Certot

PAPA SUPERHERO AIMAN

Hasil nukilan Faatihah 2 years agoSuperhero 11

Pada hari Isnin, Encik Amran membawa keluarganya berjalan-jalan di Terengganu. Anak-anaknya sangat gembira apabila Encik Amran membawa mereka berjalan-jalan di suatu tempat. Encik Amran mempunyai lima orang anak,  tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Anak yang pertama, Alia. Anak kedua, Azwan, anak ketiga Amzar, anak keempat Arisya  dan anak kelima Aiman. 

Anak-anak Encik Amran yang paling seronok apabila mengetahui papanya akan bawa pergi jalan-jalan ialah Aiman. Aiman gemar pergi berjalan-jalan. Jikalau ayahnya tidak bawa dia pergi jalan-jalan, dia akan jalan-jalan di taman seorang diri. Kadang kala bersama kakaknya, Arisya. 

“Papa, kita pergi Terengganu berapa hari?” soal Aiman.

  “Dua hari satu malam,” jawab Encik Amran kepada anaknya. Lalu Aiman pun menganguk tanda faham. 

Adik-beradiknya yang lain hanya diam sahaja kerana mereka lagi seronok apabila duduk di rumah.

“Sudahlah Aiman. Tidak perlula tanya berapa hari, ikut saja sudahlah,” kata Amzar dengan selamba. 

Aiman yang mendengar itu berasa sungguh geram dengan abangnya kerana abangnya sungguh dengki kepadanya.

“Suka hatilah abang nak sibuk. Kenapa ada kena mengena dengan abang?” soal Aiman Encik Amran yang mendengar dia pun bersuara.

“Sudah-sudahlah tu. Tidak perlu nak bergaduh. Tidak apa, ayah tidak rasa berat mulut pun untuk menjawab pertanyaan Aiman,” kata Encik Amran. 

Amzar pun berasa sakit hati kerana papanya berkata begitu. 

Selepas satu jam keluarga Encik Amran pun tidur lena. Apabila di dalam kereta, Encik Amran berasa bosan. Dia pun membuka radio sambil mendengar lagu dia pun menyanyi

   Selepas tiga jam sampailah destinasi yang dituju. Encik Amran pun mengejut isteri dan anak-anaknya.

“Semua bangun!” jerit Encik Amran. Semua pun bangun daripada tidur yang lena.

“Kita dah sampai kat pantai,” kata Encik Amran. 

Kata-kata Encik Amran itu membuat Aiman terkejut. Dia segera bangun daripada tidur.

“Pantai! Wow, bestnya!” jerit Aiman. 

Jeritan Aiman itu membuatkan Amzar marah, lalu dia mencubit Aiman dengan sekuat hatinya.

“perlahankan suara tu tak boleh ke?” soal Amzar.

“Janganlah cubit orang! Suka hati oranglah nak buat apa pun. Nak sibuk kenapa!” jerit Aiman. 

“Amzar janganlah buat dia macam tu! Dah cepat turun tukar baju!” marah Encik Amran. 

Mereka akur dengan perintah Encik Amran, lalu mereka pun membuatnya selepas semua siap menukar baju. Semua pun masuk ke dalam pantai. Aiman mengambil google untuk melihat dalam pantai. Semasa Aiman ambil, Amzar pun mengambil juga. Jadi mereka tarik-menarik google itu. 

“Ish! Bagilah Aiman dapat dulu! Aiman yang ambil dulu. Cari pasal kau ni!” marah Aiman kepada Amzar.

“Suka hati akulah. Jangan nak buat muka sedih, bagi aku!” jerit Amzar

“Tak boleh! Aiman dapat dulu. Kau pergi!” marah Aiman.

Encik Amran ternampak dua anak lelakinya bergaduh. “Kenapa ni?“soal Encik Amran.

“Amzar ambi google.Aiman yang ambil dulu. Lepas tu, tiba-tiba je dia datang tarik benda ni,” kata Aiman.

“Amzar! Bagi dia,” kata Encik Amran.

“Tak nak! Suka hati Amzarlah!” marah Amzar lalu Encik Amran mengambil google itu dan berikan kepada Aiman.

“Bagi papa! Nah Aiman, dah cepat pergi masuk,” arah Encik Amran lalu Amzar pun membuat muka masam kerana papanya lebih pentingkan Aiman.

“Kalau kau nak duduk dalam keluarga ni, mengalah dengan adiklah!” marah Azwan

“Betul tu, akak sokong adik,” kata Alia

“Adik pun sokong abang,” kata Arisya lalu mereka bertiga rancang untuk berkata bersama kepada Amzar.

“Kau ingat sini. Kalau kau nak duduk dengan keluarga ni, mengalah dengan adiklah. Malu kalau macam ni!” marah Alia, Azwan, dan Arisya. Lalu mereka bertiga pun pergi mandi semula di pantai.

“Suka hati akulah!” jerit Amzar seluruh pantai itu.

“Terima kasih papa kerana papa tolong Aiman ambil google tu. Papa adalah hero Aiman!” jerit Aiman.

 Encik Amran yang mendengar itu mengusap kepala anaknya termasuk Puan Diyana.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: