Certot

Percutian ke Luar Negara

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoFiksyen 37

Alisya tersenyum sendirian. Dia sedang berangan-angan yang dia sedang bercuti ke luar negara. Dia tidak sedar yang masa sedang berlalu.

“Alisya, dah pukul 5.30 petang ni. Alisya dah solat asar?” soal Puan Kyra.

Alisya tersedar daripada lamunannya. Dia segera berlari ke biliknya.

“Err… baru nak solat mama,” kata Alisya.

Puan Kyra menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia hanya mampu mengeluh.

*****

Alisya segera bersiap untuk ke sekolah. Selesai bersarapan, Alisya segera naik ke kereta mamanya. Hari ini dia berasa amat berdebar kerana hari ini keputusan UPSR akan keluar.

Apabila sampai di sekolah, Alisya dan mamanya pun mengambil tempat di dewan. Kemudian, majlis pun dimulakan. Kini nama-nama pelajar yang mendapat 5A akan diumumkan.

“Seterusnya murid yang mendapat 5A ialah… Alisya binti Arif!” ucap Cikgu Hana dengan gembira sekali.

Alisya segera naik ke atas pentas untuk mengambil keputusannya. Dia kemudian menuju ke arah mamanya semula.

“Mama, Alisya dapat 5A!” jerit Alisya dengan riang sekali.

“Tahniah. Mama nak bagi surprise ni,” kata Puan Kyra.

“Surprise apa mama?” soal Alisya.

“Disebabkan Alisya dapat 5A dalam UPSR, mama benarkan Alisya untuk bercuti ke luar negara pada akhir tahun ni!” kata Puan Kyra.

“Really?” soal Alisya.

Puan Kyra mengangguk.

“Yeah, Paris I come!” jerit Alisya teruja.

*****

Kini, Alisya dan mamanya sudah berada di Paris.

“Terima kasih mama sebab bawa Alisya ke Paris. Alisya sayang mama,” kata Alisya sambil memeluk mamanya.

“Sama-sama,” jawab Puan Kyra.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: