Certot

Pensel Warna, Cinta, dan Impian

Hasil nukilan Adam 2 years agoFiksyen 60

“Bang, Arip nak pensel warna tu… nak sangat…. nak sangat,” kata Arip kepada abangnya, Adam. 

Arip seorang yang agak istimewa. Dia menghidap sindrom down dan baru berusia 10 tahun. Adam pula cuma dua tahun lebih tua daripada Arip.

Mendengar rintihan Arip, Adam hanya bingung. Melukis? Adikku pandai ke melukis? Aduhai….dalam poket cuma ada RM3,” Adam berkata kepada dirinya. Cuma RM3 di dalam poketnya. Itu pun cukup-cukup makan.

Adam sebenarnya tak nak menyusahkan ibunya yang kini berada di hospital. Lagipun, mereka dari keluarga yang miskin. Lantas Adam mencari ikthiar.

Adam sekadar membeli pensel warna kontot daripada sahabatnya dengan harga RM3. Agak risau Adam apabila hendak memberi pensel warna kepada Arip. Adam berjalan perlahan-lahan ke arah Arip.

“Abang! Abang dah balik!” jerit Arip ke arah Adam. Arip terus mengambil pensel warna tersebut lalu memeluk abangnya. “Terima kasih, abang” kata Arip.

Keesokan harinya, Arip pergi ke sekolahnya. 

“Eh, cuti ini pun ada sekolah?” Adam kehairanan. Arip meninggalkan Adam dengan persoalan tersebut. Disebabkan risau, Adam mengikutnya dari belakang tanpa disedari.

“Baiklah… peserta pertandingan melukis diharap bersedia.”

Adam terdengar pengumuman itu dari sekolah Arip. 

“Eh, dia masuk pertandingan kah?” tanya Adam kepada dirinya lagi. Adam berasa agak bangga dengan Adiknya.

“Oi budak cacat!  Kau pergi dari sini. Menyemak je,” kata seorang lelaki sambil Arip menundukkan kepalanya. Adam terus berlari ke arah Arip dan menghalau lelaki itu. Adam menarik Arip dan memeluknya seeratnya. Lelaki tersebut beredar dan Arip meluru masuk ke zon pertandingan.

Pertandingan dijalankan dengan lancar dan para hakim mula menghakimi. Muka para hakim sememangnya tegas dan menyeramkan. Adam agak risau dengan prestasinya.

Arip Shadam bin Arip Shadu mendapat johan!

Adam dan Arip sangat gembira. Siapa kata insan kurang upaya tidak mampu  mencapai kejayaan? 

“Arip lukis apa? Abang nak tahulah,” kata Adam.

“Arip lukis ibu. Ibu dan Arip dalam bilik pembedahan. Arip jadi doktor dan rawat ibu. Arip nak tengok ibu sihat,” kata Arip. 

Adam menggenggam erat tangan adiknya. “Arip, jom kita lawat ibu kat hospital,” kata Adam. Mereka pun berjalan bersama-sama sambil membawa lukisan yang dilukis Arip ke hospital/

Mereka berdua menaiki lif dan terus menuju ke wad ibu mereka. “Eh abang, kenapa banyak jururawat kat situ?” tanya Arip. 

Kami pun berjalan ke wad ibu. 

“Dik, maafkan kami. Ibu adik telah meninggalkan kita tepat pada jam 4.00 petang. Kami sangat bersimpati” kata seorang doktor.

Adam dan Arip hanya terkaku melihat jasad ibu mereka. Ibu mereka menghidapi barah otak dan dianggarkan hanya mampu bertahan sehingga tiga minggu lepas. Tapi, kerana semangat anak-anaknya, ibunya bertahan sehingga ke hari itu… iaitu hari ibu.

“Ibu, maafkan kami. Kami tak dapat menjaga ibu sebaiknya. Lukisan Arip adalah impian yang kami berdua ingin lihat. Tapi, cinta ibu memang akan kami jaga sepenuhnya,” kata Adam.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: