Certot

Pemain Bola Jaring yang Bagus

Hasil nukilan Shaidana 2 years agoSukan 11

Kring!

Loceng tamat persekolahan sudah kedengaran. 

“Baiklah murid-murid, kamu semua dah boleh balik sekarang,” Cikgu Raihana memberi kebenaran kepada murid-murid 6 Utarid untuk pulang.

“Ehh Anathasia! Kamu tak balik lagi ke?” tanya cikgu Raihana.

“Ehh cikgu, saya belum balik lagi sebab ada latihan bola jaring pukul dua petang nanti.”

“Ohh, baiklah kalau macam tu. Saya pulang dahulu, ya.”

“Baiklah, cikgu.”

“Anathasia!” Kedengaran namanya dijerit oleh suara yang amat dikenalinya.

“Ya, cikgu!”

“Sudah, marilah cepat tukar baju. Kita kan dah lambat  nak berlawan.”

“Ohh, ya tak ya cikgu. Saya lupa cikgu, maafkan saya.”

“Baiklah, tidak mengapa. Lain kali jangan buat lagi ya.”

“Baik cikgu.”

Anathasia pun bergegas pergi ke tandas untuk menukar baju bola jaring yang berwarna pink hitam.

Setibanya di Kompleks Belia Dan Sukan, Anathasia berasa gembira kerana berjaya dapat pergi hingga ke semi final.

Permainan pertama, Anathasia bermain dengan bersungguh-sungguh kerana dia tidak sabar untuk mengeluarkan semua taktik yang ada padanya.

Permainan pertama Anathasia berjaya hinggalah tamat permainan yang kedua. Kemudian, nama murid yang main paling bagus dicatat untuk pergi ke daerah.

Semua permainan sudah tamat. Akhirnya, Sekolah Kebangsaan Taman Suria berjaya menjadi juara.

Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba. Faten, Puteri, Syaliza, dan Syafiqah berjaya pergi berlawan di Sekolah Sri Kenanga. Manakala Aida, Aina, Aqilah, dan Afilah ke sekolah Mutiara Rini. Seterusnya Bidasari, Hayanie, Anisah, dan Hawa berjaya pergi ke Sekolah Sri Ammar.

Sekolah Kebangsaan Taman Suria yang mempunyai murid bagus iaitu Anathasia, Ain, Nana, dan Asisah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: