Certot

Olahragawati Sekolah

Hasil nukilan Amirah Aizan 2 years agoSukan 35

Husna  seorang pelajar yang rajin. Dia cemerlang dalam akademik dan sukan. Namun begitu, dia telah berubah sejak kematian abang kesayangannya. Abangnya meninggal dunia kerana kemalangan ketika pulang ke Malaysia.

Klark!

Pintu bilik Husna dibuka….

“Husna, sayang. Mari turun makan. Nanti kamu sakit pula,” Puan Arina memujuk anaknya. 

Husna tetap murung dan bersendirian. Puan Arina pun meninggalkan anaknya itu.

“Macam mana ini? Husna tetap tidak mahu makan,” Puan Arina memberitahu tentang keadaan Husna kepada Encik Zharif.

“Ha! Apa kata kita ajak adik saya?“Encik Zharif memberi cadangan.

Adik Encik Zharif yang bernama Zara Sofea .Dia masih menuntut di universiti. Husna rapat juga dengan Zara. Setiap kali cuti, Zara akan tinggal di rumah Encik Zharif.

*****

Tok! Tok! Tok!

“Husna!”

“Siapa itu? Masuklah,“balas Husna perlahan.

“Cuba lihat siapa?”

“Kak Zara! Rindunya Husna pada kakak. Bila kakak datang? Kenapa tak beritahu Husna?” Husna berpura-pura merajuk.

“Kak Zara baru sahaja datang. Lagipun kakak cuti selama seminggu. Jadi, bolehlah kakak tinggal di sini!” terang Zara panjang lebar.

“Oh, yakah?”

“Husna, papa dan mama kata Husna tidak mahu makan. Kenapa?”

“Husna masih rindukan abang Zahrain. Husna sangat sayangkan abang Zahrain.”

“Tetapi, Husna kena terima pemergian abang Zahrain. Husna kena makan kalau tidak nanti Husna sakit.”

“Hmm… baiklah, Kak Zara.” 

“Okey, sudah. Mari kita tidur.  Sudah malam ini.” Zara pun memenutup suis lampu.

*****

Pada keesokan harinya….

“Selamat pagi, Kak Zara, papa, dan mama!”

“Amboi, cerianya pagi ini!” Puan Arina gembira anaknya sudah berubah.

“Husna mahu keluar bersama Kak Zara!” balas Husna dengan ceria.

“Mari Kak Zara!“ajak Husna.

Mereka pun keluar ke taman bagi menghirup udara yang segar.

“Kak, Husna dulu suka sangat bersukan,” Husna memulakan bicara.

“Yakah, kakak pun begitu,” kata Zara sambil duduk di atas bangku. Setelah penat berbual, mereka pun pulang ke rumah.

*****

Di sekolah….

“Hai, Husna!” sapa Hayla.

“Hai! Awalnya awak datang!”

“Oh! Mama saya hantar saya awal hari ini. Husna, awak nak tahu tak? Minggu ini adalah minggu hari sukan sekolah kita!”

“Yakah, mengapa saya tidak tahu?”

“Saya lihat di papan kenyataan sekolah. Saya harap rumah sukan kita menang tahun ini.”

“Amin!” Mereka berkata serentak dan ketawa bersama.

*****

Masa semakin berlalu. Hari sukan sekolah mereka pun sudah tiba!

“Bye! Kak Zara doakan saya membawa pulang pingat emas!” Husna berkata sambil melambaikan tangannya.

“Sudah pasti.” Zara tersenyum.

*****

Ready… set… go!

“Go, Husna! Go, Husna!” Kedengaran penyokong-penyokong Rumah Merah menjerit nama Husna.

Husna berlari laju meninggalkan peserta-peserta lain yang jauh di belakang.

Garisan penamat menghampiri Husna dan Husna telah berjaya melepasi garisan penamat!

“Yahoo! Husna!” Hayla berdiri disebelah Husna dan mengucapkan tahniah.

“Diumumkan, olahragawan Sekolah Kebangsaan Taman Pura Damai dimiliki oleh Muhd Arif Hafizh bin Ahmad Faizul! Manakala bagi olahragawati Sekolah Kebangsaan Taman Pura Damai dimiliki oleh Husna Azzahra binti Zharif!

“Alhamdulillah.” Husna sungguh gembira!

Dia pun pulang ke rumah. Dia memberitahu kepada Kak Zara yang dia adalah olahragawati sekolah. Zara memeluk anak saudaranya itu. Husna membisik kepada Kak Zara, “Saya Sayang Kak Zara!”


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: