Certot

Bangkit

Hasil nukilan Delisya Emieyra 3 years agoSukan 7

             

     Yusrina adalah seorang anak yatim piatu. Kini, dia tinggal bersama mak cik nya yang bernama Datin Raisha Amelina atau dikenali sebagai Datin Lina. Walaupun Yusrina tinggal di rumah besar bagaikan istana dan diberi kebebasan, namun dia tetap tidak merasa bangga dengan kekayaan mak ciknya.

    Yusrina dahulunya seorang yang periang, aktif dalam sukan, dan selalu mengharumkan nama sekolahnya. Namun segalanya berubah semenjak ibu dan ayahnya meninggal. Kini dia seorang yang pendiam dan sentiasa muram. Kadangkala dia akan menangis secara tiba-tiba kerana terkenang kembali muka arwah ibu dan ayahnya. Dulu mereka sangat bahagia walaupun hidup sederhana. 

Sebenarnya ayah Yusrina seorang yang kaya-raya tetapi dia tidak mahu riak dengan kekayaannya. Ayahnya mengambil keputusan untuk tinggal di kampung halaman ibu Yusrina sahaja. Cikgu Nora selalu mencuba untuk memujuk Yusrina agar aktif semula seperti dulu. Rakan-rakannya juga rindu akan perangai Yusrina yang ceria dan suka bergurau senda.

 

*****
   

    “Dahlah tu Rina. Mereka dah tak ada. Tak payah muram je setiap masa. Aunty risau tengok keadaan awak. Awak sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada awak untuk masih bernafas lagi,” kata Datin Lina semasa hendak menghantar makanan ke bilik Yusrina. Pada ketika itu Yusrina termenung di luar jendela.
   

    “Tak! Saya tak nak hidup lagi kat dunia ni! Saya rindu mak dan ayah! Kalaulah saya ikut mereka dulu!” jerit Yusrina sambil menangis. Datin Lina pun segera memeluk Yusrina bagi meredakan kesedihannya. Selepas itu, Yusrina tersedar yang makciknya membawakan makanan untuk dia.

“Aunty, saya tak nak makan. Tiba-tiba tak ada selera,” Yusrina memberitahu makciknya dengan nada yang sayu sambil tersenyum melihat wajah adik kepada ayahnya itu.

“Kalau macam tu pergilah tidur,” jawab Datin Lina sambil menyelimutkan anak buahnya itu. 

*****

    “Rina sayang, jangan lah sedih-sedih macam ni lagi. Jangan risau mak dan ayah bahagia di sini. Kami pun ridukan kamu. Pergilah berseronok ya, nak. Rina kan anak mak, dengar cakap mak ya, sayang?” ujar mak Yusrina dalam mimpinya. 

“Baiklah, mak,” jawab Yusrina sambil menangis teresak-esak.

Kata-kata bondanya disimpan. Setelah itu, Yusrina terbangun dari tidurnya dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu solat subuh. Dia pun pergi menunaikan solat subuh dan selepas itu dia pergi bersiap-siap untuk pergi ke sekolah kerana ada aktiviti kokurikulum.

    “Selamat pagi, aunty,” Yusrina menegur makciknya yang sibuk menyediakan sarapan pagi.

    “Aik?” Hairan Datin lina. 

“Saya dah berubah! Saya minta maaf sebab menyusahkan selama ini.” Yusrina segera memeluk dengan erat makciknya itu.

        “Dah! Cepat makan. Nanti lambat nak pergi sekolah,” jawab Datin Linda.

*****

 

  Setibanya dia di sekolah, rakan-rakannya sangat terkejut dengan perubahan Yusrina. Setelah dia tiba di hadapan pintu pagar sekolah, kelihatan rakan karibnya, Tasha berlari keriangan.

“Rina!” Tasha memanggil nama Yusrina sambil melambaikan tangannya.

“Hei! Jangan lari-lari, nanti awak jatuh!” jerit Syukrie selaku ketua pengawas sekolah.

    Tasha tidak mengendahkan arahan dari Syukrie dan segera mendapatkan rakan sehidup sematinya itu. Mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke kantin kerasa Tasha hendak membeli minuman. 

“Eh?Kenapa ramai murid beratur kat situ? Ada apa kat sana?” Yusrina mengajukan soalan kepada Tasha setelah melihat ramai murid yang beratur di Astaka.

    Kebetulan pada ketika itu ada pemilihan murid untuk mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi di Temasya Sukan Tahunan Kedah yang bakal diadakan pada bulan hadapan.

  “Oh, ya! Kat sana ada pemilihan murid untuk mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi. Acara yang lain pula sudah mempunyai wakil,” ajak Tasha.

“Apa kata awak sertai, Rina? Dulukan awak pernah mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi juga. Lepas tu awak menang. Kan?” 

Yusrina terkejut dengan kata-kataTasha.

  Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata ibunya dalam mimpi.D ia pun terus meminta Tasha untuk menemaninya pergi ke kaunter pendaftaran. Cikgu Nora ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran. 

“Alhamdulillah, akhirnya awak kembali juga seperti dulu. Saya sangat bangga kepada awak, Rina!” Cikgu Nora terkejut melihat Yusrina mendaftarkan diri.

Yusrina hanya tersenyum. Yusrina telah menjadi peserta yang pertama akan mencuba.

“Semua murid yang sudah mendaftarkan diri sila beratur,” arah Cikgu Syafiq. 

Kesemua peserta pun beratur mengikut nombor giliran masing-masing.

    “Yusrina, sejak bila awak datang? Bukankah awak sudah ‘hilang’?”Angkuh Elyana, juga seorang atlet lompat tinggi yang sukar dikalahkan setelah menyedari Yusrina berada di hadapannya.

Yusrina hanya menjeling.

*****

      “Okey! Dijemput peserta pertama, Yusrina dari kelas tingkatan 2 Amanah untuk mencuba lompatan yang pertama.”

      Yusrina sangat gementar pada ketika itu. Namun, dia tetap mencuba membuat lompatan. Lompatan pertamanya ternyata gagal.

“Itulah, sekejap je tak main dah lupa,” ejek geng Elyana.

      “Hei, korang! Korang cakap macam tu kat Rina, korang pernah ke mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi?” balas Tasha kerana ingin menyokong Yusrina.

    Yusrina tidak berputus asa walaupun cubaan pertamanya gagal. Dia terus bangun dan ingin mencuba untuk kali yang kedua. Alhamdulillah, akhirnya dia telah berjaya membuat lompatan dan telah dipilih setelah melawan peserta-peserta yang lain.

 

*****

 

    Tiba di hari perlawanan, Yusrina dan rakan-rakan sekolahnya yang lain menaiki sebuah bas besar yang telah disewa oleh pihak sekolah untuk menghantar wakil-wakil ke Kompleks Sukan Kubang Pasu, Kedah. Dengan diiringi tujuh orang guru pengiring, mereka selamat tiba di kompleks sukan tersebut. 

Yusrina berasa amat gementar kerana melihat atlet-atlet dari sekolah lain merupakan atlet yang hebat-hebat belaka. Namun Allah memberikan kemenangan kepada sekolah Yusrina. Alhamdulillah, sekolah Yusrina telah dinobatkan dengan Anugerah Sekolah Cemerlang Sukan Kedah. Walaupun Yusrina kalah dalam acara lompat tinggi namun dia tetap bangga akan pencapaian yang dia perolehi kerana dia tidak akan berputus asa kerana dia masih boleh menyertainya lagi pada tahun hadapan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: