Certot

PETER PAN IS MY FRIEND!

Hasil nukilan AIRIEN NATASHA 3 years agoFantasi 131

Pada suatu hari, ketika Riesha dan keluarganya pergi membeli-belah di Mid Valley,  Mega Mall, Kuala Lumpur, Riesha berlari ke kedai mainan untuk melihat mainan anak patung kesukaannya. Dia terlupa tentang pesanan ibunya supaya pegang tangan ibunya dan tidak berlari ketika di dalam pusat beli-belah itu. 

Apabila Riesha berpusing ke belakang untuk pergi semula kepada ibunya, dia berasa terkejut kerana dia bukan lagi berada di Mid Valley, tetapi dia berada di tempat yang sangat asing bangi dirinya.

“Hello, ada orang tak?” jerit Riesha sambil matanya meliar-liar melihat tempat yang sangat indah itu.

“Hai, Riesha. Awak sekarang berada di Neverland,” jawab satu suara.

Mata Riesha melilau untuk mencari siapakah tuan empunya suara tadi.

*****

Neverland? Nama itu sangat asing baginya. Bagaimana suara itu boleh mengetahui namanya?Adakah tuan suara itu manusia ataupun hantu? Dan jikalau betul manusia, dia berada di mana?Tiba-tiba Riesha terdengar satu lagi suara.

“Jangan risau, saya adalah manusia.” Kemudian dia keluar dari tempat persembunyiannya.

“Awak siapa?” soal Riesha.

“Saya Peter Pan. Tentang soalan itu, sebenarnya semasa awak berlari ke arah ibu awak, awak hampir diculik. Sebab itu saya selamatkan awak. Awak siapa?” jawab Peter Pan.

“Saya Riesha. Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Tanpa awak, saya tak tahulah apa nasib saya. Boleh kita berkawan?” Riesha  sudah mula berasa selesa bercakap dengan dia.

“Boleh. Nah! Awak pakailah gelang ini. Inilah tanda persahabatan kita,” kata Peter Pan.

“Saya nak tanya, siapa tu? Yang terbang dia atas bahu awak?” tanya  Riesha kehairanan setelah lama memerhati objek itu.

“Oh! Ini namanya Tinker Bell. Dia ialah salah seorang kawan saya.”

*****

Mata Riesha sekali lagi terkelip-kelip melihat objek di bahu Peter pan, kawan baharunya. Mengapa dia kecil? Tinggi objek itu ialah antara 6 dan 7 inci.

“Peter, mengapa Tinker Bell kecil?” tanya Riesha.

“Ish, awak ni! Banyak tanyalah. Tinker Bell dulu sama besar seperti kita. Namun selepas disumpah oleh ahli sihir, dia bertukar menjadi kecil untuk selama-lamanya,” terang Peter Pan.

“Oh, kesiannya…,” kata Riesha dengan nada yang sedih.

“Namun sekarang, saya gembira kerana dapat membantu orang lain dan mendapat ramai kawan. Hmm… boleh saya jadi kawan awak?” kata Tinker Bell dengan suara halusnya.

“Boleh!” jerit Riesha.

Dia berasa sangat gembira kerana mendapat dua orang rakan baharu yang boleh terbang.

*****

Namun, apabila Peter Pan bertanya tentang ibu bapanya, Riesha mula berasa sedih dan ingin menangis.

“Reisha, apa rancangan awak untuk pulang semula ke alam realiti?”

“Saya mahu pulang untuk berjumpa ibu dan bapa saya, namun saya tidak tahu bagaimana….”

Reisha menangis apabila terbayang wajah ibu dan ayahnya. Tinker Bell yang kecil itu pun memujuk Riesha supaya jangan bersedih lagi.

“Riesha.janganlah menangis lagi…saya yakin yang PETER PAN akan menolong awak"pujuk TINKER BELL.

Tiba-tiba, Peter Pan menjerit sambil tersenyum gembira seperti mengetahui cara untuk membuatakan Reisha berhenti menangis.

“Ha! Baru saya ingat. Jika kami ingin keluar dari dunia Neverland, kami akan melalui satu terowong kha,” kata Peter Pan.

*****

Apabila mereka tiba di terowong khas yang dikatakan, perasaan gembira Riesha terus hilang kerana dia akan berpisah dengan Peter Pan dan Tinker Bell. Reisha hanya berdiri tegak di hadapan terowong itu.

“Reisha, masuklah ke dalam terowong itu. Mengapa awak masih berdiri di situ?” tanya Tinker Bell.

“Aik… tadi bukan main seronok bila saya cakap ada jalan untuk berjumpa semula dengan ibu bapa awak. Sekarang, dah jadi macam tunggul kayu depan terowong pula,” kata Peter kehairanan.

“Saya memang mahu berjumpa dengan ibu bapa saya kembali, tetapi saya sedih untuk meniggalkan kamu berdua. Saya takut,saya tidak dapat berjumpa dengan kamu berdua lagi…,” jelas Reisha.

“Oh, janganlah awak berasa sedih. Sebenarnya, gelang persahabatan yang saya berikan itu ialah alat untuk kita berhubung. Jika awak ada masalah atau mahu berjumpa dengan kami, pegang gelang itu dan sebut ‘Peter Pan in Neverland, please come here’ tiga kali. Selepas itu,saya dan Tinker akan muncul di hadapan kamu,“terang Peter Pan.

“Kalau begitu, saya pergi dulu. Bye!” kata Riesha sambil melambai tangannya.

*****

Pengumuman kepada Nur Riesha binti Azim, yang memakai baju berwarna merah. Diminta datang segera untuk berjumpa ibu bapa anda di kaunter pertanyaan. 

Mendengar pengumuman itu, Riesha bergegas pergi ke kaunter pertannyaan untuk berjumpa dengan ibu bapanya.

Riesha memeluk ibu bapanya sambil menangis. Ibunya bertanya ke manakan Reisha pergi kerana sudah tiga kali pengumuman dibuat.

“Riesha pergi mana? Puas ibu cari. Tulah… merayau lagi. Ibu dah kata pegang tangan ibu. Jangan lepaskan,” marah ibunya, Puan Mya.

“Riesha dah dengar pengumuman ni. Riesha cuba cari kaunter ni, tapi tak jumpa,” kata Riesha.

“Hmmm… takpelah, Riesha…yang penting Riesha dah ada depan ibu.”

“Dah… mari balik….”

Ketika di dalam kereta, Riesha sibuk membelek gelang yang diberi oleh Peter. Di gelang itu tertulis “Peter, Tinker, and Riesha forever’. 

Tanpa sedar,Riesha menyebut, “Peter Pan is my friend.”

“Hah? Apa Riesha cakap tadi? Ibu tak dengarlah,” tanya Puan Mya.

“Tak ada apa-apalah, ibu,” kata Riesha sambil tersenyum.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: