Certot

Pergaduhan Angkara Facebook

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoFiksyen 22


Nama aku Syasya. Hari itu, aku letak gambar mekap dan beberapa gambar lagi tentang fesyen. Tiba-tiba ada komen yang paling aku paling benci daripada perempuan bernama Husna. Dia komen di gambar mekap aku.

“Apa yang menarik sangat tentang mekap badut ini?”

Pada masa itu juga, aku mahu mengetahui dia ini budak sekolah menengah mana. Tiba-tiba aku lihat profilnya dia bersekolah sama dengan aku iaitu dia bersekolah Sri Superstars. Tetapi, aku merancang untuk membalas dendam terhadapnya tentang komen dia yang bergumam itu.

“Oh, Cicilia kau tahu tak budak sekolah kita yang namanya Husna?”

“Hmm… tahu sangat kau lupa budak kat sekolah ini yang suka bergumam dan paling orang benci sekali sebab dia orang asyik bergaduh sesama sendiri. Aku dengar dia juga memang suka musnahkan hidup orang.”

“Oh, memang tepat sekali sebab semalam dia komen mekap aku. Dia kata seperti badut.”

“Memang kurang ajar budak ini.”

“Aku sebenarnya mahu ajar dia cara hormat orang daripada dia asyik bergaduhkan orang sesama sendiri.”

“Nama engkau Husna kan?”

“Ya, kau nak apa?”

“Oh, jadinya kau yang komen mekap aku badut di Facebook! Engkau ini ada masalah bergumamkah?”

“Kau dah kenapa? Suka hati aku. Itu Facebook aku.”

Selepas itu, mereka bergaduh dan memukul-mukul antara sendiri.

Dan lama-kelamaan Husna tidak akan bergumam lagi. Inilah pengajaran buat Husna iaitu jangan suka komen macam-macam.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: