Certot

Olahragawati Harapan Impianku!

Hasil nukilan Ft. nur aina 2 years agoSukan 13

“Mama, mama!” jerit Nur Nadiah Aliah dari luar rumah. Dia pantas menanggalkan kasut sekolah yang berwarna hitam itu lalu masuk ke rumah. 

“Ya, sayang? Ada apa?” kata Puan Bila Arina. Dia duduk di atas sofa yang empuk. Baru sebentar tadi dia selesai menghidangkan makanan kegemaran Nadiah di atas meja. 

“Mama, Nad jadi ketua pengawas sekolah!” kata Nadiah teruja. Puan Bila tersenyum lebar lalu memeluk Nadiah dengan gembira. 

“Mama bangga dengan Nadiah. Tidak sia-sia Nadiah belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa melibatkan diri dalam acara sukan,” ujar Puan Bila. 

Nadiah terangguk-angguk. Dia tersenyum nipis. Dia menggeledah begnya lalu mengeluarkan baju kemeja yang berwarna biru berserta blazer hitam. Dia juga mengeluarkan sekeping kertas. 

“Apa ini, Nadiah?” Puan Bila menanyakan kepada Nadiah. Dia membaca isi kandungan kertas itu. Nadiah tersenyum memandang mamanya. 

“Kamu, kamu… jadi olahragawati harapan! Kamu juga jadi kapten bola baling dan juga ketua bola jaring. Bukan itu sahaja, kamu juga mendapat banyak anugerah ketika acara sukan. Mama bangga sangat dengan kamu Nad!” Nadiah tersenyum. 

“Olahragawati harapan. Itukan impian Nad!” kata Nad sambil ketawa riang. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: