hari lepas akan diumumkan sebentar lagi. Ramai murid tidak sabar ingin tahu siapa nama pemenang yang bertuah itu.

Tiga minit kemudian, masa  tiba. Pengetua mengumumkan nama pemenang tempat pertama jatuh kepada Amelia. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang bertuah itu. Silakan Amelia naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah. Cepen kamu terpilih kerana ceritanya sangat menarik dan memberi tauladan kepada sesiapa yang membacanya.

Cerpen kamu ini akan dihantar ke penerbit dan akan diterbitkan menjadi buku. Untuk semua orang d idunia ini membeli dan menghayati cerpen kamu itu. Tahniah cikgu ucapkan.

“Wah, tahniah Amelia! Kamu menang dan cerpen kamu akan diterbitkan menjadi buku. Rezeki kamu, Amelia. Tahniah sekali lagi,” ucap Eima kepada aku.

“Terima kasih, Eima. Tanpa pertolongan awak, saya tak akan berjaya sampai hari ini. Terima kasih, Eima,” jawabku sambil pegang tangan Eima.

Lalu aku naik ke atas pentas dan mengambil hadiah yang memenangi. Aku memberi beberapa ucapan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk meluaskan bakat yang saya pendamkan selama ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang saya kenal selama ini dan kawan baik saya, Eima.”

Selepas perhimpunan berakhir kami semua diminta masuk ke dalam kelas untuk meneruskan pelajaran.

Semasa di dalam kelas. 

Tahniah Amelia, kamu johan dalam pertandingan cerpen tu. Wah, popularlah kamu nanti. Tidak sabar kami nak beli buku cerpen awak dan dapatkan autograf.”

“Ya, terima kasih ya kawan-kawan semua. Saya pun tak sabar nak tunggu buku cerpen saya keluar nanti.” Aku ketawa kecil dalam hati.

“Kamu semua nak tahu tak yang Amelia juga sekarang tengah popular. Sebab cerpen dia buat yang hilang hari tu telah diterbitkan dalam buku terkenal!” teriak Eima yang tengah gembira.

“Betulkah, Amelia? Wah, hebatnya! Kalau macam tu, kami semua tak sabarlah nak beli buku itu,” jawab semua pelajar di dalam kelas.

Tiga minit kemudian, Cikgu Azlina masuk ke kelas. Kami semua memulakan pelajaran.

**********************

Dua bulan kemudian. Masa yang aku dan kawan-kawan aku tunggu-tunggukan telah tiba. Buku cerpen yang aku telah memenangi itu telah siap dipasarkan di pasaran. Ramai telah membeli dan menghayati cerpen aku. Aku berasa sangat seronok dan gembira. Aku tidak suka membanggakan diri aku. Aku suka menjadi diri sendiri.

Cerpen itu aku terbitkan untuk semua orang dapat menghayati watak yang berada dalam cerpen itu dan menjadi seperti gadis dalam cerpen itu.

Ramai berebut-rebut untuk mendapatkan autografku. Aku berasa sangat seronok kerana ramai meminati cerpenku itu.

Ayah dan ibu bangga dengan aku kerana aku berjaya luahkan bakat yang aku pendamkan selama ini.

Aku bertanya dalam diriku. Adakah aku ini berbakat ataupun aku mahu popular? Aku tidak dapat menjawapnya.

Popularkah aku? Popular itu hanya sementara sahaja di dunia ini. Belajarlah rajin-rajin supaya kita berjaya di masa akan datang. Masa depan amat penting buat kita semua di dunia dan di akhirat. Renung-renungkanlah. Selamat berjaya.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: