Certot

Penyanyi Youtube

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoFiksyen 4

“Wah, hebatnya nyanyian Brianna Leah yang baru sahaja berumur 13 tahun ini!” Seorang remaja perempuan menjerit.

“Kalaulah aku boleh jadi macam dia, mesti jadi glamor. Kemudian dapat ramai kawan di Instagram, Facebook, dan Twitter.”

Nur Nurina Aida yang selalu mendengar headphone hari-hari. Aida Nurina juga ingin menjadi seperti penyanyi youtube yang lain. Maklumlah, zaman sekarang kita boleh melakukan apa sahaja di Youtube.

******

Sewaktu di sekolah, Aida sedang rancak berbual dengan rakan karibnya iaitu Azira Fazua yang digelar Faz. Bagi Aida, nama Faz memang sesuai dengan kerenahnya yang sememangnya mengada-ngada.

“Faz, apa awak rasa kalau saya menyanyi kat youtube agaknya?” Aida sedang berangan-angan.

“Hahaha… hancur muzik dibuatnya dengan suara awak yang seperti katak itu,” Faz pula mengutuk Aida.

“Awak cemburu?” Lening Aida berkerut.

“Tidak!”

“Saya cabar awak dalam masa ini, cuba awak nyanyi dan muat naik ke Youtube. Siapa dapat like paling terbanyak, itulah yang dinamakan sebagai pemenang.” 

“Ya, saya setuju dengan idea awak itu, Fazua!” Aida pula, mukanya sudah berkerut.

Kini Faz dan Aida akan bertarung siapa yang akan menang di antara mereka berdua. Masing-masing sekarang latihan untuk menyanyi nanti. Aida menyanyi di tempat yang amat privacy. Faz pula menyanyikan lagu itu di rumahnya. Masing-masing telah menghantar cover itu tersebut diYoutube.

*****

Dalam beberapa hari, Aida telah mendapat like sebanyak 191K! Faz pula mendapat like sebanyak 179K! Aida tergelak, manakala pula menghentak kaki tidak menerima kekalahan.

Sewaktu pulang, Aida telah menerima e-mel daripada Syarikat You E-Sing yang dia terpilih untuk ke anugerah APYT. Fazturut menemani Aida untuk ke sana nanti.

*****

Pada hari anugerah….

“Salam sejahtera, hari ini akan diadakan hari anugerah penyanyi Youtube terbaik. Jadi kita akan memulakan anugerah sekarang. Penyanyi popular Youtube perempuan ialah Aida Nurina. Dipersilakan untuk ke pentas.”

Aida pula menerima piala dan juga jumlah wang sebanyak RM50,000 lima puluh ribu ringgit dan sekarang Aida digelar Miss Youtube. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: