Certot

OUR MISSION

Hasil nukilan Fya Lyana 2 years agoSukan 20

           

“Apalah nasib aku. Badan dahlah besar. Aku rasa aku perlu sertai aktivti sukan tahunanlah,” keluh Tya. 

Tya dan rakan-rakannya mempunyai nasib yang sama. Muka seperti disumbat kapas. Perut seperti tayar lama. Kaki pula seperti kayu balak. Makanan pula perlu lebih dari tiga pinggan. Kadang-kadang dia keluar bersama-sama Yana, Syada, Nuya, Nadya, Rya, Shakina, dan Shaha, mesti ramai orang melihat mereka pelik. Mereka sekadar butakan mata, pekakkan telinga dengar lagu KPOP kegemaran mereka

Untuk melupakan kesesdihan, Tya mengajak rakan-rakanya bersiar-siar di KLCC. Sambil mencuci mata, bolehlah mereka berjalan untuk menurunkan berat badan. Lantas dia mengambil telefon pintarnya. Ikon aplikasi WhatsApp ditekan. Laju tangannya menaip pesanan kepada rakan-rakannya. Ketika mahu menekan send, dia teringat sesuatu.

“Alamak! Ada latihan sukan! Macam mana aku boleh terlupa ni?” Lantas dia bersiap. Hajat mahu ke KLCC hanya terkubur dalam hati.

*****

“Awak nak masuk tak acara suan tahunan kali ini? Saya mahu masuk, tetapi takut diejek dengan Zeena dan rakan-rakannya. Almaklumlah,mereka itu atlet sekolah. Tengok badan pun tahu,” kata Nadya selepas mereka melakukan senaman di padang.

Pertanyaan Nadya langsung tidak dilayan, apatah lagi dijawab. Semua memasang headphone sekuat-kuatnya. Tya hanya menggerakkan bibirnya mengikut bait lagu yang didengarnya. Nadya sudah mampu menangkap bait lagu yang dinyanyikan oleh Tya.

“Tya! Saya cakap dengan awak ke dengan tunggul kayu? Boleh awak layan Taehyung awak dulu! Tengah bersukan pun sempat lagi awak ber-KPOP ya!” marah Nadya. Headphone Tya ditarik. 

Tya hanya buat muka blur. Sakit juga hati apabila lagu kegemarannya tidak sempat dihabiskan walaupun sudah berpuluh kali dia mendengar lagu itu.

“Repeat you question, Nadya,” balas Tya. Dalam kepalanya masih berdendang lagu Just One Day yang dinyanyikan oleh Bangtan Boys kegemarannya.

“Awak nak masuk tak acara sukan tahunan kali ini?” tanya Nadya buat kali kedua.

“Boleh juga. Saya pun terfikir benda yang sama. Sudahlah makin hari, makin bertambah berat badan. Mesti mereka juga setuju,” balas Tya. Masih dalam mood merjuk. 

Mereka semua mengangguk setuju. Pantas headphonenya ditarik. Dia melihat jadual. Nampaknya, Rumah Biru perlu pergi ke acara lompat tinggi. Semua ahli Rumah Biru pergi ke bahagian yang ditetapkan oleh cikgu kecuali Syaha.

“Alamak! Macam mana ni? Lompat tinggi? Aku tak nak berlatih! Cakap dekat cikgu yang aku sakit perut!” Lalu dengan pantasnya dia memulakan sesi lakonan.

“Yes! Tak payah berlatih!” kata Syaha selepas cikgu Rumah Biru yang menjaga mereka itu memberi kebenaran.

*****

Sebulan selepas itu.

“Yeay! Rumah Biru menang! Rumah Biru juara!” Semua murid Rumah Biru bersorak sambil menjulang piala. Setelah sebulan mereka berhempas pulas berlatih, inilah hasilnya.

Namun, kegembiraan dan kemenangan itu tidak dapat dirasai oleh Syaha. Dia hanya menjadi penghuni tandas yang palig setia. Dia merasa menyesal kerana tidak merasai keperitan untuk berjaya.

*****

Hajat Tya ke KLCC terlaksana akhirnya. Selepas seminggu menghadapi hari sukan, dia ingin berehat secukupnya untuk mendapatkan semula tenaganya. Dan kini, mereka mampu berjalan-jalan!

“Jom tengok wayang!” jerit Syakina. Agaknya tidak sabar untuk melepaskan gian cuti hujung tahun agaknya.

“Okey, kita kira dulu. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,” Tya mengira. Tetapi mengapa terasa pelik ya? Tidak cukup seorang!

“Eh, Syaha tak ada!Mana dia? Jom cari dia,” kata Yaa.

Kemudian Tya terperasan sesuatu terbaring di atas kerusi.

“Syaha? Syaha! Bangun!” jerit Tya ketakutan.

Pelik juga. Badan sebesar dia, manusia tidak nampak.Terus Tya memanggil 999.

*****

“Hip, hip, hooray! Go Team 8Y!” jerit mereka semua. Mereka hendak berjoging. Sudah lama mereka melakukan aktiviti kecergasan seperti ini setiap hari. Selepas kejadian Syaha tempoh hari, Syaha pengsan kerana dia tidak selalu bersenam sehingga badannya letih. Takkanlah tidak bersenam pun boleh membawa maut? Tetapi di dunia, tiada apa yang mustahil. Semua boleh terjadi atas izin-nya.

Mereka sudah mendapat berat badan yang ideal dan kesihatan yang baik. Tiada lagi yang mengejek mereka. Semua mulut terkunci. Prinsip hidup mereka sejak beberapa tahum kebelakangan ini ialah “rajin membawa berkat, malas membawa padah”.

Hari Sukan Negara, Sukan Tahunan, dan pelbagai aktiviti berkaitan sukan, pasti mereka masuk. Sport is my style! Sport is my life!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: