Certot

Pergaduhan Antara The Wannababes dan Flame Eagle

Hasil nukilan Sarah 2 years agoFantasi 92

Sarah Nur Azzahra merupakan pelajar SK Dato’ Ahmad Manaf yang agak terkenal. Sarah, Aina, Laila, Auni, Sasha, dan Adriana merupakan sahabat karib sejak tadika.

Pada suatu hari, Sarah dan rakan-rakan karibnya ingin membuat satu kumpulan yang bernama Fire Dragon. Mereka tahu bahawa nama ini agak kelakar, tetapi ini dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai semangat yang sangat dalam dan berjiwa kental.

Mereka membeli satu buku dan membalutnya dengan pembalut hadiah. Mereka menampal perkataan Fire Dragon di hadapan buku tersebut. Mereka menulis biodata dan diari bahawa mereka sangat benci dengan The Wannababes yang terdiri daripada Jannah sebagai Fasha, Fatiha sebagai Fazura, Huda sebagai Shasha, Nadia sebagai Linda, Sakinah sebagai Nana, dan Balqis sebagai Diana. Mereka mengutuk The Wannababes atau pun lebih dikenali sebagai TW.

Pada suatu pagi, spot check  dijalankan secara mengejut oleh TW. Semua ahli TW membaca buku Fire Dragon ataupun FD.

Ketika perjalan ingin masuk ke kelas, FD diberikan surat yang tertulis, “Jumpa dekat belakang sekolah. aku nak semua datang.” FD tidak kisah.

Pada sudah masuknya waktu zohor, di tempat wuduk hanya tinggal Nadia dan Sarah. Nadia berkata, “Kau jangan cuba lari.” 

Kemudian Sarah membalas, “Kau ingat aku takut ke? Hey pleaselah!” Sarah pun berlalu pergi.

Pada waktu rehat KAFA (kelas agama fardu ain), mereka berjumpa seperti yang dijanjikan. Sedang sibuk mereka bergaduh, kring! Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tamat. Mereka pun berlalu pergi.

Pada hari rabu mingu depannya, Sarah terfikir hendak menyakitkan hati TW. TW berada di dalam tandas dan mempunyai tingkap. FD sengaja menguatkan suara supaya mereka dengar. Tiba-tiba Jannah muncul dan membuat muka untuk memeranjatkan FD. FD berlakon terkejut. Mereka berlalu pergi.

Ketika Laila dan Sarah melarikan diri daripada bola jaring, mereka ternampak tiga pucuk surat yang ditulis oleh TW. Rupa-rupanya surat itu ialah plan untuk mengenakan FD. Kemudian, Aina menegur Naga Nivasshini yang merupakan orang bawahan TW. 

Naga berkata, “TW suruh aku Kesa, Nadheera, Ain, dan ramai lagi supaya jangan kawan korang.” 

“Ooh, (dalam hati) ish dorang ni main kasar! Okey, thank you, Naga.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: