Certot

Pingat Istimewa Buat Adikku Tersayang

Hasil nukilan Nurzulaikha Zahra 2 years agoSukan 26

             

DUMM!

    Kereta Wira berwarna hijau itu terlanggar pokok ketika mengelak lori yang hilang kawalan dan hampir terlanggar dengan kereta yang lain. Bunyi dentuman yang sangat kuat mebingitkan suasana. Beberapa pemandu yang berada di situ menghubungi pihak bomba dan penyelamat.

                                                                  *****

    Rafael tersedar daripada lena yang panjang. Lena yang sangat mengerikan dalam hidupnya. Rafael cuba bangun, tetapi kepalanya terasa pening dan sakit yang amat.

  “Adik… kamu sudah sedar? Kamu berada di hospital. Kamu kena banyak berehat supaya tidak sakit,” kata seorang jururawat perempuan yang memakai cermin mata berbingkai biru gelap.     

    Rafael tercari-cari di mana keluarganya. Rafael terlihat adiknya yang terbaring sayu di sebelahnya.

    “Di mana ibu dan ayah saya? Apa yang terjadi dengan adik saya? Apa yang sudah berlaku?” tanya Rafael yang risau kehilangan ibu dan ayahnya. 

    “Tadi kamu megalami kemalangan. Ibu dan ayah kamu meninggal dunia semasa perjalanan ke sini. Adik kamu pula mengalami gegaran di kepala menyebabkan adik kamu hilang ingatan,” jawab jururawat itu yang masih menundukkan kepalanya.

 “Ya Allah.”

    Air mata Rafael mengalir laju. Tidak sangka ibu dan ayahnya pergi begitu saja.

                                                                     *****

    “Abang berusahalah, ya. Walaupun adik tak ingat sepenuhnya, adik tetap adik abang. Semoga abang berjaya dalam larian nanti.”

    Terngiang-ngiang pesanan adiknya, Fathirah yang masih di hospital untuk rawatan. Sayu hati Rafael mengenangkan insiden itu.

    “Peserta-peserta acara larian 200 meter sila bersedia. Acara larian 200 meter akan bermula.”

    Setelah terdengar pengumuman itu, Rafael segera beratur untuk mengambil giliran.

    Prit!

    Rafael berlari sekuat hati demi adiknya yang tersayang. Rafael berjaya melepasi peserta yang ketiga. Dengan sepantas kilat, Rafael melepasi peserta kedua. Hampir ke garisan penamat, Rafael memecut melepasi peserta pertama yang terkejut melihat Rafael yang secara tiba-tiba melintasinya.

    Guru besar mengalungkan pingat emas kepadanya. Tersenyum lebar Rafael di depan kamera yang dipegang oleh Cikgu Sazali.

    “Yeah!”  teriak Rafael gembira sambil mengucup pingat itu.

                                                              *****

  “Adik, larian tadi…. abang….” Riak wajah Fathirah berubah.

  “Kenapa abang? Apa yang terjadi? Abang kalah ke?”

  “Ish tak habis cakap lagi. Abang menanglah!”

  “Apa? Abang menang! Yeay! Yeay! Abang menang! Yeay!” Sungguh rancak Fathirah menyorak Rafael seperti pasukan sorak-menyorak untuk pasukan bola sepak.

  “Ish, malulah abang macam ini kalau adik sorak kuat-kuat depan orang ramai. Tengok, ramai orang pandang,” kata Rafael dengan mukanya yang sudah kemerahan.

  “Sayang abang.”

  “Abang pun sayangkan adik.” Kedua-dua beradik berpelukan sambil mengalirakan air mata.

                                                                      -TAMAT-

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: