Certot

Penentang Mimpi Buruk

Hasil nukilan Safiya Fany about 3 years agoFiksyen 14

Apabila dua orang kembar bernama Daniel Haykal dan Dania Hanys yang berpindah kerumah   Prof. Dr. Haziq Zaquan. Mereka bertemu dengan sebuah komputer terhebat didunia yang dicipta oleh Prof. Dr. Haziq Zaquan.

“Ayah, perlukah kita pindah? Saya tidak mahu ke sekolah atau menjadi murid baru,” kata Dania dengan perasaan yang kecewa. 

“Tidak bolehlah, Dania. Rumah kita yang dahulu terlalu jauh dengan makmal ujikaji ayah,” kata ayahnya dengan nada yang lembut. 

“Pindahlah ayah. Daniellah orang yang paling gembira jika menjadi murid baru di sekolah. Bukan seperti Dania itu,” kata Daniel sambil ketawa dapat menyakat adiknya itu. 

 “Daniel ini tidak lawak, aku seriuslah,“kata Dania dengan perasaan geram. 

“Yalah, baiklah bos!” gelak Daniel. 

“Daniel!” jerit Dania sambil mencubit-cubit abangnya itu.

Daniel sememangnya sejak dulu lagi suka mengusik adiknya. Daniel dan Dania hanya beza beberapa minit sahaja kelahirannya. 

“Anak-ana, kita sudah sampai,” kata ibu Dania dan Daniel. Mata mereka terlopong ke arah rumah itu, mulut Daniel pula sudah terlopong luas bagaikan gua. 

Dania mengalih pandangannya ke arah Daniel lalu berkata, ” Daniel,tutup mulut kamu. Nanti masuk lalat.” Daniel tersengih lalu segera menutup mulutnya.

*****

“Siapa yang naik keatas dulu akan dapat bilik yang besar,” kata Daniel sambil nenjelir lidahnya.

“Tunggu saya!” jerit Dania geram. 

“Aku mahu bilik ini,” kata Dania sebelum Daniel memilihnya.

“Kau ambillah, aku nak tengok bilik lain dahulu,” kata Daniel. 

Dania menggeleng-geleng melihat gelagat abangnya itu.

“Dania, bilik ini tak boleh buka,” kata Daniel sambil memcuba membuka pintu tersebut. “Yeah, sudah boleh!” jerit Daniel. 

Dania terus berlari ke arah Daniel. “Wah, hebat!” kata Daniel kerana terpegun akan bilik itu. “Eleh, biasa sahaja aku tengok,” kata Dania lalu menjeling.

Tiba-tiba suasana bilik itu berubah dengan gegaran yang agak kuat dan mereka dikejutkan dengan hentapan pintu yang secara tiba-tiba tertutup. Lalu bilik itu berubah menjadi komputer terhebat bernama Zues. 

“Daniel, apakah ini?” kata Dania ketakutan. 

“Manalah aku tahu,” kata Daniel. 

Tiba-tiba komputer itu bersuara. “Kaulah penentang mimpi buruk iaitu pengganti Prof. Dr. Haziq Zaquan kerana dia telah diperangkap oleh Icserla pemaisuri jahat mimpi buruk.

Setelah Zues menerangkan segalanya terhadap mereka, Zues telah membawa mereka ke dunia mimpi. Tugas mereka ialah menyelamatkan orang yang dream walking dan datang ke dalam mimpi mereka supaya dibebaskan daripada raksasa mimpi ciptaan icserla untuk membunuh para mimpi. Memang ia cuma mimpi, tetapi sakitnya di realiti jika mimpi itu dari Icserla. Maka dengan segala itu hidup mereka berubah selama-lamanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: