Certot

PERJUANGAN SEORANG RAKAN

Hasil nukilan Mirza Muiz 2 years agoSukan 15

             

Sekarang sudah 1-1, dua gol daripada pasukan SINAJ FC dan satu gol daripada pasukan Flora FC. Kami daripada pasukan Flora FC sebelum ini tidak pernah masuk ke mana-mana perlawanan bola. Namun, pada kali ini kami terpaksa masuk sebuah perlawanan bola demi satu persahabatan bagi mendapatkan hadiah tujuh ratus ribu ringgit. Kemenangan yang kami sangat diharapkan. Sebenarnya pada hari ini, kami masuk perlawanan bola sepak hanyalah untuk seseorang iaitu untuk sahabat sepermainanku, Ammar.

  Pada waktu umurku tujuh tahun, aku sudah masuk sekolah. Pada waktu itu aku ternampak seorang budak yang sebaya denganku. Dia nampak seperti insan biasa, tiada cacatnya. Malah dia anak cikgu. Aku selalu melihatnya di sekolah tetapi hari ini, dia kelihatan seperti sesat dan tidak tahu arah.

Selepas itu aku pun bertanya kepadanya, “Siapakah nama engkau?”

”Nama aku Ammar,” katanya.

Lalu aku pun berkata, “Adakah kamu rabun?”

”Ya,” jawabnya.

Sejak itu kami berdua adalah kawan baik dan tidak pernah pernah bergaduh. Dari umur kami tujuh tahun hinggalah sekarang berumur 11 tahun, kami tetap berkawan. Suatu hari, mata Ammar ada jangkitan kuman yang menyebabkan matanya perlu dibuang untuk mengelakkan merebak kepada orang lain.

*****

      Ketika umur kami sembilan tahun, kami pindah ke Sekolah Islam Nur Al-Jannah dan gelaran atau singkatannya adalah (SINAJ). (SINAJ) adalah sekolah yang mahu menghafal dan memahami Al-Quran.

Suatu hari,  kami pelajar SINAJ menemui sehelai pamplet tentang sebuah perlawanan bola sepak. Kumpulan yang menang akan mendapat tujuh ratus ribu ringgit sebagai habuannya. Kebetulan ada orang hendak menderma mata pada Ammar, tetapi memerlukan kos bayaran sebanyak empat ribu ringgit. Kos itu terpaksa Ammar dan keluarganya tanggung.

Doktor kata kos pembedahan terpaksa ditanggung sendiri oleh penerima. Malangnya, keluarga Ammar orang susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sedih melihat kehidupan keluarga Ammar. Serba berkurangan. Kami tidak berkemampuan untuk membantu Ammar.

Pada masa yang sama, teringat kembali, kami seronok membaca pamplet berkenaan perlawanan tersebut. Kami hanya jaguh kampung. Tiada jurulatih. Hanya semangat yang berkobar-kobar. Tanpa berfikir panjang, kami pun menyertai perlawanan tersebut. Kami masih ada masa sebulan untuk berlatih. Tiap-tiap petang kami berlatih bersungguh-sungguh. Tiada sempadan.

 

*****

 

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami makin berdebar-debar.

Sekarang kami berada di atas padang. Keputusan sekarang sudah pun gol 2-1. Kami perlu tumpukan pada perlawanan dengan usaha, doa, dan tawakal. Mereka dilatih dengan pasukan yang diimport dari luar negara, manakala kami pula berlatih sendiri.

Walaupun demikian, kami tidak tertekan. Kami masih punya masa. Sekarang giliran kami memulakan perlawanan. Shahril dari pasukan Sinaj FC menghantar bola padaku lalu aku mengambil bola tersebut mara ke depan. Seorang pemain pasukan Flora FC hendak menggelecek bola dariku, namun tidak berjaya. Tanpa melengahkan masa aku merembat bola dengan sekuat hatiku… lalu gol! Nampaknya sekarang sudah dua sama. Tanpa disangka. Kawan-kawan semua berlari menuju kepadaku.

Sekarang pasukan Flora FC akan mulakan perlawanan. Adam dari pasukan Flora FC menghantar bola kepada kumpulannya yang bernama Adzly lalu Adzly merembat dari jauh. Namun bola tersebut dapat ditepis oleh penjaga gol, Muis. Hebat, terbang mencapai bola. Fuh!

Selepas itu, penjaga gol membaling bola dengan jauh lalu Shahril dan aku mengatur strategi. Macam biasa kami bermain ala samba. Samba kampung, tanpa perasan Shahril telah pun di depan gol. Jantung makin bedegup gencang seperti mahu tercabut, inilah peluang kami. Shahril mencuba nasib dan terus menyepak bola dengan laju ke penjuru. Masuk cantik tanpa terkena palang… gol! Gol! Kami semua sujud tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi. Wisel ditiup oleh pengadil menandakan masa telah tamat.

Bergenang air mata kegembiraan. Nampaknya pada hari ini kami menang dan mendapat tujuh ratus ribu ringgit itu. Bukan duit itu yang kami inginkan. Cuma ia amat bererti buat Ammar untuk kembali melihat warna dunia.

 

*****

Pada keesokan harinya, kami bersama ustaz Muazzzam ke rumah Ammar bagi menyerahkan sumbangan tersebut.  Ammar akan mendapat mata yang baru. Dia sungguh tidak sabar untuk melihat kembali. Kami pun sama. Kami sama-sama menghargai nikmat yang diberi.

TAMAT

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: