Certot

Pengorbanan Seorang Ayah

Hasil nukilan Fatini 2 years agoSuperhero 8

             

“Addina! Addina!” jeritan semasa dahulu bergema di telinga Nuraddina Arissa yang baru darjah empat. “Ah, aku mesti lupakan tragedi itu!” 

Semenjak sesuatu peristiwa tragedi berlaku, Addina lebih gemar mendiamkan diri dan murung. Entah mengapa kepalanya asyik pening dan selalu terbayang-bayang. Yang paling maksimum ialah dia selalu bermimpi tentang tragedi semasa dia kemalangan. Dia tidak lagi selalu bertegur sapa bersama kawannya. 

Tragedi itu baru berlaku sebulan yang lalu. Selepas cikgu habis mengajar dia selalu termenung, langsung tidak melayan suara kawan-kawannya yang terlalu bising dan bingit. 

Semasa waktu balik, dia akan duduk di Pusat Sumber Sekolah untuk meluangkan masa mengulang kaji, membaca buku, menyiapkan kerja sekolah, dan selalunya sebelum keluar Pusat Sumber Sekolah, dia akan mengemas Pusat Sumber Sekolah. Cikgu-cikgu selalu memuji sikap Addina yang rajin. Terutamanya Cikgu Amirah yang sungguh prihatin dan bangga dengan sikap anak muridnya. 

Prestasi Addina di dalam kelas sangat membanggakan.Dia sentiasa mendapat tempat pertama.Kawan-kawannya selalu berjumpa dengannya untuk mengucapkan tahniah. Sebelum pulang, Addina juga akan solat zuhur di surau sekolah. Dia pergi dan pulang sekolah hanya menaiki basikal yang sudah lama digunakannya.

  “Assalamualaikum, ibu. Dina sudah pulang,” Addina memberikan salam kepada ibunya. Dia membuka kasut sekolah dan menyusun di rak yang telah disediakan. Dia terus masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Dia memakai pakaian yang cukup sopan dengan bergambarkan seekor kucing yang comel. 

“Dina mari makan bersama-sama!” jerit Puan Medina, ibu Addina yang sedang menyusun lauk-pauk yang telah dimasak Puan Medina sendiri. 

Addina yang sedang baring diatas katil untuk berehat seketika terkejut dengan jeritan itu. Lantas dia bangkit dari baringnya yang cukup selesa dan sejuk kerana membuka kipas. 

Semasa tengah hari, Addina hanya mandi air sejuk di dalam baldi ataupun shower. Selepas mandi, dia berasa cukup segar badannya dari peluh semasa menaiki basikal kerana cuaca yang panas terik. Addina bergegas menuju ke meja makan sebelum panggilan ibunya kali kedua. Puan Medina bangga dengan sikap anaknya yang patuh dan cepat sahaja buat apa yang disuruh. Addina pergi ke dapur untuk membasuh tangan sekali gus mengisi nasi di atas dua pinggan untuk dia dan ibunya. 

Ibunya hanyalah seorang suri rumah sepanjang masa tetapi di pasar, Puan Medina akan menjual kuih-muih seperti kuih onde-onde, karipap, donat, seri muka, kuih lapis, lempeng dan pelbagai lagi aneka kuih-muih yang dijual. Kuih ibunya sentiasa laris dan sedap kerana dibuat dengan penuh kasih sayang. Manakala ayahnya, Encik Musa pula bekerja sebagai seorang staf di sebuah pusat membeli-belah terkenal iaitu, Sunshine. 

Addina merupakan anak yang ketiga daripada tiga adik-beradik. Jadi Addina merupakan anak bongsu. Walaupun bongsu tetapi, Addina bukan seorang yang manja dan kuat merajuk. Dia adalah seorang yang baik dan pendiam berbanding dengan dua orang kakaknya yang sedikit kepoh. Addina sentiasa bersendirian. Dia seorang yang rajin mengemas biliknya sehingga bersih serta rumahnya. Dia kurang menggunakan gajet seperti leptop. 

 Di rumahnya,ada tiga buah leptop, tapi jarang sekali disentuh apalagi digunakan. Dia hanya memerlukan semasa ada kajian yang harus dicari dan semasa dia bosan. Kakak sulung Addina bernama Nuruddina Malissa yang belajar di tingkatan lima dan bakal menghadapi SPM pada tahun ini. Dia bersekolah di asrama Sekolah Menengah Sri Aman. Manakala kakak keduanya bernama Nurmadina Aisya baru tingkatan dua. Dia bersekolah di asrama Sekolah Menengah Sains. 

Terhidang kailan ikan masin, ikan siakap goreng, dan telur dadar goreng di atas meja makan. Kailan ikan masin merupakan makanan kegemaran Addina.Tetapi di meja makan Addina hanya mendiamkan diri. Dia mengambil kailan ikan masin menggunakan sudu kemudian membaca doa makan dan terus menjamu selera. 

‘Sungguh sedap masakan ibu, sememangnya dari dahulu lagi!’ Addina memuji masakan ibunya dalam hati. 

Puan Medina melihat anaknya hanya berdiam sahaja. “Addina, kenapa diam je? Masakan ibu tak sedap ye?” soal Puan Medina.

“Sedap sahajalah masakan ibu.” Addina memberikan jawapan yang pendek. 

Lalu Puan Medina meneruskan soalan untuk membongkar rahsia anaknya yang selalu berdiam diri. “Ermm… Addina teringat peristiwa tragedi kemalangan sebulan yang lalu itu ke?” 

Addina terpaku.Tidak tahu mahu mengatakan apa. Semestinya, itulah jawapan yang tepat. Disebabkan tragedi itulah Addina sentiasa murung. Addina hanya menggeleng kepala, menafikan hal tersebut. Dia tidak mahu mengingati peristiwa tragedi dan semestinya kenangan pahit baginya. 

Puan Medina semestinya sungguh merisaukan keadaan anaknya. Dia tidak mahu sesuatu berlaku kepada anaknya. Tetapi tragedi itu sesungguhnya telah berlaku pada tiga bulan yang lalu. Setelah Addina habis makan, dia terus masuk kedalam biliknya. Sebelum tragedi, selalunya selepas makan, Addina akan melabuhkan duduknya di sofa berhadapan dengan televisyen. Kini tidak selalu Addina melihat televisyen. Dia selalu mengurungkan dirinya didalam bilik, entah apa yang dilakukannya didalam bilik. Kadang-kadang sahaja dia akan keluar dari bilik dan menonton televisyen bersama ibunya. 

Pada pukul .730 pagi, Encik Musa akan bertolak ke tempat kerja dengan menaiki kereta Honda City dan pada pukul 6.40 petang, Encik Musa akan pulang semula ke rumah. Pada pukul 7.30, Encik Musa akan kembali ke tempat kerjanya dan pulang pada pukul 9.30 untuk syif malam. 

Selalunya, selepas Encik Musa sudah pulang Addina tidak akan menggangu ayahnya. Kerana dia tahu ayahnya kepenatan. Sebelum Addina terlena, Encik Musa akan mengarah Addina untuk solat isyak supaya dia tidak terlena dan sekali gus terlupa untuk Solat Isyak. Sebenarnya sebulan yang lalu….

    Addina dan keluarganya mahu membeli belah peralatan rumah dan dapur di pusat beli-belah Mydin. Apabila sampai di tepi tempat pejalan kaki, kenderaan lalu lintas diperhatikan teliti oleh Encik Musa untuk melintas jalan. Jalan itu hampir dipenuhi dengan kenderaan, sungguh sesak dan sibuk. Ketika jalan sudah berkurangan dengan kenderaan, Encik Musa mengambil keputusan untuk melintas bersama keluarga bersama-sama. 

Ketika di pertengahan jalan untuk melintas, Addina merupakan orang yang duduk ditepi sebelah kiri dan Encik Musa berpegangan tangan dari arah kanan untuk memimpin Addina. Sebuah motosikal muncul secara tiba-tiba dari arah kanan,dan motosikal itu semakin hampir dengan Addina. Penunggang itu membawa motosikal sungguh laju dan terus menghampiri Addina. Addina tidak perasan kejadian itu. Tetapi, ketika Encik Musa menoleh ke arah kanan, kebetulan Encik Musa terlihat kenderaan yang ditunggang laju oleh penunggang yang memakai topi keledar itu. Lantas, Encik Musa pergi menghalang kenderaan itu. 

Kenderaan itu tidak dapat dikawal lagi,dan akhirnya ayah terlambung ke arah hadapan yang hendak dituju. Akibatnya, kaca mata ayah telah pecah dan serpihan kaca itu telah masuk ke dalam mata. Addina dan Puan Medina tidak dapat menunjukkan reaksi kerana masih terkejut dengan kemalangan itu. Addina dan Puan Medina menangis teresak-esak. Puan Medina terus mendail nombor 999 iaitu panggilan pihak hospital. Penunggang motosikal itu telah ditangkap oleh orang awam kerana penunggang motosikal itu cuba untuk melarikan diri daripada kesalahannya itu.

    Setelah beberapa minit, pihak hospital dan pihak polis datang secara serentak. Encik Musa dibawa naik ke dalam ambulans. Penunggang motosikal itu dibawa ke balai polis untuk siasatan yang lanjut.

  Encik Musa dibawa ke dalam wad ICU. Manakala Addina dan Puan Medina hanya duduk di depan wad itu kerana tidak dibenarkan masuk. 

“Ibu, marilah kita pergi ke surau yang ada di hospital ini dulu, kita solat dan berdoa untuk ayah,” pujuk Addina yang melihat ibunya menangis teresak-esak. 

Puan Medina hanya mengangguk kerana dia masih sedih atas kejadian tragedi itu. Addina mensyukuri kerana mendapat ayah yang cukup baik. Puan Medina mengelap air mata dengan tudungnya yang berwarna merah jambu.

  Setelah selesai solat,Addina mengangkat tangan ke hadrat ilahi. “Ya Allah! Kau sembuhkanlah ayahku. Kerana dialah yang menyelamatkanku daripada kemalangan tragedi itu. Aku mahu mengucapkan terima kasih pada ayahku kerana telah menyelamatkanku. Ya Allah! Aku bersyukur kepadamu kerana memberikan ayah yang baik bagiku, bertanggungjawab, sentiasa tolong-menolong dan jujur. Bagiku, semua nilai murni ada pada ciri-ciri ayahku.Ya Allah!Kau selamatkan ayahku. Amin!” 

Selesai sudah doa Addina, Addina mengelap air matanya yang sudah menitis. Tiada sesiapa tahu tentang perasaannya. Setelah kembali ke hospital, doktor memberitahu bahawa Encik Musa akan tinggal di hospital selama sebulan. Pada malam itu, Puan Medina dan Addina tinggal di hospital untuk menemani ayah. Puan Medina sudah membuat panggilan telefon kepada dua anaknya yang tinggal di asrama. Mereka berdua sungguh terkejut. Akhirnya, khabar berita itu sudah tersebar kepada kawan Addina. Cikgu-cikgu, kawan-kawannya, staf-stafnya semua mendoakan yang terbaik buat keluarga Addina. Addina diberi cuti selama empat minggu untuk menjaga ayahnya.

*****

  Sebulan sudah pun berlalu, kini Encik Musa telah pun dibawa pulang.Puan Medina menjaga dan merawat ayah dirumah. Ayah perlu memakan ubat dua kali sehari. Siang dan malam. Ketika itu Addina sudah mula bersekolah daripada bercuti empat minggu. Encik Musa telah diberi cuti selama lima minggu.

  Minggu depan ialah peperiksaan akhir tahun,Addina sudah membuat persiapan seperti mengulang kaji.Ketika menjawab periksa,dia menjawab dengan penuh tekun.Dia takut prestasinya akan terjatuh. Semua itu dibuat untuk keluarganya. Walaupun kawan-kawannya tahu prestasinya akn terjatuh kerana tidak hadir kesekolah,itu membuatkan Addina lagi bersemangat untuk membuktikan kepada mereka.Setelah seminggu,semua kertas peperiksaan sudah pun habis. Minggu depan lagi,keputusan akan ditampal di sudut kelas. Addina dan kawan-kawannya berasa sungguh gementar.

*****

  Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Addina mencari namanya dengan jari telunjuknya. Setelah menjumpai namanya dia menarik jari telunjuknya kearah kanan untuk melihat kedudukan di dalam kelas. Dup, dap, dup, dap!  Jantungnya berdegup laju. 

“Alhamulillah, nombor pertama lagi,” Addina melafazkan kesyukuran dan duduk di kerusinya kembali tidak sabar mahu pulang untuk memberitahu berita gembira. Cikgu-cikgu mengucapkan tahniah kepada Addina kerana masih dapat mengekalkan prestasinya.

  “Ibu, ayah. Addina dapat tempat pertama lagi!” laung Addina kegembiraan. 

“Alhamdulillah, syukur!” kata ibunya. Ayahnya hanya menunjukkan reaksi gembira kerana mulutnya sudah sedikit susah bercakap.

‘Alhamdulillah, syukur Ya Allah!” kata Addina dalam hati. Ketika itu, ialah musim cuti sekolah. Kakak-kakanya semua telah pun pulang kerumah. Mereka sentiasa menjaga ayahnya ketika ibunya sedang pergi ke pasar dan sedang memasak. Encik Musa bersyukur mendapat anak seperti mereka bertiga.

*****

  Akhirnya, ayah sudah pun pulih sepenuhnya. Encik Musa telahpun kembali ke tempat kerja.

  Addina menganggap ayahnya ialah superhero kerana telah menyelamatkan dirinya. Dia sesungguhnya bersyukur mendapat ayah yang sebegitu. ‘Ayahlah superheroku. Gembiranya aku!’ Addina berkata didalam hatinya.Penunggang motosikal itu akhirnya dipenjara selama setahun dibawah akta undang-undang keselamatan jalan raya.

  Mereka membentuk keluarga yang sungguh bahagia daripada dahulu. Kawan-kawan Encik Musa semua gembira kerana Encik Musa telah pun kembali. Mereka mengadakan jamuan di KFC kerana telalu gembira. Addina sekeluarga akhirnya kembali normal. Mereka hidup dengan lembaran buku yang baru yang sungguh bahagia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: