Certot

Papa? I love You!!

Hasil nukilan Suhailah 2 years agoSuperhero 5

 Nama aku Suhailah, orang panggil aku Su. Aku anak yatim. Ayahku sahaja yang menjadi temanku. Ibuku telah meninggalkan kami tiga tahun lepas. Aku anak tunggal. Tahun ni tahun terpenting bagi aku. Aku akan mengambil UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah. 

Setiap petang aku ada kelas tambahan. Balik kelas tambahan ada latihan sukan. Habis latihan sukan, mengaji. Jadi jadual harianku amat padat. Aku jugak tidak dapat luangkan masa dengan papa, iaitu Datuk Haikal. Aku selalu berasa bosan. Aku makin besar dan papa makin sibuk dengan urusannya. Aku ni makin besar ada perasaan. Aku rasa papa tak sayangkan aku lagi. Aku tak diberi perhatian. Aku rasa tertekan.

Keputusan peperiksaan aku pun teruk. Papa memarahiku. Aku memberontak. Semuanya salah papa. Dia yang tidak fokus kepadaku. Aku benci!

*****

Pada suatu hari.

“Suhailah binti Haikal. Guru besar ingin berjumpa,” kata seorang pengawas.

Di bilik guru besar.

“Suhailah, kenapa keputusan peperiksaan awak teruk sangat? Awak adalah calon 5A. Saya nak tengok keputusan yang bagus pada akan datang. Besok panggil ayah awak datang.”

*****

Keesokannya….

Maaf datuk. Anak datuk, Suhailah makin teruk dalam ujian. Kami harap datuk memberi perhatian. Mungkin dia ada tekanan emosi.

Di rumah….

Pang! Hinggap tapak tangan papa di muka aku. Kakak adalah nama dalam keluarga. 

“Kakak tau tak betapa malunya papa. Kena panggil kat sekolah.” Suara Encik Haikal memenuhi segenap ruang rumah. 

“Papa yang salah! Papa asyik dengan dunia papa. Anak papa, papa tak pedulikan. Papa yang salah!” Aku terus belari masuk ke bilik. Dalam keadaan sedih aku tertinggal diari aku. 

Waktu ayah ku mendengar kata-kataku, dia terjatuh. Dia terperasan diariku. Dia membaca kesemuanya dalam diariku.  

Keesokan harinya.

‘Hari ini hari minggu. Mungkin papa dah keluar,’ kata Suhailah dalam hati. Dia membuka pintu perlahan-lahan, tengok papanya tiada. Dia pun pergi ke dapur. Ada sekeping nota.

Pusing belakang….

“Cak! Hari ni papa nak bawa kakak ke Kuantan. Papa hari ni cuti mungkin memang salah papa. Maafkan papa ya sayang.”

“Takpa, kakak dah maaf kan papa. Apa tunggu lagi jom.”

*****

Setelah beberapa bulan. Keputusan UPSR keluar.

Di rumah…..

“Kakak dapat berapa A,” tanya Datuk Haikal. 

“Ka… kak… dapat… ka… kak… dapat….”

“Dapat berapa? Cepatlah!” desak datuk Haikal. 

“Sabar. Kakak dapat 5A. Terima kasih papa kerana ambil perhatian tentang kakak.”

“Alhamdulilllah. Ni baru anak papa. Sekarang jom kita pergi luar negara.”

“Wow! Biar betul papa. Ya… jom kali ni papa bagi kakak pilih negara mana kakak nak pergi. Okey!”

“Okey. Jom! Kakak nak pergi Paris, okey tak papa?”

“Okey jom!” 

“Sayang papa. I love You.”


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: