Certot

Pingat Emas Buatku

Hasil nukilan Damia 2 years agoSukan 51

Aliah Sofiya adalah murid perempuan yang tidak aktif dalam bersukan. Dia berumur 11 tahun. Dia hanya suka memasuki sukan tarik bola menggunakan gelung.

Di sekolahnya….

“Aliah, awak masuk apa dalam sukaneka nanti?” tanya kawan karib Aliah iaitu Hazeera. 

“Saya rasa saya tidak mahu pergi sukaneka nantilah,” jawab Aliah lemah. 

“Awak masuklah acara sama dengan saya,” kata Hazeera. 

“Awak masuk acara apa? Saya masuk acara larian 300 meter dan larian 200 meter,” tambah Hazeera. 

“Saya tidak aktif untuk berlari sejauh itu. Saya rasa saya masuk acara larian 100 meter sahajalah.”

*****

Di padang sekolah.

“Sesiapa yang memasuki acara larian 100 meter, sila bersedia di garisan permulaan.”

‘Nampaknya ramai orang bersorak untuk saya, wakil rumah kuning.’ 

Kedengaran bunyi wisel menandakan bermulalah acara itu.

“Sudah dua minit saat berlalu, tiada sesiapa yang dekat dengan garisan penamat,” kata pengadil.

Kedengaran suara ibu Aliah bersorak untuknya kerana dia sudah dekat dengan garisan penamat dan wakil rumah biru sedang berusaha memotongnya. 

“Nampaknya wakil rumah biru sudah memotong wakil dari rumah kuning.” 

Apabila kedengan suara pengadil berkata begitu, lantas Aliah memecut wakil dari rumah biru dan akhirnya dia menjadi juara bagi acara larian 100 meter itu. Dia begitu tidak sangka yang dia akan menjuarai acara larian 100 meter itu.

Apabila habis sukaneka….

“Wah! Mama tidak sangka anak mama yang tidak aktif bersukan ini dapat jadi juara larian 100 meter itu. Sebenarnya Aliah pun tidak sangka yang Aliah boleh jadi juara.

*****

Di biliknya.

‘Inilah pingat emas yang paling berharga buat aku. Aku akan sangkut pingat ini di tempat yang selamat.’

*****

6. 00 pagi.

“Aliah, bangun!” teriak Puan Zahrah dari bawah. “Cepat bersiap.” 

Lantas Aliah bangun dan capai tuala mandinya dan terus ke bilik air.

Bam!

Selepas menutup pintu biliknya, dia terus turun ke bawah dan sarapan bersama keluarganya.

“Aliah hari ini hari bertuah Aliah. Aliah ditawarkan sekolah sukan di Melaka. Tingkatan satu nanti Aliah akan dimasukkan sekolah di sana. Nanti habis makan Aliah keluar tau. Ada hadiah istimewa untuk Aliah.” 

“Dah habis makan!” kata Aliah.

Di luar rumahnya.

“Wah! Basikal berwarna merah jambu. Terima kasih, ayah.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: