Certot

Pengalaman Seorang Mangaka Malaysia

Hasil nukilan *PASTELL49 2 years agoKembara 41

Namaku ialah Rossa Mio. Aku ialah seorang pelajar darjah lima. Aku lahir pada tahun 2004, seperti orang lain. Namun ada satu benda yang membuatkan aku berbeza dari orang lain, iaitu memoriku. Aku ada satu memori yang langsung tidak dapat dilupakan. Pahit dan manis. Biar aku menceritakannya pada kalian.

Pada tahun lepas, aku perlu berpindah ke Jepun atas sebab kerjaya ayahku. Aku sebenarnya tidak mahu langsung pergi dari tanah airku itu namun apakan dayaku? Aku hanya perlu menurut segala benda yang disuruh oleh ibu ayahku.

Setelah bersekolah di sana beberapa bulan, aku mula berjinak-jinak dalam satu seni yang dipanggil seni lukisan manga. Walaupun begitu, aku hanya dapat meminjam beberapa komik manga dari beberapa orang rakan baik. Selepas itu, seperti biasa, aku akan cuba meniru beberapa babak dalam komik itu. Itu telah menjadi satu dari hobiku. Kebetulan pula, aku dikurnakan bakat melukis.

Tiba-tiba, pada suatu hari, satu impian yang tidak pernah terlintas difikiranku datang dengan sendirinya semasa aku sedang melukis; mengapakah aku tidak mengeluarkan komikku sendiri? Aku mula mengambil sehelai kertas dan mula melukis di atasnya.

Hari demi hari, dan helai demi helai, akhirnya komik pertamaku siap. Segala penat lelahku hilang dengan sendiri. Aku teringat yang sebenarnya, aku langsung tidak memberitahu ibu bapaku tentang ini. Jadi aku pergi dan memberitahu mereka dengan hati yang melonjak gembira.

“Kamu hanya membazirkan masa kamu saja!” Itulah kata-kata ibuku setelah membelek-belek muka surat komikku yang mengisahkan tentang penginsafan seorang gadis setelah ditegur rakannya. Ibuku kemudiannya melemparkan hasil kerjaku itu ke tanah dan berlalu dari situ. Aku hanya diam dan mengutip semula helaian-helaian komik yang berteraburan itu. Aku langsung tidak memandangnya selepas itu.

*****

Tiga bulan berlalu. Aku mendapat pemberitahuan yang ada pertandingan melukis komik antara negeri. Tanpa teragak-agak lagi, aku terus mengambil karyaku itu dan terus ke Osaka pada keesokkan harinya dengan menaiki tren.

Selepas tujuh minggu kemudian, aku dimaklumkan yang pemenang bagi pertandingan itu diumumkan. Pemenang bagi pertandingan itu akan diberitahu mengikut talian telefon.

“Ros, telefon kamu berdering tu.”

Setelah aku mengangkat talian itu, aku berasa sangat gembira dan bersyukur kerana karyaku  serta mendapat nombor 1 dalam pertandingan itu. Pada mulanya, ibuku langsung tidak mempercayai cakapku, namun setelah ramai orang mengenaliku, dia mula mempercayai cakapku. Dia sedar yang dia sebenarnya salah.

Kini, aku telah menerbitkan tiga siri komik tersebut dan mendapat pendapatan yang agak tinggi. Aku juga tidak sama sekali melupakan pembelajaranku, malah mendapat markah yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Dari itu, aku telah belajar yang kita perlu bersabar, serta tekun apabila membuat sesuatu perkara; yang sebelumnya tidak pernah langsung aku lakukan.

Juga, kita perlu mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup walupun pahit. Percayalah, jika kita mahukan satu pengakhiran yang manis, kita perlu bermula dengan permulaan yang pahit. Sabar, tekun, tawakal, dan belajar dari kesilapan ialah kata laluan bagi satu kejayaan.

‘Tiada yang mustahil jika kita berusaha.’

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: