Certot

Papa,Maafkan Elin!

Hasil nukilan Nursyafiqah Hairul Izham2 years agoSuperhero 4

“Huh!” keluh Eliana Mansor setelah mendengar jawapan papanya tentang lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur. Sebenarnya, telah seminggu masa yang diberikan oleh puan Lim, iaitu guru kelas Elin untuk meminta izin ibu bapa atau penjaga untuk pergi ke lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur selama seminggu. Namun, nasib tidak menyebelahi Elin ketika ayahnya tidak bersetuju dia pergi ke Kuala Lumpur.

   *****

“Aku kena fikirkan sesuatu untuk buat papa menyesal atas keputusannya,” kata Elin sambil memegang sehelai kertas. “Haa… apa kata aku lari  rumah? Tentu papa dan mama risau! Sku tinggalkan nota sebagai klu,” sambungnya lagi.                              

Buat mama dan papa,

Elin rasa Elin dah tak berguna. Llebih baik Elin keluar dari rumah ini.

terkesima papa dan mama Elin, Encik Mansor dan Puan Ekin tatkala membaca surat yang Elin tinggalkan di dalam biliknya.

“Abang… anak kita dah lari rumah,” kata Puan Ekin seperti ibu kucing yang kehilangan  anak.

 “Takpe, kita cari dia,” kata Encik Mansor cemas.

*****

Selepas sejam mencari, akhirnya Encik Mansor menjumpai anaknya di lebuhraya jalan besar.

“Elin!” jerit Encik Mansor.

“Ha? Alamak!” kata Elin selepas menyedari kehadiran ayahnya. Tanpa disangka, Elin telah pun berlari ke arah jalan besar tersebut. Ketika itu, lebuhraya itu sangat sibuk. Nasib tidak menyebelahi Elin kerana dia telah dilanggar oleh sebuah kereta myvi hitam. Dia rebah. Dia sempat melihat mama dan papanya berlari ke arahnya sebelum dia pengsan. 

  *****

“Huh? Mama?” kata Elin sebaik saja tersedar daripada tidur.

“Elin! Syukur kamu selamat,” kata Puan Ekin sambil menangis.

“Mama, kenapa dengan papa?” tanya Elin hairan melihat  papanya terbaring di atas katil bersebelahan dengannya.

“Papa dah lumpuh. Ketika kamu kemalangan, doktor beritahu bahawa tulang pinggang kamu patah. Ia perlu diganti dengan segera. Hanya buah pinggang papa kamu serasi dengan kamu,” kata  Puan Ekin  sambil menagis. 

Elin tersentak. Tak sangka begitu besar pengorbanan papanya. Dia akan menyayangi papanya sehingga hujung hayatnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: