Certot

Novelis vs Pilot 2

Hasil nukilan Nurin 2 years agoFiksyen 5

Peristiwa itu sudah berlalu. Aku hampir berputus asa mahu menulis, tetapi aku mendapat sokongan daripada rakanku yang memenangi pertandingan itu. Aku hanya melawan secara senyap-senyap. Ramai orang tidak sedar yang aku sedang mengejar mereka.

“Nina, saya mahu minta tolong awak menulis cerpen. Boleh?” 

“Menulis cerpen? Saya rasa saya tidak mahu lagi menulis cerpen.”

“Awak kalah dan awak mahu tinggal begitu sahaja? Awak ada bakat cuma awak tidak menang. Bukannya awak kalah sekali tidak boleh bangkit lagi pun.”

“Mya, baiklah. Tulis cerpen untuk apa?”

“Minggu hadapan ada pertandingan cerpen lagi, tetapi cikgu tidak beri pengumuman.”

“Oh, baiklah. Nantilah kita berbincang, ya.”

“Ya.”

Selepas Nina dan Mya tamat belajar di sekolah, Mya terus pergi ke rumah Nina. Walaupun Mya masih belum mandi, tetapi dia tetap pergi ke rumah Nina bagi menolong rakannya. Selepas siap menulis, Nina menghantar cerpen itu kepada Cikgu Wahida pada keesokan harinya.

*****

Hari penyampaian hadiah.

“Tempat ketiga, Khairina Abdullah.” Baru Cikgu Wahida menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi tempat yang ketiga, Nina terus gelisah.

“Tempat kedua, Johan Fazli.” Nina semakin gelisah kerana jika nama pemenang tempat pertama bukannya dia, pastilah Nina tidak akan menang lagi dalam pertandingan itu.

“Dan tahniah kepada pemenang ini kerana sebelum ini dia tidak menang dalam pertandingan, tetapi hari ini dia menang iaitu Nora Nina Fazura!” Nina menangis kerana gembira mendapat kemenangan dalam pertandingan itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: