Certot

PAPAKU SUPERHERO

Hasil nukilan Faatihah 2 years agoSuperhero 13

Pada suatu hari, Amira dan keluarganya keluar bejalan-jalan di Putrajaya iaitu IOI Mall. Amira dan keluarnya masuk ke tempat ibu belah. Ibunya membeli banyak barang selepas selesai membeli-belah. Amira dan keluarganya pun keluar untuk pergi membayar parking. Semasa hendak sampai di tempat membayar parking, ayahnya Encik Azman terdengar satu suara menangis. Encik Azman pandang ke kiri. Dia lihat tiada orang menangis. Dia pandang ke kanan pula, ada seorang wanita sedang menangis. Lalu Encik Azman membertahu isteri dan anak-anaknya yang ada seorang wanita menangis.

 “Intan oo Intan, Intan cuba tengok ada seorang perempuan tu menangis,” kata Encik Azman. 

Lalu Puan Intan pun menjawab, “Jom kita pergi kat dia. Amira,Amir jom pergi tengok aunty tu, kenapa dia menangis. Kesian dia mama tengok"kata Puan Intan dengan sedih.

 “Okey mama,” kata Amira dan Amir serentak. Mereka pun pergi ke wanita itu. 

Puan Intan bertanya kepada wanita itu. “Assalamualaikum, boleh saya tanya, kenapa awak menangis? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” soal Puan Intan

 “a… nak… sa… ya… hilang,” kata wanita itu dengan sedih. Puan Intan dan Encik Azman yang mendengar itu berasa sangat terkejut.

  “Macam mana anak awak boleh hilang?“soal Encik Azman.

 “Ta.di saya masuk ke masuk ke kedai. Dia ada di taman permainan. Bila saya ke sana semual, dia dah tak ada di situ,” kata wanita itu dengan tersedu-sedan kerana sedang menangis

 “Okey saya faham. Boleh saya tengok gambar anak awak?” soal Encik Azman

 “Boleh,” kata wanita itu sambil mengelap air matanya menggunakan tisu. Wanita itu menyelukkan tangannya di dalam beg tangannya untuk mengambil dompet. Wanita itu pun mencapai dompetnya dan mengeluarkan gambar anaknya

 “Ini gambar anak saya,” kata wanita itu

 “Baiklah, saya akan cari anak awak,” kata Encik Azman dengan bersemangat sambil menggengam gambar itu. Kata-kata Encik Azman itu membuatkan isteri dan anak-anaknya terkejut mendengarnya. Belum sempat Amir mahu menjerit, ayahnya sudah pun pergi

 “Papa! Jangan pergi!” kata Amir dengan menjerit sekuat hatinya, tetapi jeritanya tidak dilayan oleh ayahnya.

 “Tak payahla jerit,buat malu je,” kata Amira dengan selamba.

 “Akak memang tak sayang papa!” jerit Amir kepada kakaknya. 

Mendengar kata itu Amira terdiam kerana dia teringat akan papanya semasa dua tahun lepas. apa menyelamatkan budak untuk melintas jalan. Semasa di tengah jalan ada kereta melanggarnya. Papanya koma selama tiga minggu. Dia memang tidak boleh lupakan tentang peristiwa itu. Tiba-tiba lamunannya terhapus kerana dijerit oleh adiknya.

“Akak!“jerit Amir

  Sementara menunggu papanya, mereka bermain dan Puan Intan berbual-bual serta mengenalkan nama sesama sendiri dengan wanita itu. Encik Azman masih lagi mencari budak itu. Hati Puan Intan berdebar-debar kerana sudah sejam lebih suaminya masih belum datang. Semasa pergi ke kedai, Encik Azman terdengar suara menangis dia pun mencari kelibat menangis  itu

 “Mama mama mana mama? Haris takut,” kata Haris dengan menangis.

‘Siapa menangis tu?’ soal Encik Azman dalam hati. Encik Azman mencari suara menangis itu. Tiba-tiba Encik Azman ternampak seorang budak lelaki duduk diatas bangku sambil menangis. Encik Azman melihat gambar dia tangannya dia lihat gambar yang di pegang itu mukanya sama, lalu di pergi berhampiran dengan budak itu dia bertanya 

 “Nama siapa adik?” soal Encik Azman budak itu pun menjawab

 “Nama saya Muhammad Haris. Saya cari mama saya,” kata Haris.

 “Pak cik tahu di mana mama adik,” kata Encik Azman

 “Pak cik tahu mana mama saya?” soal Haris sambil sendu-sedan.

 “Jom ikut pak cik,” kata Encik Azman. Mereka berdua pun pergi dari situ dan pergi ke escalator untuk pergi ke tempat pembayaran parking tadi. Encik Azman dan Haris pun naik escalator. Sampai di penghujung escalator, Amir ternampak papanya. Amir pun menjerit

 “Papa!” jerit Amir. Encik Azman pun melambaikan tangan. Puan Intan, Amira, dan Puan Hafizah pun melihat Encik Azman memegang seorang budak lelaki. Puan Hafizah lihat budak lelaki itu anaknya dia segera menjerit 

 “Haris!” jerit Puan Hafizah. Puan Hafizah pun berlari pergi ke anaknya dan menjerit

 “Mama…,” kata Haris. Puan Hafizah pun memeluk anaknya dengan kuat-kuat.

 “Wah, papa menyelamatkan aunty tu mencari anaknya,” kata Amira

 “Betul tu. Papa pandai menyelamat orang rupanya. Ingatkan tak pandai,” usik Puan Intan kepada suaminya Encik Azman

“Papa Amir memang hebat. Papa Amir suka menolong orang bukan macam Mira! Mira pemalas,” usik Amir kepada kakaknya Amira. Amira mendengar itu dia geram dengan adiknya. Mukanya mula merah kerana geram.

“Papa memang pandai mencari anak aunty tu. Hebatlah! Amir panggil  papaku superhero!” jerit Amir


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: