Certot

Permata Hati Ayahanda

Hasil nukilan Princess AK 3 years ago 315

Rianna termenung sendiri di dalam bilik tidurnya. Sudah genap lima tahun ibunya pergi tidak kembali, meninggalkan dirinya sendiri menghadapi segala dugaan di dunia. Sudah genap empat tahun juga dia beribu tirikan Mak Cik Alisha, seorang wanita yang kejam.

“Hei budak, asyik termenung saja, tak ada kerja? Bukankah tadi aku suruh kau bersihkan rumah? Curi tulang ya!” Suara Mak Cik Alisha itu membuatkan Rianna tersentak.

“Ya mak cik, Anna buat sekarang.” Rianna berkata perlahan tanda pasrah. Sabarlah, yang baik sentiasa menang. Tidak di dunia, di akhirat sana.

“Assalamualaikum!” Suara orang memberi salam kedengaran. Rianna yang sedang sibuk mengemop lantai tersentak. Dia meninggalkan kerjanya lalu membuka pintu bagi melihat gerangan yang datang.

Terkejut Rianna tatkala melihat nenek yang dicintai. Mereka berpelukan untuk beberapa ketika. Mak Cik Alisha muncul dari dapur. Malas-malas sahaja melangkah ke ruang tamu.

“Eh, mak, baru sampai? Masuklah!” Cepat-cepat Mak Cik Alisha menjemput ibu mertuanya masuk.

“Baru sahaja. Kamu buat apa tadi?” Gelabah seketika Mak Cik Alisha apabila ditanya sebegitu. Dia terlihat batang mop di tepi. Cepat-cepat direka cerita dia sedang mengemop lantai, padahal membuta di dalam bilik.

Rianna memimpin neneknya masuk ke dalam bilik. “Mak cik masih dera kamu lagi?” tanya Nenek Ramlah. Rianna mengangguk tanda mengiakan.

“Ayah masih tak kisah dengan kamu lagi?” Rianna mengangguk lagi.

“Kemas baju kamu. Nenek mahu bawa kamu balik ke kampung,” kata Nenek

Ramlah lagi. Memang itu tujuan asalnya. Nenek mana yang sanggup melihatnya cucunya didera.

“Eh, mak. Rianna nak pergi mana?” tanya Mak Cik Alisha.

“Keluar sekejap,” balas Nenek Ramlah. Dia tidak mahu anak menantunya tahu akan rancangan ini.

Mereka menahan teksi. Dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan taklah sejauh mana, cukuplah naik teksi sahaja.

Surat yang terletak di atas meja solek Rianna diambilnya. Surat itu dibaca. Ayat terakhir itu menyentap perasaannya. ‘Ini mungkin kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal’. Dia merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi kepada anaknya. Tambahan pula, sudah lebih 12 jam anaknya di sana. Cepat-cepat dia keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta untuk ke Negeri Sembilan, mengambil anaknya semula.

“Khai dah lambat,” ujar Nenek Ramlah kepada Encik Khairul. Dia tidak mengerti. Bagaikan mengetahui isi hatinya, Nenek Ramlah menyambung lagi. “Rianna ditemui lemas di sungai sejam yang lalu. Redhalah dengan pemergiannya. Dia tak perlukan ayah macam kamu.” Sejurus itu, Nenek Ramlah masuk ke dalam biliknya.

“Ayah, Rianna tunggu ayah di sini. Semoga kita dapat berjumpa lagi.” Satu suara ghaib singgah di telinga Encik Khairul.

“Rianna, baliklah nak. Kamulah satu-satunya permata hati ayah. Maafkan ayah, maafkan ayah.” Encik Khairul merintih kesedihan. Namun itu semua tiada lagi bermakna. Permata hatinya sudah pergi selamanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: