Certot

Pengorbanan Seorang Ayah

Hasil nukilan Mira 2 years agoFiksyen 11

Kisah saya bermula pada waktu rehat. Saya dipanggil oleh guru besar. 

Pada mulanya saya rasa sangat takut. Dalam hati saya tertanya-tanya, ‘Kenapa saya dipanggil oleh guru besar? Adakah saya membuat kesalahan?” Soalan itu terus bermain di minda.

Setelah sampai di bilik guru besar, saya memberi salam dan mengetuk pintu untuk masuk. Setelah saya masuk, saya bertanya pada guru besar, “Kenapa cikgu panggil saya?”

Guru besar pun menjawab, “Marina, saya harap awak dapat bersabar

“Kenapa cikgu?” kata saya dengan nada sedikit takut.

“Tadi cikgu dapat panggilan dari pihak hospital. Mereka kata ayah awak terlibat dalam kes langgar lari. Sekarang ayah awak di hospital.” 

“Ya Allah, ayah!” kata saya sambil menangis. 

“Saya harap awak dapat bersabar,” kata guru besar.

Semasa waktu balik , saya bergegas balik ke rumah untuk bertanya pada ibu sendiri. Tetapi saya terlambat. Setibanya di rumah, saya melihat dengan mata saya sendiri. Ayah sudah dikapankan, mereka sedang membaca yassin. Jiran menenangkan saya mereka minta saya bersabar dan menghulur yassin.

Setelah habis, saya menatap muka ayah buat kali yang terakhir. Apabila menatap muka ayah, saya terinagat pengorbanannya. Ibu ceritakan waktu saya dilahirkan. Ayahlah orang yang paling bahagia apabila saya lahir. Ayah sanggup menunaikan apa sahaja yang saya mahu, janji saya bahagia. 

Ibu juga beritahu sewaktu ayah di hospital, ayah minta ibu beritahu saya bahawa dia sangat sayangkan saya. Saya ingatkan ayah tak sayangkan saya. Rupa-rupanya ayah sangat sayangkan saya. Tapi ayah tak pandai nak luahkan. 

“Tak apalah. Marina harap ayah bahagia di sana. Amin.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: