Certot

Pemergian Ibu

Hasil nukilan Puteri Nurazmina Bt Muhaizam 2 years agoSuperhero

Nur Amira Liana binti Amirul Hakim adalah seorang budak perempuan yang degil dan selalu berbohong kepada ibunya. Manakala bapanya pula sudah lama meninggal dunia akibat ditembak ketika menjalankan tugas sebagai seorang askar di Lahad Datu.

“Mira! Tolong ibu belikan dua paket tepung di pekan,” ujar ibu Amira

“Ibu asyik suruh Mira! Mengapa ibu sendiri tidak pergi!” jawab Amira tanpa menghormati ibunya.

Ibu Amira mula menitiskan air mata buat kali ketiga kerana pada kali pertama Amira mula ponteng sekolah bersama-sama rakannya. Manakala pada kali kedua pula Amira cuba melarikan diri dari rumah akibat ingin mengelak daripada disuruh ibunya.

Ibu Amira terus pergi ke pekan untuk membeli dua paket tepung yang dipesan olehnya tadi, tetapi tidak dihiraukan oleh Amira.

Tiba-tiba satu kemalangan berlaku terhadap ibu Amira. Seseorang telah memanggil Amira untuk pergi ke pekan, iaitu rakannya Rania. Akhirnya Amira pun akur.

“Mengapa awak ajak saya pergi ke pekan, Rania?” tanya Amira dengan kekeliruan.

“Awak ikut sahajalah! Ini benda penting yang saya mahu tunjuk,” jawab Rania dengan muka yang sangat risau.

Mereka berdua pun sampai ke tempat kejadian kemalangan ibunya itu. Alangkah terkejutnya Amira melihat ibunya yang sedang terbaring di atas jalan raya yang sedang berlumuran darah.

Amira mula menitiskan air mata dan berkata, “Inilah yang awak cuba tunjukkan pada saya Rania.”

Rania mula menitiskan air mata juga kerana tidka sanggup melihat seorang ibu terlibat dalam kemalangan. Rania menangis sambil memeluk Amira.

“Ibu, Amira minta maaf. Selama ini Amira tidak pernah dengar cakap ibu. Amira sangat menyesal,” kata Amira sambil menangis teresak-esak.

Kini, Amira tinggal bersama Rania. Setiap bulan Amira menziarahi makam ibunya sambil menangis.

Sebelas tahun berlalu. Kini Amira bekerja sebagai usahawan. Cita-citanya selama ini pun sudah tercapai. Walau apa pun terjadi, Amira tidak akan melupakan jasa ibu dan bapanya yang selama ini sudah membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: