Certot

Paris , Kami Datang

Hasil nukilan allis alisha 2 years agoFiksyen 46

Kring! Kring! 

Loceng berbunyi menandakan waktu pulang sudah tiba. Semua pelajar turun ke tangga untuk pulang ke rumah. 

‘‘Wah, tak sabarnya hendak pulang,’’ kata Sazzy kepada tiga sahabatnya Lisha, Mia, dan Fiya.’‘ 

“Kenapa kamu tidak sabar untuk pulang?’’ kata Mia kepada Sazzy. 

‘‘Saya ada berita gembira untuk kamu semua.’‘ 

“Apa dia?’’ tanya tiga sahabatnya dengan serentak. 

‘‘Kalau kamu semua mahu tahu, tunggulah kat taman. Bye.’‘

‘‘Eh Sazzy, pukul berapa?’‘ 

Jawab Lisya, ‘‘Pukul 5.00. Bye.’‘

*****

‘‘Assalamualaikum. Sazzy dah balik ni. Buka pintu,’’ kata sazzy.

‘‘Waalaikumusalam.’’ Pintu rumah pun dibuka oleh bibik Yati. ‘‘Selamat pulang, Cik Sazzy. Mari saya tolong bawa beg.’‘ 

Sazzy pun terus berlari ke bilik kesayanganya. ‘‘Mana pulak notebook aku? Bukankah pagi tadi ada di laci?’‘ 

Sazzy pun terus keluar dari bilik dan bertanya kepada bibik Yati, ‘‘Bik ada nampak tak notebook Sazzy?’‘ 

‘‘Oh ada di atas meja solek Cik Sazzy.’‘ 

‘‘Oh okey.’ ‘Sazzy pun terus berlari memasuki biliknya semula.  

Dia pun mencari di atas meja yang diberitahu oleh bibiknya. ‘‘Ah ini dia.’‘ 

Sazzy membuka notebooknya dan tiba-tiba dia menjerit. 

Tanpa disedari  bibik Yati terus membuka pintu bilik Sazzy dan berkata, ‘‘Kenapa ni Cik Sazzy?’‘

‘‘Bik, saya dapat berpeluang pergi ke Paris!’‘ 

‘‘Oh baguslah tu,’’ kata bibik Yati

 ’‘Ish sekarang dah pukul 5.00. Sazzy mahu keluar jumpa kawan-kawan Sazzy. Bye Bik Yati. ‘’

Sazzy pun terus mengayuh basikalnya pergi ke taman

‘‘Hah datang pun. Ingatkan malam nanti baru datang,’’ kata Fiya kepada Sazzy. 

‘‘Ish apa pula.’‘ 

‘‘Apa kau nak tunjuk kat kami?’‘ 

‘‘Cuba kamu semua baca ni.’‘ 

Mereka pun membaca dengan serentak. ‘‘Tahniah anda dan tiga orang rakan anda berpeluang untuk pergi ke Paris selama dua hari satu malam kerana  berjaya menjawab 50 soalan matematik.’‘ 

Mereka pun menjerit. ‘‘Kita dapat pergi paris, yeah’‘ 

‘‘Tengok hebat tak aku.’‘ 

‘‘Kau memang hebat Zy. Bila kita boleh pergi?’‘ 

‘‘Lusa tapi aku kena tanya mama aku dulu.’‘ 

‘‘Aku pun kena tanya mama aku.’‘ 

’‘Korang pergi tanya mama papa korang dulu boleh pergi tak.’‘

’‘Okey,’’ jawab sahabat-sahabatnya dengan serentak.

*****

Pada malam itu, mama dan papa sedang makan di meja makan, Sazzy pun bertanya, ‘‘Mama papa, Azzy dapat berpeluang pergi ke Paris sebab Azzy dapat jawab 50 soalan matematik. Boleh Azzy pergi?

‘Bila Azzy pergi?’’ tanya mama kepada anaknya Azzy. 

’‘Lusa boleh ke mama papa kalau Azzy pergi?’‘ 

’‘Berapa hari Azzy pergi? Dengan siapa?’‘ 

’‘Dengan kawan-kawan Lisha, Fiya, Mia. Dua hari je Azzy pergi, boleh tak?’‘ 

’‘Boleh tapi hati-hati tau kat sana sebab mama dan papa pun pergi outstation kat Pahang.’‘

’‘Terima kasih, mama papa.’‘

Azzy pun terus pergi ke biliknya untuk hantar mesej yang dia boleh pergi. Kawan-kawan Azzy pun boleh pergi kerana mama dan papa mereka memberi kebenaran.

Lusa pun telah berlalu. Papa dan mama Azzy menghantar Sazzy ke airport Kuala Lumpur.

’‘Bye mama papa.’‘ 

‘‘Hati-hati tau kat sana.’‘ 

‘‘Baik mama papa, Azzy pergi dulu.’’ Sazzy pun berjalan sambil menyorong beg rodanya.

 ’‘Mia, Lisya, Fiya, lama korang tunggu?’‘ 

‘‘Tak pun. Baru sampai tadi. Mana tiketnya?’‘ 

‘‘Nah sorang ambik satu. Korang ada bawa pasport tak?’‘

‘‘Ada.’‘ 

‘‘Nasib baik bawa. Kalau tak, tak pergi tau.’‘ 

Tiba-tiba, “Sesiapa yang menaiki pesawat MD4578 sila beratur di tempat pelepasan sekarang.’‘

“Eh itu pesawat kitalah jom. Jom, Paris kami datang.’’ Mereka pun terus meletakkan beg mereka di kaunter dan terus menaiki pesawat

Dua hari kemudian, mereka pulang dengan membawa buah tangan dan menceritakan tentang suasana mereka disana. Mereka berharap agar satu hari nanti mereka akan pergi bercuti bersama keluarga mereka pula.

                                                        

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: