Certot

Pengorbanan Terakhir Ibu

Hasil nukilan NOR SHAZLEEN 1 year agoSuperhero

Aku benci ibu! Aku benci ibu! Itulah perkataan yang baru keluar daripada mulut Arina. Arina geram dengan ibunya.

“Ina, tidak baik kamu kata begitu kepada ibu. Kamu tidak sedarkah ibu bersusah payah untuk kita semua!” ujar Atikah, kakak sulung Arina. Namun, Arina tidak menghiraukan kata-kata kakaknya.

“Ika, tidak mengapa. Biarkan sahaja adik kamu itu. Ibu faham dengan keadaan dia sekarang. Dia tidak boleh terima yang ayah baru sahaja meninggalkan kita semua,” Puan Elena menenangkan kemarahan Ika apabila melihat kedegilan Ina.

*****

Di dalam bilik.

Arina terbaring di atas katilnya sambil termenung melihat ke arah siling rumahnya. Dia memikirkan bagaimana dia mahu mencari duit bagi membeli apa yang dia mahu. Dia mendapat idea bagi mencuri duit ibunya secara senyap-senyap.

“Arina, apa kamu buat itu? Tergamak kamu mencuri duit yang ibu kumpul daripada jualan kuih muihnya itu. Itulah duit yang dapat menampung kita semua!” Arina tercari-cari dari mana suara itu datang. Rupa-rupanya suara itu adalah suara kakaknya yang sudah lama memerhatikan perbuatan jahat Ina.

“Suka hati Inalah! Kakak jangan kacau apa yang Ina buat. Ini masalah Ina, kakak jangan masuk campur!” Ina meninggikan suaranya memarahi kakaknya yang suka masuk campur. 

Kakaknya berasa marah sehingga Ina tidak menghiraukan dan berlalu pergi meninggalkan rumah.

*****

Pulang sahaja dari rumah….

“Arina, ke sini sekejap. Ibu mahu tanya, kamu ada ambil duit ibu di dalam Almari baju ibu?” tanya Puan Elena dengan nada serius. Matanya tidak sekali pun berkelip melihat muka Ina.

“Ibu ini asyik tuduh Ina. Ina tidak berani mengambil duit ibu. Ina tahu siapa yang ambil duit ibu itu. Petang tadi Ina nampak kakak ambil duit ibu,” terang Ina dengan selamba. Dia tidak jujur dalam percakapannya itu.

Ika yang duduk di sebelah Puan Elena tergamam mendengar kata-kata Ina yang baru sahaja menuduhnya dengan perbuatannya itu.

“Ika, ibu tidak sangka kamu tergamak mencuri duit ibu. Penat-penat ibu kerja selama ini mengumpul duit. Ke mari kamu!” Puan Elena memanggil Ika dengan nada yang marah sekali sambil tangannya memegang rotan. Satu libatan rotan terhinggap di badan Ika.

Shup! Shup! Shup!

‘Padan muka kamu. Rasakan!’ bisik Ina dalam hati. Senyuman mula terukir di mukanya. Tanpa rasa kasihan melihat kakaknya dirotan.

******

Keesokan paginya.

“Ika, maafkan ibu. Sebab ibu rotan kamu, ibu tidak suka sekiranya anak ibu mencuri. Ibu tidak ajar kamu berdua mencuri,” ujar Puan Elena sambil mengurut-urut badan anaknya itu. Ika hanya mendiamkan diri dan menangis menahan kesakitan.

Ina yang berdiri di hadapan pintu bilik kakaknya itu hanya memerhatikan gelagat ibu dan kakaknya. Senyuman jahat mula terselah di bibirnya. Lalu dia bergegas kembali ke biliknya.

*****

Waktu perjalanan dari sekolah.

“Ina, mengapa kamu tidak jujur dan berterus terang yang kamu mencuri duit ibu? Kakak tidak sangka dengan perangai jahat kamu ini. Dahulu kamu tidak seperti ini,” kata Ika yang sudah tidak tahan dengan sikap Ina yang sudah berubah itu.

“Kakak jangan sibuk beri ceramah pada saya. Lebih baik saya tidak ada kakak, hidup rasa senang!” Ina memarahi kakaknya. Lalu dia menolak kakaknya sehingga terjatuh ke dalam parit. Itu menyebabkan kepala kakaknya terhantuk dan banyak darah mengalir. Ina ketakutan lalu berlari pulang ke rumah.

*****

Di rumah.

“Apa aku mahu buat? Aku tidak mahu dituduh membunuh. Maafkan Ina. Ina tidak sengaja membuat kakak begiitu,” Ina berbisik seorang diri sambil mundar mandir.

Tok! Tok!

“Puan! Anak Puan Ika, sudah meninggal dunia. Mayatnya sekarang berada di hospital. Puan boleh datang ke hospital bagi mengenal pasti mayat anak puan.”

Puan Elena bergegas ke hospital bagi melihat mayat Ika. Air matanya mengalir tanpa henti. Ina juga bergegas ikut Puan Elena.

******

Tiba di hospital.

“Ika, mengapa jadi bergini? Mengapa Ika pergi terlalu cepat? Seharusnya ibu yang pergi dahulu!” Puan Elena menangis melihat mayat Ika yang terlantar di situ.

Puan Elena tidak dapat menerima hakikat itu. Dia bergegas lari keluar dari hospital. Tiba-tiba satu bunyi kedengaran yang kuat membuatkan semua keluar.

Dush!

“Ina, ini duit ibu kumpul untuk kamu beli apa yang kamu mahu. Jaga diri baik-baik, anakku,” ulur Puan Elena pada Ina.

“Ibu, maafkan Ina. Ini semua salah Ina! Ina yang sebabkan Kak Ika pergi. Ina yang tolak dia. Duit ibu, Ina yang curi. Ina tuduh Kak Ika sebab Ina takut dengan perbuatan Ina. Maafkan Ina. Ibu jangan tinggalka Ina seorang diri,” Ina berterus terang dengan kesalahannya itu.

Ina sudah terlambat untuk meminta maaf. Masa tidak dapat berulang kembali. Puan Elena melelapkan matanya dan pergi selamanya mengadap Ilahi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: