Certot

Pergi Meninggalkan Kami Selamanya

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL about 3 years agoSukan 25

Namaku Adib Zainal. Aku adalah anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

Suatu hari, ayahku disahkan menghidap penyakit kanser darah. Aku berasa sangat sedih kerana aku amat rapat dengan ayahku.

Pada awalnya,penyakit ayahku tidak seteruk mana.Tapi, lama-kelamaan, penyakit ayahku semakin teruk dan virus terus merebak!

Pada pagi Isnin, darah keluar daripada telinga, hidung, dan mulut ayahku. Aku berasa sungguh terkejut! Aku tidak sangka penyakit ayahku seteruk ini.

Ayahku dimasukkan ke ICU. Pada hari pertama di ICU, ayahku masih sedar, cuma ayahku tidak mampu untuk bercakap. Ayahku cuma boleh memberi respons dan pergerakan.

Berat ayahku hilang dua kilogram. Badan ayahku susut. Aku berasa sangat sedih. Pada hari kedua ayahku di ICU, ayahku tidak sedar.

Pada hari selasa, jam 10.30 pagi, ayahku telah pergi buat selamanya. Ayahku telah pulang ke rahmatullah dan menghadap illahi. Ya Allah, aku dan keluargaku menangis dengan teresak-esak. Aku tidak mampu menahan semua ini. Aku tidak mampu menanggung semua ini Ya Allah!

Sebelum arwah ayahku pergi, ayahku berhasrat untuk menonton aku memenangi pingat emas ketika di sekolah. Tetapi, ayahku telah pulang ke rahmatullah terlebih dahulu. Hasrat ayahku tidak kesampaian. Aku memenangi pingat emas seperti yang dihasratkan ayahku.

Ibuku tidak bekerja, adik-beradikku pula masih kecil. Di manakah ibuku mahu mencari duit untuk menanggung kami semua? Aku tidak mampu untuk menolong ibuku. Ya Allah, besarnya dugaan yang kau berikan kepada kami. Kau ringankanlah dugaan ini Ya Allah! Kau berilah rezeki kepada Kami Ya Allah!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: