Certot

PINGAT UNTUK AYAH

Hasil nukilan Wan Adli 3 years agoSukan 53

             

PINGAT UNTUK AYAH                                                  

 

WAN MUHAMMAD ADLI BIN WAN MUHAMMAD SUKRI (11 TAHUN)

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI ,81700 PASIR GUDANG , JOHOR

(019 - 7323218)

 

 

 

    “Aduh!” jerit Encik Azmi yang menghidap penyakit buah pinggang. 

Apabila mendengar jeritan tersebut, Khairul bergegas masuk ke rumah untuk mengetahui apa yang terjadi. Dia segera mendapatkan ayahnya yang sedang menahan kesakitan. Ibunya, Puan Sarah juga mendengar jeritan tersebut terus bergegas pergi ke ruang tamu.

      Apabila Puan Sarah Sampai ke ruang tamu, dia segera mendapatkan anak dan suaminya yang didapati berada di lantai.

    “Ayah okey ke?” tanya Khairul yang berada di samping ayahnya.                                                           

    “Alhamdulillah, ayah tak apa-apa,” jawab ayahnya. 

“Khairul, sekolah kamu akan mengadakan Hari Sukan pada minggu ini, kan?” tanya Encik Azmi kepada anak tunggalnya.

      “Ye, ayah,” jawab Khairul.

      “Ayah mahu kamu janji kepada ayah untuk mendapatkan pingat untuk ayah. Ayah mahu lihat kamu berjaya dalam bidang sukan,” beritahu ayahnya.

      “Baiklah, ayah,” jawab Khairul tanpa membantah. Walaupun Khairul satu-satunya anak mereka, namun dia tidak pernah membantah percakapan mereka.

*****

      Keesokan harinya, semasa berada di kantin pada waktu rehat, Khairul duduk termenung di tepi meja. Perkara itu disedari oleh kawan baiknya yang membawa makanan yang dibelinya di kantin. Badrul segera meluru ke arahnya aambil membawa makanan yang dibelinya.

      “Jauh termenung. Ada masalah ke?” tanya Badrul. Pertanyaan itu membuatkan Khairul tersentak .

      “Eh, kau Rupanya Badrul. Buat aku terkejut je.”

      “Kau ada masalah ke?” tanya Badrul kali kedua.

      “Aku cuma kurang yakin. Sebenarnya, ayah aku suruh aku berjanji untuk masuk acara sukan dan dapatkan pingat untuk dia semasa Hari Sukan. Aku rasa aku tak layak,” ujar Khairul.

      “Aku rasa kau boleh, Khairul. Jangan kau hampakan perasaan ayah kau. Kau mesti boleh lakukannya,” sokong Badrul. 

Khairul berasa sangat bertuah kerana mendapat rakan seperti Badrul. Walaupun Khairul seorang budak miskin, namun Badrul tetap mahu menjadi rakannya.

*****

      Khairul cuba untuk memotong barisan peserta lain dan dia berusaha untuk mendahului peserta-peserta yang lain. Dia tetap meneruskan usahanya untuk mendapatkan pingat demi ayahnya. Namun apakan daya, dia tetap jauh ketinggalan di belakang.

      Prit!

      Bunyi wisel kedengaran menandakan beberapa peserta telah mendahului dan menamatkan lariannya serta mendapatkan nombor masing-asing. Walaupun pemenang telah pun ada, dia tetap perlu menghabiskan lariannya.

      Setibanya Khairul di garisan penamat, Azman dan rakan-rakannya mengejek Khairul yang berada di kedudukan terakhir. Perkara ini semakin riuh kedengaran sehingga menyebabkan Khairul berasa hendak menangis.

      “Argh!” jerit Khairul memberontak sambil menangis.

      Khairul segera terjaga daripada tidurnya.

      “Astaghfirullahalazim, mimpi rupanya.” 

Mimpi buruk itu tadi membuatkan Khairul menjadi ketakutan. Lantas, Khairul segera pergi ke bilik wuduk untuk mengambil wuduk sebagai penenang hatinya. Dia teringat kata ustaznya apabila berada dalam keadaan marah atau ketakutan, segeralah ambil wuduk dan memperbanyakkan istighfar. Mimpi buruk itu tadi melemahkan semangat dan keyakinannya untuk memenangi acara sukan.

*****

      Kendengaran Keriuhan Para Guru Dan Murid – Murid Semasa Berada Di Padang . Guru - Guru Dan Murid – Murid Sibuk Memberi Sorakan Dan Sokongan Kepada Peserta - Peserta Yang Akan Berlawan Dalam Acara Lumba Lari . Sudah Menjadi Kebiasaan , Acara Lumba Lari Adalah Acara Kemuncak Yang Ramai Menanti – Nantikan Untuk Menyaksikan Acara Tersebut .

      Selain itu, kedengaran juga para jurumudi yang sedang menyusun dan membuat persiapan para peserta yang akan berlawan dalam acara lumba lari. Kedudukan para peserta adalah mengikut undian yang ditetapkan. Tidak disangka, Khairul yang mewakili Rumah Hijau akan berlawan dengan orang yang selama ini selalu memandang rendah terhadapnya iaitu Azman yang mewakili Rumah Biru serta mempunyai stamina dan kelajuan yang lebih hebat daripadanya. Walaupun begitu, Khairul tetap akan berusaha demi mendapatkan pingat untuk ayahnya .

      “Ke garisan, sedia… mula!” Kedengaran suara pengadil yang diakhiri dengan bunyi wisel. Maka, bermulanya acara lumba lari peringkat terakhir yang diwakilkan oleh wakil setiap rumah sukan.

      Acara tersebut berjalan dengan lancar dan Khairul berada di tengah-tengah peserta. Semasa berlari, kaki Khairul tergelincir lalu terjatuh. Namun dia sedaya upaya bangun dan meneruskan perlarian tersebut. Akhirnya, Khairul dapat memotong peserta yang lain dan berada pada kedudukan hadapan. Azman cuba untuk memotong dan menolak Khairul tetapi akhirnya semasa Azman hendak menolak Khairul, dia terjatuh dan ketinggalan di belakang. Akhirnya Khairul berjaya menghabiskan lariannya dan merangkul pingat emas.

*****

      Semasa perjalanan balik dari sekolah, Khairul terus meluru ke rumahnya. Digenggam pingat tersebut menunjukkan dia tidak sabar untuk menunjukkannya kepada ibu dan ayahnya.

      Setibanya dia ke rumah, dia berasa hairan lelihat ramai orang di rumahnya dan mereka membaca surah Yasin. Lantas, Khairul bergegas masuk ke rumah untuk melihat apa yang terjadi. Alangkah terkejutnya Khairul apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya berada di tengah orang ramai dalam keadaan baring. Oleh kerana terlalu terkejut, Khairul menangis teresak-esak.

    “Ibu, apa yang terjadi pada ayah? Jawab ibu, jawab!” desak Khairul dengan nada teresak-esak.

    “Khairul… ayah kamu dah meninggal dunia kerana menghidap kanser buah pinggang,” jawab Puan Sarah.

      Lantas, Khairul segera memeluk ayahnya sambil memegang erat pingatnya.

      “Ayah .. Khairul dah tunaikan janji ayah….” Namun, semuanya sudah terlambat. Inilah takdir Ilahi.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: