Certot

Penyelamatku

Hasil nukilan Song Dal Hae 2 years agoSuperhero

“Dahlia, mari turun makan malam bersama,” panggil Puan Nadirah pada Dahlia.

Dahlia turun dan terus maju ke meja makan. Kelihatan Encik Rahman sedang menghirup air kopinya sambil membaca pebualan rakan-rakan sekerjanya di telofan pintar.

“Assalamuilaikum, papa. Papa baru balik kerja?” tanya Dahlia.

“Eh, Dahlia rupa-rupanya. Ya, baru balik. Ada mesyuarat lewat petang tadi. Itu sebabnya papa terpaksa pulang lewat. Maafkan papa.’‘

Dahlia hanya senyum pada Encik Rahman tanda yang dia memaafkan papanya. Dia tahu papanya sentiasa pulang lewat ke rumah kerana sentiasa mempunyai pelbagai urusan kerja yang perlu disiapkan. 

’‘Baiklah, mari makan. Hari ini mama masak nasi putih dengan ikan sardin. Manakala untuk pencuci mulut, mama hanya sempat buat biskut madu daripada lebihan semasa membuat biskut untuk diberikan kepada para jemaah masjid pada hari esok. Dahlia, baca doa sebelum makan.’‘ 

Dahlia dengan mengikut perintah lalu membaca doa.

******

Pada keesokkan petang, Dahlia dan sahabat penanya, Jane sedang berehat di sebuah pondok kecil di taman berdekatan rumah mereka selepas berjoging hampir seluruh taman. 

’‘Bagaimana dengan urusan perkerjaan bapa awak?’’ tanya Jane. 

’‘Semua masih dalam keadaan baik. Terima kasih kerana bertanya. Bagaimana dengan bapa awak pula?’’ tanya Dahlia. 

“Seperti awak, baik-baik sahaja.’’ Kemudian mereka bersembang dan pulang pada jam hampir 7.00 petang.

Semasa dalam perjalanan pulang, Dahlia ingin melintas jalan. Dia ingat pesanan gurunya supaya melihat kanan dan kiri jalan. Jika tiada kenderaan pada kedua dua arah, baru dibenarkan melintas. Semasa melintas jalan, tiba-tiba sebuah lori membawa dengan laju. Dahlia terkejut lalu terkaku di tengah jalan. Lori tersebut tidak sempat menekan brek lalu melanggar Dahlia dengan bunyi hentaman yang kuat.

******

Dahlia akhirnya sedar dari kemalangan tersebut. Dahlia berasa hairan kerana dia kelihatan cedera ringan. Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke wad Dahlia. 

’‘Eh, Dahlia sudah sedar akhirnya. Alhamdullilah. Bagaimana dengan keadaan Dahlia?’’ soal jururawat. 

’‘Terima kasih, baik sahaja. Er… boleh saya bertanya? Seingat saya sewaktu kejadian sebuah lori telah melanggar saya dengan bunyi hentaman yang kuat, tetapi kenapa saya kelihatan seperti cedera ringan?’’ tanya Dahlia. 

Akhirnya jururawat itu mencerita segalanya. Rupa-rupanya Puan Nadirah telah menyelamatkan Dahlia dari kejadian. Sewaktu kejadian, Puan Nadirah baru sahaja pulang dari masjid selepas menghantar biskut kepada para jemaah. Dahlia ingin berjumpa ibunya, tetapi ibunya telah pulang ke rahmattullah. Dahlia hanya menangis kerana sedih atas pemergian ibunya yang tersayang.

’‘Terima kasih, ibu. Semoga ibu ditempatkan dengan orang orang yang muslimin dan musliman.’’ Itulah kata-kata terakhir oleh Dahlia kepada ibunya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: