Certot

Papa, You are My Superhero!

Hasil nukilan Amira 2 years agoSuperhero 33

“Yeay! Gold Coast! Mu tunggu Hani yang comel ini datang!” jerit Hani. Lagaknya tidak ubah seperti kanak kanak ribena. Terlompat sana sini hingga tidak perasan dirinya hampir dengan kolam renang. 

Hani masih lagi terlompat-lompat dan akhirnya… debush! Dia sudah pun basah. Encik Yazid dan Puan Husna segera ke belakang untuk melihat apa yang berlaku.

“Ya Allah! Sudah. Mama ambilkan tuala untuk Hani, mandi cepat! Macam mana boleh basah ni? tadi elok sahaja main di tepi kolam!” bebel Puan Husna. Hani hanya tersengih mengalahkan kerang busuk!

“Hani gembira sangat apabila mama dan papa beritahu Hani yang mama dan papa mahu bawa Hani ke Gold Coast, Australia,” kata Hani dengan nada yang malu malu. 

Puan Husna dan Encik Yazid menggeleng. Apalah mahu jadi dengan anak gadis mereka ini?

“Amboi, gembira pun, janganlah melebih! Kan dah masuk kolam!” sindir Encik Yazid sambil tersenyum nakal. Rasa gembira di dada kerana dapat memerli anak tunggalnya itu. Selalunya, Hani yang akan memerli ataupun mengenakannya.

Puan Husna terus ke bilik Hani yang terletak di tingkat dua untuk mengambil tuala buat anak gadisnya itu. Dia berlari anak ke bilik Hani. Nasiblah bilik Hani berdekatan dengan tangga, tidaklah perlu jalan macamlah sejauh 10 kilometer.

“Opocot kambing golek tidur hotel!” Encik Yazid melatah membuatkan Hani ketawa dengan kuat sekali. 

“Haih, Daisy mengiau pun mahu melatah ya papa?” usik Hani sambil menyambung tawa yang masih bersisa. 

“Hani!” jerit Encik Yazid lalu melompat masuk kedalam kolam renang lalu mengejar Hani. 

Hari itu, mereka berseronok, bergembira, dan bersuka ria tanpa ada halangan yang menimpa.

*****

Pagi yang cerah, Hani membuka matanya perlahan-lahan. Dia terus mengambil tuala untuk mandi. Suasana pagi itu sungguh lain sekali kerana dia kini sudahpun berada di Gold Coast. Selepas mandi, dia terus ke arah Encik Yazid. 

“Papa, selepas ini kita mahu ke mana?” tanya Hani. Dia menunjukkan giginya yang putih berseri sambil berkelip kelip mata. Yalah, mahu buat muka comel!

“Shopping,” jawab Encik Yazid ringkas. 

Hani sudah bulat mata. Dalam hatinya. ” Hani mahu beli apa? Papa belanja. Lagipun Hani kan dapat score semua A dalam mata pelajaran,” ujar Encik Yazid membuatkan Hani bertambah gembira.

“Terima kasih, papa! Err… papa… boleh Hani cakap sesuatu?” tanya Hani. Encik Yazid mengangguk sambil tersenyum. 

“Terima kasih sebab selama ini papa jaga makan minum Hani. Papa bekerja untuk sara keluarga kita, papa beli barang yang Hani mahu, dan papa jaga Hani waktu Hani perlukan papa,” jelas Hani dengan panjang lebar. Encik Yazid tersenyum gembira.

“Tiada apa-apalah. Itu adalah tugas papa untuk mencari rezeki dan sara keluarga kita,” kata Encik Yazid. Senyumannya masih lagi ada. Tetapi kali ini senyumannya itu lebih manis daripada sebelummya.

Hani memeluk erat Encik Yazid lalu berkata dengan kuat, “Papa, you are my superhero!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: