Certot

Otosan

Hasil nukilan Sahara Nagayashiko about 2 years agoSuperhero 19

     

Sejak ibu meninggal dunia kerana menghidap penyakit batuk kering atau nama saintifiknya, Tuberklosis (TB) beberapa tahun yang lalu, ayahlah yang menjaga kami dari kecil sehingga kini. Ayah memasak untuk kami. Ayah menghantar kami ke sekolah. Ayah sanggup mengorbankan masa demi menjaga anak-anak tercinta, iatu kami empat adik-beradik, Akram, Hannan, Adam, dan Airin.

Akram merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik, umurnya 15 tahun, pandai melukis, suka mencipta sajak, mendeklimasi sajak, dan bergurau dengan adik-adiknya. Hannan merupakan anak kedua, umurnya 12 tahun dan pandai menyanyi. Adam merupakan anak ketiga, umurnya 10 tahun, pandai mencipta puisi. Akhir sekali, Airin. Airin merupakan anak bongsu, umurnya 6 tahun, pandai bercerita, menari, dan menyanyi.

Ibu dan ayah kami berlain-lainan bangsa. Ibu berbangsa Jepun dan ayah berbangsa Melayu. Ibu sebenarnya bukan beragama Islam. Tetapi, sejak terdengar laungan azan dari masjid berdekatan dengan homestay ayah, ibu tertarik dengan kemerduan azan ketika menginap di homestay ayah selama seminggu.

Imbas kembali….

Sherra berjalan menuju ke tandas bagi membersihkan dirinya selepas bermandi peluh mengelilingi Bandar Chitandra, Melaka.

“Allahuakbar… Allahuakbar….” Laungan azan berkumandang di Homestay Mohamad. Langkah Sherra terpaku seketika. Memang susah mahu digerakkan kakinya itu kerana dia amat terpersona dengan laungan azan yang buat kali pertama didengari olehnya.

‘Wah, bunyi apakah itu? Tidak pernah aku dengar selama ini. Merdu benar bunyinya,’ kata Sherra dalam hatinya itu lalu menelefon pemilik homestay, Mohamad selepas mandi untuk menanyakan tentang bunyi yang didengarinya sebentar tadi. Tetapi, panggilan itu tidak diangkat. Sherra memang mahu mengetahui apakah bunyi itu.

*****

Sebelum Sherra meninggalkan Homestay Mohamad, Sherra mengambil kesempatan ketika memulangkan kunci rumah homestay itu untuk bertanyakan soalan.

“Sebelum saya pergi, saya mahu tanya satu soalan boleh?”Sherra meminta izin untuk menanyakan satu soalan.

“Erm… boleh. Tanyalah,” jawab Mohamad.

“Bunyi apa ya yang bunyinya, erm… kalau tak salah saya, bunyinya seperti ini. Allahuakbar… Allahuakbar…,” kata Sherra.

“Oh, azan. Namanya azan. Azan adalah seruan orang Islam untuk menyembah Allah,” jawab Mohamad.

“Ooo… awak boleh azan?” tanya Sherra lagi. Dia memang amat teruja mahu mengetahui tentang azan.

“Erm… boleh,” jawab Mohamad.

“Boleh tak awak azan sekarang? Saya nak dengar,” tanya Sherra lagi. Bersungguh-sungguh betul dia mahu mengetahui tentang azan ini.

“Insya Allah, boleh sahaja,” jawab Mohamad dengan senyuman yang manis lagi menawan. Mohamad azan untuk Sherra yang dari tadi teruja tidak terhingga. Sherra menikmati kemerduan azan yang melimpah ruah sehingga Mohamad sudah habis azan pun dia masih menikmatinya.

“Cik, cik, cik?” Mohamad mengejutkan Sherra daripada kenikmatannya itu.

“Err… erk… hmm….” Sherra malu tidak terkata. “Oh, maaf, maaf.” Shera membetul-betulkan rambutnya dengan gelabah.

    Mohamad hanya mengangguk.

    “Erm… boleh tak awak jadi suami saya?” tanya Sherra. Soalan itu membuatkan Mohamad terkejut. Bab-bab begini memang tidak boleh dibawa main.

    ‘Erk… dia ni dah kenapa? Soal aku banyak-banyak. Lepas itu tiba-tiba aje nak kahwin dengan aku. Dia ingat aku ni apa? Eh, perempuan Jepun gila mana pula yang sesat di Malaysia ini?’ Satu per satu pertanyaan tercetus dalam mindanya.

    “Erm… cik demam panas, ya? marilah saya hantarkan ke klinik,” kata Mohamad sambil membuka pintu keretanya.

    “Err… tak, saya memang serius sekarang ini. Saya memang teringin dengar awak azan setiap kali awak sembahyang. Saya tak kisahlah muka kacak ke hodoh. Yang penting saya nak dengar azannya,” kata Sherra secara jujur ada garang dan juga comel. Pelik!

    “Baik, kalau betullah cik nak kahwin dengan saya. Cik kena beragama Islam dan mengikut tuntutan dan syarat-syaratnya,” jawab Mohamad sambil menggaru-garu kepalanya yang sedang pening itu.

    “Baik, saya sanggup melakukan apa sahaja,” kata Sherra dengan yakin.

    ‘Bersungguh-sungguhnya perempuan ni. Tidak pernah pun ada perempuan yang kata dengan aku dengan bersungguh-sungguh yang dia mahu kahwin dengan aku untuk mendengar aku azan pada setiap hari. Bekas tunang aku dulu pun boleh aje dia cakap depan-depan aku muka aku hitam. Tahulah aku ini tak sekacak Aiman Hakim Redza. Sedih betul,’ kata Mohamad dalam hatinya siap dengan ada nama artis Aiman Hakim Redza.

                                            *****

    Setelah berkenalan sesama keluarga dan berbincang, mereka berdua merisik, meminang, bertunang, dan berkahwin. Pada mulanya, ibu bapa Sherra langsung tidak bersetuju dengan perbuatan Sherra itu.

Imbas kembali…,

    “Kau betulkah Atsuko? Jangan kau burukkan nama keluarga aku ini. Mengapa engkau mahu sangat masuk agama Islam? Boleh masuk syurgakah masuk agama itu? Menarik sangatkah agama itu? Sehinggakan engkau terkejar-kejar mahukan agama itu (Bahasa Jepun),” herdik ayah Sherra. Bertalu-talu soalan kasar itu keluar daripada mulut ayahnya. Atsuko sebenarnya ialah nama Sherra yang dahulu. Sherra hanya masam menjeruk dari tadi.

    “Ayah, berilah peluang kepada Atsuko,” rayu Sherra sambil membuat muka comel. Bukan ayah dia boleh nampak pun. Dia amat teringin mendengar azan itu pada setiap hari.

    “Sudah, sudah. Tidak perlulah kau mengugut aku begini. Bukan ada faedah pun. Walau apa pun, aku akan tetap dengan keputusan aku,” kata ayah Sherra di hujung talian.

    “A….”

Tuuut….

    Baru sahaja mahu cakap, ayahnya sudah potong talian. Sherra sedih tidak terhingga. Dia benar-benar mahu mendengar azan Mohamad pada setiap hari. Bersungguh-sungguh benar dia mahu mendengar azan. Ya Allah, cerahnya petunjukmu kepada Sherra.

    Setelah sejam Sherra menangis di dalam homestay Dina’s. Dia bersiap-bersiap. Dia mahu bersiar-siar sekitar Taman Tasik Anugerah, Johor Baharu, Johor. Dia mahu mengambil angin sebentar.

    “Segarnya udara di sini.” Sherra menghembus lembut nafasnya setelah pusing satu tasik. Dia duduk di bawah pokok besar yang redup di tepi tasik sambil mengelap peluhnya dengan sapu tangan.

    ‘Hmm, aku mahu buat apa ya? Hmm… tengok videolah,’ kata Sherra dalam hati.

    Dia melihat satu per satu video sehingga terbuka satu video azan yang diberikan oleh Mohamad. Mohamad memberi video azan Mekah yang sungguh merdu. Dia menekat punat untuk memulakan video. Azan terdengar kuat di telinga Sherra. Dia memainkan beberapa kali video itu.

    “Ha, satu idea masuk dalam otak!” kata Sherra sambil bangun dan tunjukkan jari satu dengan tiba-tiba. Orang yang sedang berjoging di situ semua pelik dan ada juga yang pengsan.

    ‘Hisy, perempuan ni. Tak boleh jerit kuat lagi ke? Mati-mati aku ingat anjing tadi,’ getus hati kecil seorang lelaki.

    “Err… erk… hehehe…,” kata Sherra dengan segan sambil mengangkat tangan tanda meminta maaf.

    ‘Malu betul tadi. Apalah aku ni,’ kata Sherra dalam hati sambil mengutuk-ngutuk dirinya.

    Dia sudah mendapat idea. Dia menghantar video azan itu kepada ayahnya untuk menawan hati ayahnya. Dia pasti, dengan cara itu sahaja hati ayahnya dapat ditawan.

    ‘Harap-harap menjadi,’ kata Sherra dalam hati. Dia memang mengharapkan rancangannya menjadi. Dia menekan butang menghantar video di WhatsApp.

Ting!

    Ayah Sherra memberi satu kiriman mesej apabila melihat video tadi.

    Baiklah, kami benarkan. Kami sekeluarga pun mahu masuk agama Islam. Kamu tunggu di sana. Jangan balik sini lagi. Biar kami yang pergi ke sana. Yalah, kami pun mahu merasa juga negara di sana. Kita sama-sama masuk Islam serentak dengan majlis perkahwinan kamu. Tapi, maaflah kami datang lewat ke sana. Kerana mahu siap-siapkan tentang perkahwinan kamu.                   

    Begitulah kiriman mesej ayahnya. Mesej itu membuatkan Sherra terkejut. Rancangannya betul-betul berkesan sehingga membuatkan hati ayahnya terbuka. Sherra membuntangkan matanya.

    “Yeay, terima kasih, ayah!” Sherra terlompat girang membaca mesej itu. Senyuman Sherra lebar sehingga ke telinga. Gembira tidak terhingga. Tetapi, sekali lagi orang di sekeliling memandang tajam padanya.

    “Heh, dia ni lagi. Memang gila betullah dia ni,” kata seorang lelaki yang memang geram dengan Sherra dari tadi. Asyik buat kecoh sahaja.   

    ‘Aduh, sekali lagi. Malu betul aku. Apahal dengan aku ni?’Hhati Sherra sudah tidak boleh menahan malu. Dia meminta maaf banyak kali dan menunduk-nundukkan beberapa kali dengan cara Orang Jepun. Kemudiannya, dia memandang sekeliling. Tanpa disangka sudah pukul 5.40 petang.

    “Hah, sudah pukul 5.40 petang?” Sekali lagi, Sherra terkejut.

    “Aah!”

Gedebush!

    Sherra terkejut sehingga termasuk ke dalam tasik. Habis basah lencun pakaiannya. Nasib baik Sherra ada bawa tuala. Tetapi, tuala itu tidak mencukupi untuk seluruh badannya. Dia terpaksa berjalan dengan pakaian yang basah itu. Orang ramai memandang-mandangnya. Ada yang berbisik-bisik.

    ‘Heh, malu betullah aku hari ini,’ kata Sherra dalam hatinya.

    Begitulah ceritanya. Memang pelik kisah Encik Mohamad dan Puan Sherra ini. Wallahualam, semua ini sudah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.

    Kembali pada cerita. Pada mulanya, kami tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu kami telah meninggal dunia. Kami tidak tahu bahawa Allah lebih menyayangi emak kami, Puan Sherra.                       

    Setelah beberapa bulan, barulah kami dapat menerima hakikat itu. Kadang-kadang kami tidak dapat tidur dengan lena kerana amat merindui wajah wanita yang melahirkan kami. Sudah bertahun-tahun lamanya kami tidak menatap wajah     wanita yang mempunyai mata yang agak sepet dan senyuman yang manis itu, iaitu ibu kami.

    Pada setiap malam hari, kami akan berqiamullail dan sedekahkan Fatihah itu kepada ibu kami. Pada setiap malam Khamis pula, kami akan membaca Surah Yasin untuk ibu kami. Walau bagaimanapun, kita harus menerima ketentuan Allah yang azali dan mulakan hari dengan senyuman seperti sediakala.

                                          *****

7.00 pagi.

Johor Baharu, Johor.

    Kelihatan Kereta Proton Saga yang berwarna putih berhenti di hadapan Tadika Pasti Iman. Encik Mohamad memimpin tangan Airin untuk dihantar ke tadika.

    “Salam ayah cepat,” pinta Encik Mohamad sambil menghulur salam. Airin menyalam dan mencium tangan Encik Mohamad.

    “Cium tak ada?” tanya Encik Mohamad sambil memegang pipinya dengan dua jari. Airin cium pipi Encik Mohamad dan berkata,

    “Nini sayang, ayah.” Airin terus mendakap erat tubuh Encik Mohamad. Selesa terasa apabila badan Encik Mohamad dipeluknya, kerana badannya tegap.

    “Ayah pun sayang Nini juga.”jawab Encik Mohamad sambil memasukkan rambut yang tekeluar dari tudung Airin. Comel sungguh.

    “Yakah?” tanya Airin sambil membuat reaksi muka.

    “udahlah, ayah mahu segera. Selepas ini mahu hantar Abang Akram, Kak Nana, dan Abang Adam ke sekolah pula,” kata Encik Mohamad.

    “Kalau ayah sayang Nini mesti ayah duduk dengan Nini di sini,” kata Airin.

    “Apa Nini merepek ini? Sudahlah ayah mahu menghantar abang kakak kamu. Banyak lagi tugas yang ayah patut lakukan. Sudah, Nini belajar betul-betul ya,” kata Encik Mohamad lalu bergegas menghantar Akram, Hannan, dan Adam ke sekolah dan kemudian ke pejabatnya.

                                            *****

    “Eh, abang, kakak. Tahu tak esok ialah hari bapa sedunia?”t anya Airin sedikit berbisik kepada Akram, Hannan, dan Adam ketika belajar. Takut ayah mereka mendengarinya.

    “Tahu,” jawab Akram, Hannan, dan Adam secara serentak sambil membuat kerja sekolah di atas tikar yang berada di ruang tamu.

    “Kenapa? Ini mesti Nini terlupa,” kata Adam memberi sangkaan kepada adiknya.

    “Tiada maknanya kalau Nini terlupa,” jawab Airin.

    “Tak sabarnya, Nini,” kata Airin lagi dengan amat teruja.

    “Oh, lupa mahu kata. Esok kita bersama-sama membuat kek coklat untuk ayah. Jangan lupa juga, setiap seorang perlu ada persembahan sendiri. Faham?” Hannan memberikan peringatan kepada Akram, Adam, dan Airin sambil membuat kerja sekolah yang hampir siap.

    “Faham, cikgu,” jawab Akram, Adam, dan Airin seperti murid-murid di dalam kelas.

                                            *****

    Keesokan harinya, seperti yang dirancangkan. Akram, Hannan, Adam, dan Airin membuat kek coklat untuk ayah mereka. Selepas itu, mereka berlatih membuat persembahan untuk hari terakhir berlatih membuat persembahan mereka.  Akhir sekali, mereka membalut hadiah dan menulis ucapan.

                                            *****

Bum!

    Bunyi hentakan yang kuat mengejutkan seluruh makhluk di Bandar Bumiputera, Johor. Termasuklah kucing. Semua orang ke arah bunyi hentakan yang ‘bagaikan halilintar membelah bumi’ itu. Terpinga-pinga mereka melihat kejadian itu.

                                            *****

    Selepas solat zohor secara berjemaah, Akram, Hannan, Adam, dan Airin menonton berita terkini di televisyen.

    “Lori balak yang membawa beberapa kayu balak itu telah melanggar seorang lelaki dewasa dengan kuat di Bandar Bumiputera, Johor pada jam 12.00 tengah hari tadi. Lelaki itu dalam kritikal dan disegerakan ke Hospital Berani, Johor. Lelaki dewasa itu ada membawa beg tepi dan sejambak bunga tulip yang mempunyai anak patung di tengah atas bunga itu,” kata pembaca berita TV5 dengan pantas.

    Mata Adam dapat melihat segala apa yang ditunjukkan di dalam televisyen itu. Dia terlihatkan sesuatu di kaca televisyen itu.

    Ayah + Umi = Anak-anak

    Perkataan itu tertera pada baju anak patung beruang itu. Baju itu mungkin untuk diberikan kepada anak-anaknya kerana hari ini ialah Hari Bapa Sedunia. Sesetengah bapa di seluruh dunia ini yang memberikan anak-anaknya hadiah. 

    “Eh, abang, kakak. Itu macam ayah,” kata Airin sambil menuding jari ke arah skrin televisyen yang menunjukkan muka seorang lelaki dewasa.

    “Tak, tak mungkin itu ayah,” jawab Akram menafikannya.

    “Oh, ya? Mungkin silap pandang,” balas Airin.

    Kring! Kring! Kring!

    Tiba-tiba telefon rumah berdering kuat. Akram, Hannan, Adam, dan Airin takut untuk mengangkat telefon. Lagi-lagi Adam yang tadi sudah sedikit menyelidiknya. Mereka berempat menyiku sesama sendiri untuk mengangkat telefon. Akhirnya, Adam mengalah. Jantung Adam berdegup laju. Dia mengangkat telefon.

    “Assalamualaikum, ayah kamu sekarang berada di Hospital Berani. Siap segera. Pak Long dan Mak Long sekeluarga nak pergi melawat ayah kamu. Kami dalam perjalanan ke rumah kamu,” kata Pak Long dengan pantas. Nampak seperti kecemasan sahaja.

    Tuuut….

    Langsung tidak sempat menjawab apa, Pak Longnya sudah potong talian dahulu.

    “Wa… a… lai… kumussalam…” Tergagap-gagap Adam menjawab salam Pak Long. Adam menelan liur.

    “Siapa?” soal Akram, Hannan, dan Airin serentak.

    “Pak Long…,” jawab Adam dalam nada sayu. Sedikit gementar menyelusuri tubuh badannya. Menggigil seluruh anggota badannya.

    “Apa Pak Long kata?” soal Akram, Hannan, dan Airin sekali lagi dengan serentak.

    “Pak Long suruh kita siap-siap nak pergi Hospital Berani. Ayah sekarang berada di hospital itu,” jawab Adam.

    “Ha, apa?” Terkejut Akram, Hannan, dan Airin.

    “Macam mana cerita dia? Ayah sakit apa? Atau tadi ayah kemalangan lepas itu masuk berita? Apa sebenarnya yang terjadi?”s oal Airin bertubi-tubi.

    “Manalah Abang Adam tahu. Tengok sahajalah nanti. Sudah, siap cepat. Pak Long dalam perjalanan datang sini,” kata Adam.

                                          *****

Tuk! Tuk! Tuk!

    “Assalamualaikum!” laung Pak Long memberi salam dari depan pintu rumah.

    “Cepat-cepat Pak Long dan Mak Long sudah sampai,” kata Hannan di hadapan muka pintu.

    “Okey,” jawab Akram, Hannan dan Airin sambil membawa beg-beg yang diisi apa pun tidak tahu.

    “Waalaikumussalam…,” jawab Hannan sambil membuka pintu. Dia menyalam Mak Long selepas menjawab salam Pak Longnya.

    “Siapa paling akhir kunci pintu,” kata Hannan lalu memasuki kereta. Mereka berlari-lari keluar dari rumah kerana tidak mahu mengunci pintu. Malasnya, lahai mereka ini. Akhir sekali ialah Airin.

    “Alaa, tak nak kunci pintu…,” kata Airin dengan malas.

    “Siapa suruh lambat?” perli Hannan mengenakan adiknya sambil menjelir lidah. Gaya ini tidak patut dicontohi.

                                        *****

Tap! Tap! Tap!

    Kaki dijejakkan di simen hospital. Terus sahaja jantung berdegup laju. Gementar terlalu menguasai tubuh badan sehingga menggigil di tahap membahayakan. Pelbagai andaian di dalam minda fikiran. Badan menjadi sejuk.

    “Berikan nama dan umur pesakit,” pinta kerani wanita hospital sambil menyelak-nyelak fail di atas kaunter.

    “Mohamad Abbas Mubassir Al-Khariri Syuatid. 42 tahun,” jawab Pak Long ringkas.

    “Sekejap ya,” pinta kerani wanita hospital sambil mencari fail pesakit itu.

    “Katil 3, bilik 7, Wad 26, Tingkat 21 ya,” kata kerani wanita hospital memberitahu tempat pesakit di hospital sambil tersenyum.

    “Terima kasih,” ucap Pak Long sambil mengukir senyuman.

    “Sama-sama,” balas kerani wanita hospital sambil membalas senyuman Pak Long. Kemudian, kerani wanita hospital itu kembali menyelak-nyelak fail yang dipegangnya.

    Mereka berjalan menuju ke wad yang ayah ditempatkan sambil memegang beberapa beg yang agak berat.

    Setibanya mereka di katil ayah, Akram, Hannan, Adam dan Airin menyalam ayah dengan perasaan hiba. Tidak sangka ayah mereka telah dimasukkan ke dalam wad. Mereka memandang ayah yang kelihatan pucat dan lesu. Ayah masih penat dan membuatkan ayah tidak berdaya lagi untuk membuka mata.

    “Ayah, bangunlah…,” kata Airin dengan nada sayu. Perasaan sedih masih tidak terhenti. Air matanya sudah bergenang. Dia mengesatnya dengan hujung lengan bajunya.

    “Ayah, bangunlah… ayah, tolonglah bangun… kami hanya ada ayah seorang. Ayah… kalau ayah tiada nanti, siapa lagi yang akan memeluk kami dengan penuh kasih sayang ayah yang sejati? Siapa lagi yang akan bergurau senda dengan kami? Siapa ayah? Siapa? Ayah, tolonglah bangun. Kami perlukan ayah. Tiada ayah, tidak lengkap hidup kami. Tidak sempurna sesuatu itu,” kata Airin dengan kesedihan yang teramat. Kali ini, air matanya berlinangan di pipi.

    “Sudahlah tu, Nini. Ayah perlukan sedikit masa. Kita tunggu sahaja sehingga ayah sedar,” pujuk Hannan sambil memeluk tubuh kecil adiknya itu.     

                                      *****

    13 tahun kemudian….

8.00 pagi.

Tanah Perkuburan Kampung Melayu, Johor Baharu, Johor.

    “Assalamualamualaikum. Mula-mula sekali Nini mahu minta maaf dengan ayah dan ummi. Alhamdulillah, Allah selalu mempermurahkan rezeki Nini. Nini sekarang rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah Ya Allah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur terhadap Ilahi. Nini mahu cakap yang sekarang Nini telah berjaya menamatkan pengajian sehingga Ph.D. Nini rasa gembira sangat. Nini sangat berterima kasih kepada ayah dan ummi.

Nini tahu yang Nini tak dapat balas jasa ayah dan ummi yang sungguh besar dan tidak ternilai harganya. Nini rindu dengan pelukan ayah dan ummi. Sangat rindu. Setiap malam, Nini lihat bintang-bintang yang bertaburan di dada langit yang biru kehitam-hitaman. Nini ibaratkan Nini itulah langit yang pada sebelah malam gelap tanpa cahaya yang menerangi dirinya dan bintang-bintang pula ibarat ibu bapa yang sanggup mengorbankan tenaga dan masa demi melihat anak-anaknya berjaya pada suatu hari nanti. Langit tidak tahu di mana ia tersesat di dalam kegelapan. Bintang pula sanggup menemani dan menerangi langit pada setiap malam. 

Nini mahu beritahu, Nini dari dahulu hingga sekarang Nini langsung tidak mahu mengecawakan hati ayah dan ummi. Kerana itulah Nini belajar betul-betul hingga ke pengakhirannya. Nini selalu dapat nombor satu dalam kelas. Nini dapat 5A+. Nini seorang murid yang pandai di sekolah. Sehingga Nini dapat biasiswa yang banyak membantu Nini dalam menanggung segala perbelanjaan pembelajaran Nini. Nini dapat 11A+. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah….”

    “Nini, sudah. Mari kita pulang,” kata seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 50-an.

    “Baiklah, ayah,” kata Airin sambil menghabiskan sisa baki air bunga ke atas kubur arwah ibunya.

                                            *****

Imbas kembali…

    Sebenarnya, Encik Mohamad bukanlah orang yang dilanggar oleh lori balak. Itu ialah orang lain yang agak serupa seperti Encik Mohamad. Encik Mohamad dimasukkan ke dalam wad akibat demam denggi.

    Kami bersyukur terhadap Allah s.w.t. Alhamdulillah, kami tidak kehilangan seorang lagi orang yang tersayang.

    Kemudian, kami memberi hadiah, kek coklat dan membuat persembahan sendiri. Akram telah mencipta sebuah sajak khas untuk ayahnya yang bertajuk Kasih Abadi. Hannan pula telah menyanyikan lagu Ayah oleh Fynn Jamal. Adam telah mencipta sebuah puisi yang bertajuk Kasih Seorang Ayah dan Airin telah bercerita tentang Ayah Insan Istimewa.

    Akhir sekali, kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa kita. Janganlah kita menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: