Certot

Olahragawati

Hasil nukilan AUFA 2 years agoSukan 16

             

“Diyana!” Kedengaran suara seseorang memanggil Diyana. Orang itu ialah Sarah, kawan baik kepada Diyana. 

“Diyana, kenapa awak tak pergi ke padang lagi? Sekarang kan waktu pendidikan jasmani?” tanya Sarah.

“Malaslah nak bersukan. Awak sahajalah yang pergi,” jawab Diyana.

“Ish awak ni. Sepatutnya awak yang kena pergi bersukan sebab awak dah semakin gemuk, “kata Sarah, lalu meninggalkan Diyana seorang diri.

*****

Di rumah Diyana.

Diyana melihat cermin dan berkata dalam hati, ‘Betul cakap Sarah yang aku semakin gemuk. Lebih baik aku banyakkan bersenam sebelum lebih gemuk. Lebih baik aku banyakkan bersenam sebelum aku jadi lebih gemuk. Mulai esok, aku akan kuruskan badan!’ Diyana berazam untuk menguruskan badannya.

*****

Keesokan harinya, Diyana mula berjoging pada setiap petang. Diyana berjoging di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya. Setiap hari Diyana berjoging tujuh pusingan taman permainan itu.

*****

Beberapa bulan kemudian.

“Wah, awak dah kuruslah Diyana!” puji Sarah.

Belum sempat Diyana membalas, Cikgu Zulhilmi sudah berjalan masuk ke dalam kelas mereka. Guru itu memberi pengumuman bahawa esok, semua murid dikehendaki memakai baju sukan untuk membuat latihan sukan. Cikgu Zulhilmi ialah guru yang mengajar mereka pendidikan jasmani.

Hari sukan sekolah mereka sudah semakin hampir. Mereka perlu banyak membuat latihan sukan.

 

*****

Keesokkan harinya, mereka memakai baju sukan macam yang disuruh. Diyana ialah pasukan rumah kuning,S arah pula pasukan rumah biru. Mereka membuat latihan sukan di padang awam kerana padang sekolah mereka sangat kecil. Padang awam itu tidak jauh dari sekolah mereka.

Kemudian, semua murid disuruh beratur mengikut rumah sukan mereka untuk bergerak ke padang awam. Semua murid pergi ke padang awam dengan berjalan kaki.

Lima minit kemudian, mereka semua telah sampai ke padang awam dan memulakan latihan sukan masing-masing.

*****

Selepas habis membuat latihan sukan, mereka pulang ke sekolah dan masuk ke kelas masing-masing. Diyana dan Sarah berbual di dalam kelas semasa ketiadaan guru.

“Sarah, awak terpilih dalam acara apa?” Diyana memulakan perbualan.

“Saya terpilih dalam acara sukaneka. Awak pula?” tanya Sarah.

“Saya terpilih dalam acara larian 200 meter, lari berganti, dan sukaneka,” jawab Diyana. 

Sarah terkejut dengan jawapan Diyana. Sebelum ini, Diyana tidak pernah terpilih dalam mana-mana acara sukan. Tetapi kali ini, Diyana terpilih untuk tiga acara. Maklumlah, Diyana sudah kurus.

“Baguslah, awak sudah banyak terpilih dalam acara sukan,” Sarah memuji Diyana.

Tiba-tiba cikgu Fadillah berjalan memasuki kelas mereka dan mulakan sesi pembelajaran seperti biasa.

*****

Selepas dua minggu menjalani latihan sukan ,hari sukan pun tiba. Kelihatan ramai ahli keluarga yang datang.

Selepas dua jam berlalu,banyak acara sukan yang telah dilakukan seperti acara perbarisan, sukaneka, lompat tinggi, dan sebagainya. Hanya acara larian 200 meter yang belum berlalu. Diyana berasa gementar dengan acara terakhirnya kerana acara itu dia perlu lakukannya seorang diri.

“Perhatian kepada peserta acara larian 200 meter, sila masuk ke balapan sekarang,” kata juruacara. Hati Diyana semakin berdebar.

Semasa berjalan memasuki balapan, Diyana berselawat dalam hati.

“Ke garisan, sedia, mula!” kata penjaga barisan. 

Diyana membaca bismillah dan terus memulakan lariannya. Diyana berlari sedikit perlahan pada mulanya. Sampai ke separuh perjalanan, Diyana terus memecut dan berlari ke garisan penamat tanpa melihat orang lain. Diyana mendapat tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Kedengaran suara orang bersorak. Diyana berasa gembira kerana telah menjuarai perlumbaan itu.

*****

Majlis hari sukan itu sudah hampir tamat. Acara seterusnya ialah acara pengalungan pingat kepada pemenang. Selepas acara itu ialah acara penyampaian piala kepada olahragawan dan olahragawati.

“Olahragawan sekolah pada tahun ini ialah Muhammad Amir Riduan bin Amirul Hakim yang mendapat dua pingat emas dan satu pingat perak!” kata juruacara dengan semangat.

“Olahragawati sekolah pada tahun ini ialah Puteri Nurul Diyana binti Ahmad Syukri yang mendapat tiga pingat emas! Beri tepukan gemuruh kepada olahragawan dan olahrgawati sekolah.”

Diyana terkejut namanya disebut. Kemudian Diyana terus ke pentas untuk mengambil pialanya. Selepas turun dari pentas, dia kembali ke tempat duduknya. Ramai orang yang memuji Diyana.

Selepas itu, juruacara mengumumkan kejohanan rumah sukan. 

“Rumah hijau menduduki tempat keempat, rumah merah menduduki tempat ketiga, rumah biru menduduki tempat kedua, dan tempat pertama ialah rumah kuning!” kata juruacara. Kedengaran suara orang ramai bersorak.

Majlis hari sukan sekolah Diyana pada hari itu sudah tamat. Para peserta dibenarkan pulang ke rumah. Diyana pulang dengan penuh perasaan gembira. Hari itu ialah hari yang paling gembira dalam hidup Diyana.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: