Certot

Oh! My Daddy

Hasil nukilan Lenny 2 years agoSuperhero 65

Perempuan itu khusyuk merenung skrin telefonnya. Jari-jemarinya pula ligat menari di atas skrin menaip maklumat yang diinginkannya. Bibir mengukir senyuman gembira tatkala laman blog yang dicari akhirnya ditemui. Bebola mata perempuan itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri, membaca segala butiran yang tertera di blog berkenaan. Jika boleh, tidak mahu tercicir walau satu abjad!

  “Ana! Oh… Ana!” Kedengaran suara seorang lelaki yang memanggil namanya dari bahagian dapur. 

“Ya, papa?” jawab Ana. 

“Boleh tak tolong papa hantar makanan ni kat Aunty Lisa?” tanya Encik Zizan, iaitu ayah Ana. Dia ialah businessman yang sibuk memanjang.

“Yalah,” jawab Ana dengan selamba. Ana lalu mengangkat makanan yang disuruh papanya untuk diberi kepada Aunty Lisa. 

“Thank you!” jawab papanya. 

“Erm! Sedapnya bau makanan ni! Ehem… ehem… ni ada apa-apa ke?” tanya Ana. 

“Eh, takdelah. Saja nak bagi makanan kat jiran,” jawab papanya. 

“Betulkah?” tanya Ana. 

“Ish! Ana ni… cepat hantar, nanti sejuk pula makanan tu,” tegur papanya. 

“Tengok tu,” kata Ana. 

“Cepatlah!” kata papanya. ‘

“Okey!“jawab Ana.

*****

  “Asalammualaikum,” kata Ana dengan suara yang sedih. 

“Waalaikumussalam,” jawab papanya. 

“Kenapa muka sedih ni?” tanya papanya. 

“Takda apa-apalah.” Tangannya disorok ke belakang. Entah apalah yang disorokkannya. Ana terus menaiki tangga untuk ke biliknya.

‘Kenapa dengan anak dara aku ni?’ tanya papanya dalam hati.

  “Ana! Turun makan! Papa dah masak makanan kegemaran kamu ni! Ayam masak sos!” kata papanya. 

“Takpelah, Ana dah kenyang ni,” jawab Ana. 

“Betul?” tanya papanya. 

“Betul,” jawab Ana. 

Encik Zizan berasa hairan dengan kelakuan anaknya hari ini. Nak tak nak dia mesti selidik juga. Setapak demi setapak kakinya melangkah untuk ke bilik anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat telefon anaknya itu pecah. Dia lalu masuk ke dalam bilik anaknya itu.

“Ana,” kata papanya. 

“Papa!” Dia lalu menyorokkan telefonya yang pecah itu. 

“Papa dah tahu segalanya,” kata Encik Zizan kepada anaknya. 

“Papa dah tengok?” Ana mengeluh lemah. 

“Apa yang terjadi?” tanya papanya. Ana lalu menceritakan apa yang terjadi dari A sampai Z.

*****

  Ketika Ana pulang dari rumah, dia melihat sebuah kotak yang diletakkan di mejanya lalu dibukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sebuah telefon berjenama Samsung Galaxy Note 2 di depan matanya! Oh!My Papa. Dia terus berlari mencari ayahnya. Berlari dan terus berlari. Rupa-rupanya ayahnya sedang memasak mi di dapur. 

“Papa!” jeritnya. Encik Zizan berpaling ke belakang lalu dia dipeluk oleh Ana. 

“Terima kasih, papa!” katanya.

“Sama-Sama. Suka tak?” tanya papanya. 

“Sukalah,” jawab Ana. 

“Eh! Papa apa bau hangus ni?” tanya Ana sambil mendengus. 

“Alamak! Mi papa!” jeritnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: