Certot

Novelistar VS komikastars

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoFiksyen 2


“Kau sedar sikit, Lana!” Suara itu hampir mahu pecah cermin dibuatnya.Kelibat dua orang gadis yang sedang bertengkar.

“Kau itu yang patut cerminkan diri sikit, sebab perempuan manalah minat komik. Kalau yang minat pun tomboy macam kau!” 

“Tidak semestinya. Ramai lagi penulis komik perempuan di luar sana. Tapi,orang macam kau ni ‘nerd’.”

Tiba-tiba…. PAK! PAK!

Lana dan Noura terdiam apabila kelihatan guru besar yang baru sahaja tadi memukul peha mereka sehingga mereka berdua kecut perut. Lalu guru besar itu membuat muka seperti harimau yang menyeramkannya. Kelihatan bulu roma Lana menaik ketakutan seperti nampak hantu.

“Mengapa awak berdua ini memekik sehingga bilik guru sana boleh dengar suara kamu berdua?”

“Se… se… sebenarnya, Lana dahulu tegur dan cari pasal dengan saya. Saya jika diikutkan malas mahu melayan karenahnya, tetapi dia menyakitkan hati saya pula.”

“Apa alasan kamu, Lana?”

“Cikgu cantik juga hari ini, berseri-seri.”

“Apakah daya awak hendak bodek saya supaya awak tidak terlepas daripada hukuman saya, Lana.”

“Tiada apa-apa komen langsung, cikgu.”

“Jika awak bertekak lagi, saya letak gam gajah dekat mulut awak, biar padan muka!”

********

Ketika waktu rehat, kelihatan Noura khusyuk membaca komik CUN iaitu komik pelukis gadis-gadis Malaysia. Tiba-tiba sahaja Lana datang dan membawa novel Tunas Super, PA: Ekslusif. Noura seperti abaikan Lana, tetapi Lana mahu meminta maaf dengannya.

“Maaf, Noura. Aku yang salah cakap kau tomboy.”

“Yalah, tapi kalau kau cakap lagi aku akan  belasah kau cukup-cukup.” 

Lama-kelamaan mereka berdua menyukai novel dan komik. Gelaran nama mereka berdua dibersihkan dan dipadamkan dan bukan lagi musuh ketat. Kini, mereka berdua seperti isi dengan kuku. Noura memanjatkan kesyukuran.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: