Certot

PASUKAN MERAH, GO!

Hasil nukilan Aneesa Mawar 3 years agoSukan 18

Macam biasa, kalau sebut johan sukan mesti pasukan biru. Akibat itu, semua pasukan cemburu dan mahu mengambil alih tempat pasukan biru. Lagi-lagi pasukan merah. Pasukan merah selalu mendapat tempat terakhir dalam setiap pertandingan. 

Ketua pasukan merah telah pun kecewa dengan sikap kumpulannya iaituu pentingkan diri sendiri. Suatu hari, seorang budak baru telah menjadi pasukan merah. Kebetulan sekolah lamanya, dia ialah olahraga sekolah itu dan selalu mendapat tempat pertama. Namanya ialah Irfan.

Irfan pun menasihati kumpulan mereka untuk sentiasa berlatih dan bekerjasama. “Apa kata kita berlatih dan bekerjasama untuk mendapatkan tempat pertama?” kata Irfan sambil mengangguk. 

Pasukan merah hanya mengeluh, sesetengah berasa sangat gembira untuk menghilangkan rasa kecewa. Pasukan merah berkerja keras sehiggalah ada yang tercedera. Tibalah waktu pertandingan itu.

“Mari kita mulakan pertandingan dengan lontar peluru!” jerit pengadil di situ. Semua pertandingan telah dimenangi oleh pasukan merah. Tibalah pusingan terakhir iaitu pertandingan lumba lari. 

“Good luck buddy!” kata salah seorang dari pasukan lain. 

Selepas pengadil meniup wisel, semua peserta berlari bagaikan angin. Semua peserta ke belakang kecuali Irfan dan pasukan biru. Pasukan biru telah menolak Irfan ke belakang. Irfan bangun dan berlari ke hadapan dengan harapan hendak mendapat tempat pertama. 

Akhirnya pasukan merah mendapat tempat pertama.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: