Certot

Papa I Love You!

Hasil nukilan Raja Natasha 2 years agoSuperhero 23

Semua beritahu bahawa aku adalah budak yang malang kerana tiada ibu.

Aku Farhah Izwanie. Aku tidak pernah kenal erti cinta dan kasih sayang. Aku ada dua orang kakak kembar dan seorang abang. Ayahku pula jarang berbicara denganku. Jadi aku rasa tersisih. Aku rapat dengan abangku kerana dia seperti pelita hidupku.

Suatu hari, abangku demam panas. Jadi ayahku yang terpaksa menjemputku setiap kali aku pulang dari sekolah. Dulu aku tidak suka dengan ayahku kerana aku rasa seperti sampah sahaja di tepinya. 

Kadang-kadang aku terfikir apa guna aku hidup di dunia ini. 

Dulu aku tidak kisah ayahku berdiri dengan panasnya di luar semata-mata untuk menjemputku. 

Kadang-kadang aku rasa ayahku ni melebih di depan rakan rakanku. Jadi suatu hari , aku menguji ayahku dengan cara yang salah. 

Kring!

Bunyi loceng sudah berbunyi. Aku masuk ke tandas selama 30 minit. Selepas itu aku keluar dan lihat ke luar pagar. Ayahku masih di situ menungguku tanpa jemu. Aku rasa ayah memang datang untukku. Jadi aku keluar dari sekolah dan terus balik mengikut ayahku. Kakak kembarku yang bernama Alisya menghidap schizophrenia dan dia selalu berhalusinasi benda yang tidak wujud. 

Setelah sampai ke rumah, Abang Farhan dan kakakku, Alissa belum pulang lagi. Lalu aku memanggil kakakku Alisya untuk membuat kerja, tapi tiada siapa menyaut. Lalu ayahku naik ke atas dan membuka pintu bilik Alisya.

Ternyata, Alisya pengsan di dalam bilik. Aku menangis menjerit. Ayahku membawa Alisya ke hospital. 

Ayahku merayu pada doktor untuk mengetahui mengapa Alisya pengsan. Ayahku bertanya ada apa-apa cara untuk menyelamatkannya. 

“Cuma ada satu sahaja….”

*****

Setelah sejam menunggu di depan koridor akhirnya doktor memanggil kami untuk memberitahu berita.

“Sebenarnya kami harus melakukan pemindahan paru-paru dan juga memindahkan penyakit schizophrenia kepada otak orang lain. Jadi Encik Ikmal telah menawarkan dirinya dan sekarang dia disahkan gila. Kami pihak hospital tumpang simpati,” kata doktor Aziz.

Ayah aku memang bagus dan hebat kerana dia seorang je yang berani buat pemindahan ini.

“Boleh kami melawat dia?” tanya abangku.

“Ya, sila ikut sini.”

Tanpa melengahkan masa lagi, kami adik-beradik terus mengikut doktor tersebut. Aku melihat ayahku terbaring di katil sambil menonton televisyen.

“Ayah….”

“Siapa tu?”

“Ini kami anak ayahlah. Farhan, Alissa, Farhah.”

“Farhah tu siapa?”

Aku terkejut kerana dia tidak ingat akan diriku. “Ceh tipu je, Farhah tu Farhah Izwanie kan?”

Yeay! Aku ingat aku tidak akan wujud dalam hidup ayah Lagi. Fuh… nasib… nasib.

“Kamu bertiga anak ayah yang paling ayah sayang dalam dunia ni.”

Selepas sembilan bulan berlalu, ayahku dan Alisya meninggal dunia pada hari Jumaat bulan ramadan.

Ayah, I love you!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: