Certot

PA Kelas

Hasil nukilan Lunia Adilah 3 years agoFiksyen 50

Adelia, seorang pelajar yang pintar di dalam kelas. Disebabkan setiap tahun mendapat tempat  dalam peperiksaan, dia telah menjadi seorang yang glamour. Maka dia telah diplih menjadi penolong ketua kelas.

Asyraf, ketua kelas a.k.a ketua kepada Adelia. Adelia cukup menyampah akannya kerana Asyraf suka menyakatnya ketika bertugas. Ada sahaja yan tidak kena di mata Asyraf.

Suatu hari, ketika hari terakhir peperiksaan, hujan turun dengan lebat. Adelia tidak boleh pergi ke kantin ketika waktu rehat kerana takut basah dan demam. Dia tidak makan, hanya air menjadi peneman.

Ketika kertas akhir, Adelia berasa lemah. Dia juga merasakan yang asmanya sudah menyerang. Sudahlah dia duduk di tepi tingkap angin kuat menerpanya pula.

Asyraf yang duduk sebelahnya, ternampak keadaan Adelia yang mencurigakan.

“Psst… Del… kau okey tak? ” Asyraf menegur. Adelia memandangnya dengan lemah dan menggeleng.

“Pucatnya kau! Aku beritahu cikgu, ya?” Adelia hanya mengangguk lalu meletakkan kepalanya di atas meja . 

‘Biarlah aku tidur sebentar. Lagipun , aku sudah siap,’ katanya dalam hati.

Seketika kemudian, Asyraf duduk kembali di tempatnya dan guru pengawas melihat keadaan Adelia. 

“Demam kamu ni. Erm… beri nombor telefon bapa kamu. Biar cikgu call.” 

Adelia memberi nombor bapanya. 20 minit kemudian, bapanya tiba. Asyraf hanya melihat Adelia keluar dari kelas.

Seminggu kemudian….

“Erm… Asyraf… thanks sebab tolong aku tempoh hari,” kata Adelia menunduk ke lantai.

“Alaa… kau kan PA aku. Aku mestilah pastikan kau sihat sejahtera untuk membantu aku dalam kelas 3A ini,” jawab Asyraf selamba. Adelia tersenyum .

Sejak hari itu, mereka membuat tugas mereka dengan baik walaupun Asyraf tetap menyakat Adelia. ‘He’s not bad. Aku salah tafsir dia,’ katanya dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: