Certot

Olahragawan?

Hasil nukilan Anis Nazira 3 years agoSukan 53


    
Aku termenung jauh. Jauh, sangat jauh. Memikirkan nasibku kini. Yang entah apa penghujungnya. Dimanakah titik hidupku? Aku tak mampu meneruskan hidupku lagi.Tanpa orang yang disayangi. Yang aku cintai.Yang telah melahirkan aku ke dunia ini.

Hari berganti hari,kini tibalah Hari Sukan Negara. Hari yang bermakna bagiku suatu hari dulu. Namun kini tidak lagi. Aku cedera teruk, ibuku pula terkorban semasa berbasikal melalui sebuah lereng bukit. Kejadian itu tetap berlegar-legar di fikiranku.

  Mataku dimasuki habuk.Aku tidak dapat mengawal basikalku yang semakin ke hujung lereng bukit.

Sreeeeettttt! 

  Basikalku biruku jatuh.Ibu sempat mencapai tanganku dan membawaku ke tempat yang sesuai.Namun,ada seorang wanita yang iras-iras ibuku yang cuba memberhentikan basikalnya untuk menyelamatkanku dilanggar basikal belakang lalu terjatuh dari bukit ini bersama basikalnya.Wanita tersebut terkorban.

  Kini aku mengetahui, yang terkorban itu ibuku! Dan yang menyelamatkanku bukannya ibuku.Dia adalah kembar ibuku yang telah lama dipisahkan.

   Aku trauma untuk menyertai perlumbaan basikal walaupun itu adalah hobiku,minatku. Malah,kecederaan kakiku pula menjadi penghalang untukku menyertainya.

  Apa yang patut aku buat? 
Mungkin patut aku mengundur diri,ataupun terus menyertai?
Argghh! Apakah jawapan kepada soalan tersebut? 


  Kembar ibuku tak putus putus memberi kata semangat. Mana tidaknya,dia adalah seorang guru kaunseling yang bagus. Katanya,berusaha bukan sahaja untuk berjaya,tetapi untuk jadi yang bernilai.Sertai pertandingan tak semestinya untuk menang tetapi untuk menunjukkan yang kita adalah seorang yang berani! 


   Dan itulah keputusannya! Aku akan menyertai perlumbaan dan hadapi cabarannya kerana aku berani!












Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: